Wednesday, January 10, 2018

Day 1 - KL, Dubai & Rome, Italy

Alhamdulillah smooth semuanya walaupon kucar kacir pada asalnya atas sebab hal sekolah anak2 & workload apaknya..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Happy & healthy kepada semua..!!


Menunggu flight 1.10am (9 Dec 2017).. Lepas siap balut 4 luggage kecik kami, adik plastik tu kasi 4 voucher FREE coffee & sandwich/cake di hhmmmm lupa nama port nya. Lokasi 1st Floor, bangunan Terminal selepas Immigration.. Mata dah mamai2 sbb dah terlanjur waktu tidur.. 1.10am selalunya dibuai mimpi dah time tu..


Haaaahh 2 bradik ni as always berlumba menonton. OK lah SPM baru abis & cuti sekolah.. Omma tidur aje, nikmat lepas penat macam2 hal nak prepare trip..


As always, sukaaaaa sgt in flight food.. This time Alhamdulillah EMIRATES lagi sbb murah antara airlines yg lain (minus China Airlines yg beza sikiiitt aje), jugak murah antara airport lain dlm route road trip kami..Sebab tak dapat kat rumah macam tu, bagai2 jenis satu tray hahaaa... Ada sandwich in between tapi tak amik sbb nak tidur.. Transit di Dubai tapi malas betul nak snap foto masa tu.. Cari port utk tidur & tunggu connecting flight.. 


Piano ehhh utk Floor dalam bahasa Italy..


Sewa local car SKODA tapi dapat JEEP.. Alhamdulillah.. Detail pasal sewa kereta dll kita buat post lain ya..


From the airport to Roma...


Alhamdulillah cuaca sangat awesome.. Terus ke Rossella's Apartment booked thru AirBNB..


View dari balcony dapur.. First time kami book melalui AirBNB. Baca review berkali2 sbb ada kawan ke London sebelum nya, host AirBNB missing in action, tak muncul2 sampai kena book lodging lain, terpaksa extend sewa kereta utk cari hotel lain, kos hotel pon tinggi dari yg asal & byk pulak hassle nya.. Dia mention baca review AirBNB byk2 sbb byk kes host cancal last minute, tak bagi info tepat mana nak amik kunci, host tak datang pada waktu yg dijanjikan dll.. Kami biasa book dgn booking.com tapi pada masa tu, harga agak mahal so kami try AirBNB.. Dah baca review berkali2 & Rossella ni cepat sangat reply message so kami rasa confident & tawakkal.. Alhamdulillah smooth & harga amat berpatutan dlm RM250 kot utk 1 mlm.. 

Nota yg agak penting utk book accomodation thru mana2 website or AirBNB ni, sila teliti kos penginapan sbb (KADANG) ada dinyatakan harga utk:

1) Service Fee
2) Cleaning Fee
3) TAX per person per stay
4) Deposit

Ada yg menjangkau EU30-70 which is ohhh mahalnya utk Service & Cleaning Fee.. Ada host yang kenakan Service Fee sahaja so kena lah baca dgn teliti.. Yg mintak deposit, kami belum pernah book.. Kadang tu towels & linen pon ada caj tapi jarang2 sangatlah.. Pernah terbaca dlm 1-2 property yg diiklankan..


Kids' room, ada 2 bilik.. Besar apartmentnya..


Master Bedroom..


Living Area.. TV out of order tapi kami tak kisah.. Bukan nak lepak lama dalam apartment pon. Wifi bagus dah cukup dah..


Haaaa ini dapur sangat awesome lengkap semuanya..


Mula lah terasa mcm rumah sendiri..


Bersih & kemas.. Cukup.. Opsss TQSM Hanis Amanina, nak tambah YES owner ni ada byk harta dlm cabinet dapur yg dia dah sediakan, tepung, gula, teh, kopi, pasta, sos dll plus bahan yg org sebelum2 tinggalkan..


A shot dari pintu dapur haha...
  

Bathroom 1.. Tqsm again Hanis Amanina, bathroom ni both ada pintu hahaaa snap close up sikit..


Bathroom 2.. Siap ada mesin basuh uols.. Apa lagi kita basuh mana perlu sbb bukan bawak baju byk lagipon musim sejuk tak berpeluh eehhh tapi baju kena lah basuh jgk.. 2 malam di Apartment ni mmg sempat basuh & kering.. 


Apartment ni berpagar, tapi nun di tingkat 3.. Menapak ya kome.. Alaaa bawak barang perlu je jgn lah angkut semua..


Kiri kanan depan belakang memang agak padat dgn bangunan apartment & kedai.. Parking pon FREE, ini penting bagi kami.. Parking FREE.. 


View sebelum Maghrib... Alhamdulillah dapat lodging murah dalam kota, dekat dgn train station..

Alamatnya : Via delle Giunchiglie 60, Roma, Lazio 00172 Italy.. 

Via tu Street rupanya dalam bahasa tempatan.. 60 nombor Lot nya.. 

Lain padang, lain belalangnya..

5 comments:

Hanis Amanina said...

1. Emirates nye in flight meals sedapppp!
2. Hehe masa kat Itali dulu, tak perasan pulak floor tu 'piano'
3. Setuju sgt bab kena alert dgn extra payment mcm cleaning fee etc. Pernah jugak nampak cleaning fee masa booking via booking.com. Mujur perasan sbb harga cleaning je dah separuh harga semalam. Adoi. I usually avoid any accom yg mintak deposit jugak. Ada Airbnb yg baik hati siap sediakan most groceries kat dalam dapur diaaaa. Spagheti, telur, basic sayur2 macam bawang, capsicum etc.
4. Shower dalam bathroom 2 tu mmg takde tirai eh?
5. Parking free always dalam criteria utk cari kat accommodation kalau roadtrip hehehe. Dan itu pun akan narrow down the choices yg ada T__T

Can't wait to read next postssss. :D
Selamat menaip akak dan slmt tahun baru jugakkk :) <3

hanisamanina.com

Kakcik Nur said...

Seronoknya kisah perjalanan Mulan anak-beranak...

Anonymous said...

Assalamualaikum, blh tau nama apartment tu

aizamia 3 said...

Dah lama tak singgah sini.. itu yang terus copy blog kak Mulan dan letak dekat blog ai. Ada masa santai baru baca.
psstt: dah besar anak2 akak.. nampau nau lama tak singgah kat sini.. huhuhu..

m.u.l.a.n said...

Hanis: Happy 2018.. Tqsm mention pasal few things, akak edit sikit post.. Alhamdulillah emirates tiket paling murah baru ni, dpt naik lagi.. Foto ada 2000 hahaa pening nak pilih nak letak kat blog tu yg amik masa lama nak update..

Kakcik: Alhamdulillah semua dgn izin Nya..

Anon: Waalaikumsalam.. Dlm Airbnb namanya Bright & Spacious, nama host Rossella..

Aizamia: tq tq singgah baca blog, tu laaa besau dah budak2 ni.. Kejap je masa kan..