Wednesday, June 14, 2017

LEFTOVER FOOD (#dontwastefood)

Bulan Ramadhan ni kalau food utk Sahur & Iftar tak habis, alaaa hai seksa rasa nak buang kan.. Marilah menggembeleng idea utk recycle leftover makanan kat rumah kita..  

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. 

Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.. 


Alhamdulillah bebudak ni dah terbiasa makan leftover food yg ditambahbaik rupa & rasa. MEE REBUS ni (agaknya lah kalau tak MEE BANDUNG kot) kalau berbaki, simpan terus dlm fridge kalau nak makan dlm sehari dua. Kalau nak makan lambat lagi, terus ke freezer ya. Selalunya kalau tak makan semula dgn mee, saya pekatkan kuahnya & kendian pecah telur ala poached egg, cicah dfn roti.. Mmg yummehh.


Asal ada Ayam Bakar, Satay, Ayam Goreng lebih, buatkan Sandwich @ Subway ala2, letak timun, salad, salami, cheese + berjenis2 sos kesukaan.. Mmg sedaappp dari kedai2 tersohor..


Meatball leftover dari meal ala2 Ikea, tumiskan garlic & jadikan sup boleh makan dgn apa jenis mee. Macam Bakso pon ya kan. 


Leftover Keropok Lekor Cheese. Halus kecik je cheese dlm tu, makan dgn Sos Keropok.. Ada balance sikit lagi, amoy ni sagat lagi cheese masuk microwave.. Tak cukup lah pulak..


Brownies hangus..!! Testing oven baru tp oven kecik je.. Buang bahagian keras & hangit, potong kecik2.. Makan dgn pisang, Chocolate Ice Cream & Chocolate Sauce.. Yummeehhh ya amat.. Alhamdulillah..

3 comments:

nohas said...

wahh..kreatif..sayangkan nak buang makanan..

NEKCIK said...

Nekcik pun camtu..sayang makanan

Azian Elias said...

rasanya macam nak menangis kalau buang food ni. teringat sedara kat India tu.