Tuesday, January 24, 2023

DAY 5 - CAPPADOCIA - KONYA, TURKIYE

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria sukses sentiasa.

Throwback trip pada December 2022.


Last day di Cappadocia. Breakfast yang scrumptious Alhamdulillah.


Roof terrace ni ada love jugak. See the cuaca. Kelam mendung. Memang hot air balloon tak boleh naik. Malam tadi staff hotel dah call. Jabatan Cuaca dah bagitau awal2, ramalan cuaca begitu. So amik duit balik sebelum check out. Tak ada rezeki. Insya Allah next time. 


Gule gule (bye bye) Peace Stone House.


Amaran speed trap dia punya lah real, kereta polis tu. Tipah tertipu.


Gloomy.


CAPPADOCIA LAND OF HORSES

Legenda dan pemandu tempatan mengatakan bahawa nama Cappadocia dalam bahasa Parsi bermaksud "tanah kuda yang cantik". Ini kerana, pada zaman empayar Parsi, terdapat banyak kuda liar yang tinggal di kawasan ini. (planmytravelsdoteu)

Musim sejuk memang tak banyak kereta atas jalan, especially this region.


Tiba2 nampak pokok yang berjurai putih dahan dan daun nya. Ma'am besar pun mintak stop. Haha.


Subhanallah. 


Memang cantik. Dahan dan daun je putih masih dilitupi salji.


IHLARA VALLEY 

Sayupnya view bawah tu.


Alahai seriau tengok. Jauh la sikit daddy nya.


Cantik sangat jeram tu pandangan dari atas.


Macam biasa, dah besar pun mak nya akan mintak berdiri diam kejap and pose. Haha.


Drive few kilometer baru sampai entrance sebenar IHLARA VALLEY ni. Ada tiket berbayar untuk masuk. Mesti masuk tau sebab memang berbaloi. 400 anak tangga turun & 400 naik. Kalau dengan tour group, bas akan tunggu the other side sana dan tak perlu patah balik. Tapi sebab kami ada kereta sendiri, maka kami jalan2 sampai larat and patah balik.


IHLARA VALLEY 

Atau Lembah Peristrema; Turkish Ihlara Vadisi ialah sebuah lembah sepanjang 15km dan sehingga 150m dalam di barat daya wilayah Turki Cappadocia, dalam perbandaran Güzelyurt, Wilayah Aksaray. Lembah ini mengandungi sekitar 50 gereja yang dipahat batu dan banyak bangunan yang dipotong batu.

Nama Yunani yang lebih awal, Peristrema (pusingan berliku) dari kampung Belisarma yang terletak kira-kira separuh jalan di sepanjang lembah dari Ihlara ke Selime, memberikan namanya kepada lembah itu juga. (Wikipedia)


Lembah itu terbentuk pada zaman prasejarah oleh Sungai Melendiz. Ia terletak di antara perkampungan Ihlara di tenggara dan Selime di barat laut. Di hujung utara kampung Ihlara, terdapat sebuah tangga dengan hampir 400 anak tangga, yang menuruni lebih 100 m ke dalam ngarai. Dari abad ke-7 Masihi, lembah itu telah diselesaikan oleh sami-sami Byzantine yang menggali rumah dan gereja mereka daripada batu tuff, yang telah disimpan oleh letusan Gunung Hasan. (Wikipedia)


Kalau tak sejuk, mau kami lepak lagi lama sambil picnic.


Suami yang tak putus2 pujuk paksa isteri anak2 untuk hiking sana sini. Hehe. 


Actually tugasan cari attractions semua ni adalah tugasan anak2 & hubby sebab mummy punya tugasan adalah search and booking flight ticket paling murah, plan perjalanan memandu dengan bantuan google map, jarak yang berpatutan dalam km untuk tiap perjalanan, selalunya within 300-400km, booking hotel within budget of course cheapest first, free parking, free breakfast & review 8/10.


Sangat tenang.





Satu untuk album. Beribu sebenar ya.


My anak soleh.


Subhanallah.


Alahai comel.



Mak nya as always kat belakang, enjoying suasana & snap foto sana sini.


Silap kami tak check betul2 perjalanan. Berapa kos teksi untuk balik ke parking lot. Tapi masa pun tak banyak mana so lepas beberapa km berjalan, kami patah balik naik 400 anak tangga tu. Alhamdulillah diizinkan menikmati indahnya bumi Ilahi.


SELIME CASTLE 

Istana Selime ialah kompleks gua terbesar dan paling rumit di Cappadocia. Penempatan Byzantine berbilang peringkat termasuk dapur yang besar, dua dewan, gereja basilika dan bilik lain yang diukir di sekitar dua halaman bersebelahan. Saiz yang besar dan lokasi yang menonjol menunjukkan kepentingan Istana Selime, yang dibina pada tahun 900-an. Istana Selime (Bahasa Turki, Selime Kalesi) terletak di antara kampung Selime dan Yaprakhisar, di hujung selatan Lembah Ihlara di wilayah Aksaray. Tapak ini adalah muzium rasmi yang memerlukan bayaran masuk. (cappadociahistorydotcom)


SELIME CASTLE ni bersama-sama dengan banyak bangunan berukir batu lain terletak di hujung utara Lembah Ihlara tepat di seberang lebuh raya. Kawasan ini adalah "dunia lain" dan merupakan inspirasi untuk sebahagian daripada lokasi yang ditetapkan dalam Star Wars Episod 1, lokasi di mana "perlumbaan pod" Anakin Skywalker berlaku, macam dalam filem Star Wars. Tapi tidak difilemkan di sini. (theindependenttouristdotnet)


Kami tak masuk. Sekadar lalu melepasi nya saja. 


Bye bye Cappadocia yang cantik. Till we meet again insya Allah.


Jam 4.30pm, kami tiba di KONYA. Alhamdulillah smooth drive. Check in bilik untuk 4 orang. 


Siap check in dan solat, kami keluar jalan kaki cari makan. Late lunch @ early dinner. Sedap sangat Alhamdulillah. Lupa nama menu ni. Lapar sangat. Order pun main tunjuk2 je. Haha.


Then cari supermarket. Top up biscuits, chocolates & snacks. Uihhh geram tengok sucuk. Sedap sebab ada yang berempah.


Macam2 ada.


Buah murah. Strawberry, delima dll. 


Dah lewat petang. Cantik suasana sunset. 


Alhamdulillah smooth journey hingga ke KONYA.

Istanbul - Ankara : 450km
Ankara - Cappadocia: 350km
Cappadocia - Konya: 280km

6 comments:

  1. cantik semuanya kak, pokok yang berdaun putih tu pun lawa betul,. ingatkan kene salji tapi bukan musim salji hehehhe.

    ReplyDelete
  2. Cantik Ihlara Valley. Walaupun penat jugak nak menapak beratus anak tangga.

    ReplyDelete
  3. Ujie: Subhanallah mmg cantik sangat. Hehe memang lelah jugak tapi Alhamdulillah tak rasa sbb semua cantik

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat tempatnya..👍

    ReplyDelete
  5. byk mkn salad2, cheese...suka gmbar suasana kedai di sana..

    ReplyDelete
  6. Xaturen: Subhanallah. Mmg cantik

    Nohas: Mmg tiap pagi kami mkn mcm2 jenis cheese suka sgt. Excited kami tengok suasana baru, kedai dll

    ReplyDelete

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya :) Take care & stay safe.