Monday, October 03, 2016

LAMPU HAZARD = TERIMA KASIH

Memandu sendiri sewaktu bercuti di luar negara, banyak yg kami pelajari.. 

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.. 


Highway PLUS arah Selatan..
Sabtu & Ahad baru ni.. 
Selangor-Johor-Selangor..
"HAZARD LIGHT" saya = "TERIMA KASIH"

Memandu di banyak negara, pengalaman di South Africa antara yg paling teruja, Cape Town - Port Elizabeth - Cape Town.. Berhenti tidur di beberapa daerah.. Highway di sana gersang, tak banyak kereta.. Tapi pemanduan penduduk setempat di highway agak beradab & berbahasa..

Di sana, ketika memandu di fast lane (kanan), kalau kereta di hadapan (kasi nama Brad Pitt lah) agak kurang laju dinhiway, kereta yg hendak overtake akan kasi signal ke kanan utk memberi isyarat pada kereta Brad Pitt di hadapan, utk maklumkan dia nak overtake.. So Brad Pitt akan ke kiri utk beri laluan.. Maka diorg akan overtake & kasi signal *HAZARD* utk mengucapkan *TERIMA KASIH*..!! Brad Pitt kemudian kasi angkat high beam utk cakap *"SAMA SAMA"*.. Sweet kan..

Terasa nak kongsi sbb nak ucap Terima kasih kepada pemandu yg kasi laluan tatkala akak nak overtake di lane kanan.. Drive kat hiway kadangnya ngantuk jugak esp hari Ahad baru ni sbb masih kurang kereta atas jalan berbanding hari ni (Isnin) sebab hampir semua pulang ke KL/Selangor, esok kerja/sekolah dah kan.. Kalau kereta sesak atas hiway memang tak sempatlah nak berHAZARD unless drive di lane emergency kan..

Berbahasa di highway, saya adaptasi dari pengalaman memandu di Cape Town & daerah lain di South Adrica sebab tiada signal liplap atau loud speaker utk mengucapkan TEPI SIKIT, TERIMA KASIH @ SAMA SAMA dll nya..

Pengalaman yg lainnya bikin teruja, memandu di AUTOBAHN GERMAN.. Pegang stering & tekan minyak aje 😄😄😄

9 comments:

  1. kalau tak silap, autobahn tu ada bahagian yg ada speedlimit jugak tawww. haha. biasanya gps akan tunjuk. tapi memang enjoy la speeeeeedingggg.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. kalau kat sini high beam tu lain maksud.
    boleh betumbuk kot.
    pengalaman bawak kereta left side kat Jeju was a great experience to me.

    ReplyDelete
  3. perghhhh..tabik spring saya kat akak...
    banyak pengalaman akak kat negara orang...

    ReplyDelete
  4. ohhh... ingatkan kat jepun ja. sna pon gini ek. menarikkkk

    ReplyDelete
  5. Hanis: Ada jgk tp still limit yg ohh so laju one.. Hehe..

    Kak Yan: Hahaaaa memang lah sgt betul nya..

    Wahida: Alhamdulillah memori kami juga pengajaran & pengalaman,,

    Zulhilmi: Ohh ya Jepun sama.. Kalau bawak SUV stop di traffic light, diorang akan turunkan lampu kan.. Supaya kereta depan tak terkena silauan lampu kereta belakang yg tinggi..

    ReplyDelete
  6. seronok kan memandu di afrika selatan.. ada pengalaman tak terkena lampu isyarat rosak.. ?? walau tiada polis trafik yg jaga keadaan.. mereka tetap akan jalan one by one dgn penuh tartib.. suka sgt..

    ReplyDelete
  7. Time Traveller: Mmg seronok sgt.. Kadang gerun jgk bila hiway kosong lengang tak ada kereta.. Tapi sistem bagus kat sana.. Mmg tertib..

    ReplyDelete
  8. masa ni brad pitt dah cerai lom?

    eh..

    ReplyDelete
  9. Dr Singa : Wahahahaaa nanti nak call Angie

    ReplyDelete

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya :) Take care & stay safe.