Wednesday, July 12, 2017

CHICKEN ENCHILADAS.. MENU CEPAT SIAP..

2 hari semalam & kemarin menggosok baju 2 bakul besar penuh, campur2 baju anak2 balik school trip 4 hari.. Petang semalam memang lunyai malas nak masak, kesian pulak anak2 puasa. They love cheese so apa lagi moh la kita men-ENCHILADAS aje..

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. Happy & healthy always uolss..


Tadaaaaa cheezyyyyy gitu.. Memang senaaangg apalagi dgn Pemanggang Ajaib ni..


Tumis 1/2 bawang besar utk masak filling.. Masukkan minced chicken Ramly peket kexik, brp gram ekk.. 400gm kot. Masukkan jgk 1/4 diced capsicum + 1-2 sudu besar Enchiladas Spice Mix beli siap dari Jaya Grocer/Cold Storage kot. Spice mix boleh je ganti dgn campuran Oregano/Rosmary dgn rempah kari/kurma dll ikut suka asal janji ayam tu ada perasa takde lah kosong aje. Garam gula jgn lupa sbb Spice Mix dah ada garam gula. Masak sampai masak hehe.. Angkat dulu letak dlm bowl. Haaa lupa nak mention, kalau ada leftover satay, ayam bakar, KFC dll boleh je guna sebagai filling nya..


Tumis lagi 1/2 bawang besar dgn 1/4 capsicum..


Masukkan secawan Sos Tradisional Prego atau Sos Tomato.. Suaikan garam gula ikut suka. Boleh tambah Oregano. Keluarkan separuh.


Ayam filling digulung dlm Wrap/Tortilla..


Susun dlm Pemanggang Ajaib. Sos Tomato/Tradisional tu spreadkan aje atas susunan Wrap tu.


Tabur Mozarella Cheese ikut lah banyak mana.. Panaskan hingga cheese tu melt..


Rumah ni memang kena ada Pickled Cucumber & seangkatannya.. Memang sedaappp makan bersama2 + Hot Sauce..!! Selamat Mencuba (•_•)

3 comments:

Lady Windsor said...

tak adil namanya ni, setiap kali tengok entry sini rasa nak terkam pc aaa sbb sedap menunya..uhuk!

nohas said...

wrap + cheese..marvellous..

m.u.l.a.n said...

Lasy Windsor: Menu I menu malassss je byk hahaa

Nohas: Asal ada cheese kan semua sedaapp