Monday, July 3, 2017

LOBSTER PORRIDGE

Yezzaaa.. Lobster..

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.. 


LOBSTER PORRIDGE (Vietnam style lah) in da houz.. Copypaste dari IG, tak sempat nak karang panjang2 dah.. Lobster ni hubby tangkap sendiri, pastu Madam Kitchen kena masak sendiri. Satu lobster dia tangkap sebelum puasa, tak sempat masak. Satu lagi lobster dia dapat Sabtu baru ni. Madam Kitchen ingat nak masak style lain tapi dia nak jugak LOBSTER PORRIDGE tu..
.
Rasanya kenangan lama mengusik jiwa. Yes once upon a time in Ho Chi Minh City, dia belanja masa bday dia lah (bday kita pon dia belanja wahahaha).. Maybe oso rasa guilty sbb kadang dpt pi makan dgn company @ one famous seafood restaurant kat sana. Masuk kedai, duduk nak amik order, waiter Vietnam panggil Chef. Rupanya tak reti speaking. Chef datang mai tunjuk HARGA MENU.. Semangkuk Lobster Porridge tu mahai, dia kata.
.
Rasa nak je balik tapi sbb malas lagipon aboy yg baru setahun sgt behave, hubby kata YES I KNOW sbb dia tau. Itu lah menu yg hubby nak bagi rasa. Lepas tu mcm fobia nak makan kt tempat mahai. Cukup lah Secret Recipe, Pizza, Nandos kat sini. Hat kat KL tu pon mmg cheq tak fasih kedai mahai2..
.
Jadi agaknya bila dapat je Lobster, mmg sah2 kena masak hat ni.. Mula masak periuk besar, pastu tak muat kena transfer masuk periuk kukus.. 2 lobster you..!!! Alhamdulillah..

Ok ni lah resipi campak buangnya..

Bahan-bahan:- 
1 cawan beras, dimasak dulu dgn 6 cawan air
8 garlic dicincang halus, masuk sama dlm periuk
1 carrot potong dadu, saiz suka hati, masuk periuk

Bila beras dah pecah (3/4 masak) baru masukkan Lobster. 

Tambahkan:-
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu kecil Minyak Bijan
1/2 sudu teh Sos Ikan
Garam Gula secukup rasa
Kiub Ayam kalau suka
Daun Sup cincang
Bawang Goreng kalau suka (tadi lupa)

Masakkan lah bubur hingga semasak yg disukai..

Pesanan penaja, ni resipi campak buang saya. Mohon tolong lah suaikan rasa ikut citara memasing ya hehe.


2 comments:

Lady Windsor said...

done, dah simpan resipinya...yummy!

m.u.l.a.n said...

Lady Windsor : Nanti buat naaa hehe