Tuesday, January 22, 2013

PERGINYA TAKKAN KEMBALI...

Lama tak ke udara.. Memang mood melayang2 ke udara... Last week been busy with banyak benda lain yang di luar rutin harian seperti sepatutnya.. Been calling2 everyday sepupu sepapat tentang keadaan uncle yang di CCU Hospital Kuantan.. Tunggu weekend baru boleh melawat uncle tu.. So Jumaat kami ke Kuantan & visit dia pukul 5pm.. Waktu melawat sangat strict di hospital ni.. He's not in good condition but he's fighting & struggling dengan segala final ubat yang masuk dalam badan via tiub2 yang berselirat tu.. Sangat menyayatkan tengok semua tiub2 & segala bagai screen di keliling katil tu..


Masa sampai wad CCU tu, cousin yang sorang diri tu tengah panic.. Doctor mintak dia sign surat/borang, to let my uncle go peacefully dengan sendirinya atau nak revive which sangat tak baik untuk condition dia yang very fragile & tenat tu.. He's been busy calling2 adik beradik lain for opinion, semuanya on the way dari KL.. Only 2 of us were there.. Hubby tengah park kereta.. Katil dah ditutup dengan langsir.. Nurses dah pakai mask & apron.. Few doctors stand by kat situ.. Few nurses came to me suruh baca Yasin & ucapkan Kalimah Syahadah pada telinga uncle.. Jangan tinggalkan uncle sensorang kata mereka.. I was panic & menggeletar sensorang masa tu.. Tak pernah hadapi semua ni.. Arwah bapak meninggal dalam tidur walopon famous keluar masuk hospital.. Apa pon gagahkan diri baca jugak Kalimah Syahadah & surah Yasin berkali2 di sampingnya.. After few hours, sebahagian adik beradik lain tiba.. Dah ramai gitu kami pon balik Kerteh.. Uncle masih camtu, BP sangat rendah.. Kami doa sentiasa.. Jam 12.09 tengah malam, cousin called.. He's gone forever.. AL-FATIHAH.. INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROOJIUN... Moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama mereka yang beriman.. 


Kenangan terakhir bersamanya di katil CCU tu sukar dilupakan.. Walaupon jauh tidak serumah, namun he's one cool uncle.. Kuat bebel, kuat berleter, suka buat joke, suka bergurau, very outspoken.... Lepas arwah bapak meninggal, he's the only uncle yang tinggal besides my aunty belah bapak.. My aunty yang masih SOLO umur 70-an tu nangis sekuat hati tepi katil sewaktu habis nafasnya (my cousin yang citer).. Perginya the only adik & teman gaduh/gurau dalam talipon & tiap kali jumpa.. He's like a father to 4 of us.. Arwah bapak meninggal kami semua belum kahwin.. Maka detik2 bersejarah dalam hidup kami 4 beradik, dia lah yang banyak bertanggungjawab.. Graduate, kenduri kawin, kenduri cukur jambul cucu2.. Will miss him so much.. I would like to thank Admin KUANTAN GROUP  sebab post foto ni di FACEBOOK petang tadi.. Yes, they were once THE OTAIS OF TOK GAJAH : PAHANG FOOTBALL TEAM.. Ni foto zaman 1976.. Arwah bapak 2nd from right & arwah uncle first from left.. They are THE TAIBS... Antara player masa tu, ROSMAINI MD SHAH, RAMLI MAHMUD, HAMIDON ABDULLAH, JAMAL NASIR, TAJUDDIN NOR, D. DAVENDRAN & many more... Kami membesar dengan mereka.. Half of the team were pemain MALAYSIA masa tu.. Yup, ramai football player datang ziarah.. Dari yang veteran sampai yang kurang veteran.. They both memang sangat dedikasi dengan bolasepak PAHANG & MALAYSIA.. Miss them so much.. Moga mereka ditempatkan bersama mereka yang beriman.. 

29 comments:

  1. Al fatihah...salam takziah di atas kehilangan your uncle...harap u tabah menghadapinya...

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah...
    Semoga roh nya aman di sana.
    Salam takziah untuk Mulan sekeluarga. Semoga bertabah hadapi dugaan ni.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat... dan semoga dia ditempatkan bersama orang2 yang dikasihi...Ameen

    ReplyDelete
  4. ok, walaupun tak kenal..alfatihah untuk your uncle..

    ya..menghadapi saat keberangkatan org yg kita sayang adalah sangat memilukan, menyakitkan dan rasa hilang segala-galanya...semoga rohnya dicucuri rahmat..

    kenapa i rasa pic team football tu awesome sangat..semua tinggi dan macam mat saleh punya style...:)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam takziah buat Mulan sekeluarga.moga roh arwah dicucuri rahmat. Alfatihah...

    ReplyDelete
  7. Al fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  8. Al Fatihah.. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Amiin.. Takziah utk seluruh keluarga

    ReplyDelete
  9. salam takziah yer kak...

    Al-Fatihah buat arwah...

    ReplyDelete
  10. oh...
    innalillah..

    al fatihah

    ReplyDelete
  11. Salam Takziah...Al-fatihah

    ReplyDelete
  12. Takziah dari saya..

    Al Fatihah

    ReplyDelete
  13. Takziah dari pB sekeluarga

    ReplyDelete
  14. Anonymous3:20 PM

    takziah and al-fatihah from me mulan, semoga your uncle ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  15. aslfatihah dan salam takziah buat keluarga

    ReplyDelete
  16. Al Fatihah dan salam takziah buat akak sekeluarga

    ReplyDelete
  17. bila fikir pasal mati.pikir yg one day nanti tinggal jugak sume kat dunia ni...terus 'slow' sikit. tak guna nak sakit2 hati dgn org, nak dengki2 dgn org, nak tamak2 n risau lebih2 pasal bills. just relex2 n hapy2 n buat lah apa yng mampu.

    ReplyDelete
  18. Saya pernah melalui pengalaman yang sama sebanyak 2 kali.

    Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

    Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  19. al fatihah..

    takziah untuk mulan sekeluarga

    ReplyDelete
  20. Innalillah.. Takziah untuk akak sekeluarga.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman..

    ReplyDelete
  21. alfatihah.
    semoga dia bersama dgn orang2 beriman.

    ReplyDelete
  22. alfatihah...
    salam takziah diucapkan..

    ReplyDelete
  23. Alfatihah.. semoga arwah ditempatkan bersama2 org beriman..

    ReplyDelete
  24. Assalam Yong Mulan, takziah utk Mulan sekeluarga...semoga arwah ditempatkan bersama2 org yg soleh. Al-Fatihah!

    ReplyDelete
  25. jhehehe sila kunjungi blog sya http://juhrie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  26. alfatihah buat arwah.. semoga arwah ditempatkan ditempat2 orang yang beriman.. insyaALLAH

    ReplyDelete
  27. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete
  28. Anonymous1:47 PM

    Salam takzaih & ALfatihah....

    ReplyDelete
  29. thank you so much for the doas..!!! moga kalian semua dirahmati Allah selamanya...

    ReplyDelete