Thursday, February 27, 2025

DAPUR YANG DIRINDUI

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Breakfast pagi tadi. Mihun Bakso Ayam. Perencah Bakso beli di Medan tahun lepas. Cepat, senang. Poached egg tu tenggelam la pulak. Guna lettuce dan tomato, itu je yang ada. Daun sup tak ada, bawang goreng lupa pulak nak letak. Makan dengan SAMBAL KICAP ENAQ. 


CHEEZY SPAGHETTI BOLOGNESE LEMBIK + JALAPENO
Early dinner semalam. Lama tak masak sebab ulang alik KL. Rindu betul dapur ni. 


Tak perasan beli spaghetti yang quick cook ni. Ingatkan yang lama. Terlebih lama rebus pulaknya. Tak apa lah. Masih boleh dimakan walaupun lembik.


Tumis garlic & bawang besar dicincang. Masukkan ayam dan carrot dipotong/cincang dadu.


Tambah sos tomato, bay leaves, oregano flakes, lada hitam, garam secukup rasa. Kalau cair sangat, masukkan bancuhan tepung gandum dan air sikit untuk pekatkan. Tepung gandum ya, tepung jagung untuk masakan China.


Mozzarella habis. So letak sliced cheese, masuk microwave sekejap nak lembutkan cheese. Makan dengan jalapeno.


Homemade Kimchi masih ada.


KIMCHI ialah hidangan sampingan tradisional Korea yang terdiri daripada sayur-sayuran masin dan ditapai, selalunya kubis napa atau lobak Korea. Pelbagai pilihan perasa digunakan, termasuk gochugaru (serbuk cili Korea), daun bawang, bawang putih, halia dan jeotgal (makanan laut masin). Kimchi juga digunakan dalam pelbagai sup dan rebusan. Kimchi adalah makanan ruji dalam masakan Korea dan dimakan sebagai ulam dengan hampir setiap hidangan Korea.
(Sumber : Wikipedia)


Nak buat Kimchi Pancake. 1 cawan tepung, 1 biji telur, air secukupnya dan Kimchi. Boleh dicincang kalau rajin, saya malas. Macam lempeng lah kiranya. 


Kalau malas, ini lah dinner simple kami.


Selepas diterbalik. Tadaaa dah siap.


Masak SAGU. Ikut resepi arwah mak saudara. 3/4 cawan sagu kecik, direndam 15 minit. Tapis. Masak dengan 1 cawan air.


Kacau dan masak dengan api sederhana sehingga tak putih. Macam transparent tu.


Perlahan kan api, masukkan 1 sudubesar gula, sedikit vanilla dan pewarna merah. Kacau lagi.


Bila dah macam membuak meletup2 sikit, terus tutup api. 


Saya tuang sagu ke dalam loyang kecil. Sejukkan sekejap.


Dinner 6.30pm semalam. 


Kimchi Pancake makan dengan Kicap Sambal brand Enaq. Campurkan sikit Minyak Bijan (Sesame Oil) untuk bagi effect Korean cuisine.

Sagu Merah dimakan dengan susu cair dan air gula melaka. Yummm. Alhamdulillah. Sagu tu kalau dimakan dengan kelapa parut, air kena kurangkan, guna maybe  dilebihkan.


SAMBAL KICAP ENAQ. Jumpa di kedai, nak try, terus beli. Alhamdulillah sedap. Makan dengan Mihun Sup, Kimchi Pancake, buah nenas, mangga buat macam colek dll. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

4 comments:

  1. Rindu tu...menu pun berderet...

    ReplyDelete
  2. SA pun suka sambal enaq tu...senang bila guna yang tu...sedap pun sedap...

    ReplyDelete
  3. Terliur bihun bakso ayam tuuuu

    ReplyDelete
  4. tengok sagu akak,teringat ada lagi sagu saya lebih yg hantar untuk anakdara minta buat minggu lepas,ada dalam peti lupa nak makan

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com