Tuesday, March 15, 2011

NAK MAKAN KENA RAJIN

Hujan lebat terkadang kala,
Bikin perot bising bersuara,
Tekak ini mahukan segala,
Tetapi MALAS menghantui kepala..


Mee Calong feveret family,
Bebola Ikan di-bikin sendiri,
Yang di kedai tak diminati,
Kerana takut akan MSG..
*
Nanti kepala sakit sekali,
Takmo lah saya seksa diri,
Maka kena kuatkan hati,
Untuk masak Mee Calong ini..
*
*
RESIPI:
2 keping Ikan Tenggiri > amik isi
2 bawang merah
1 bawang putih
Lada hitam/putih
1 sudu teh Air Garam
> Tumbuk & gaul semua
*
3 keping tahu > kerat 1/2, 3segi
> Digoreng > Sumbat dgn isi ikan
> Selebihnya jadikan bebola ikan
*
4 bawang merah > hiris + tumis
3 Bunga Lawang > +
3 inci Kulit Kayu Manis > +
5 Buah Pelaga > +
1 Sup Ponjot > +
4-5 cawan air > +
Garam & Gula > +
Daun Sup > +
> Didihkan
> Masukkan tahu & bebola ikan
> Masak hingga masak
*

Pisang Lemak Manis hadiah Bonda,
Juga feveret kami sekeluarga,
Lama tak pekena PUDING RAJA,
Maka jadi lah ia hidangan di meja..
*
*
RESIPI:
1 tin susu cair
1 tin kecil Fruit Cocktail
3/4 cawan air
1/2 cawan gula
2 sudu teh tepung jagung
> Masak semua hingga pekat
*
Dimakan dengan pisang, prunes, gajus, jala emas, ceri merah & hijau..


Nah.. ni lah ropa pisang lemak manis (separa masak) yang telah digoreng celup telur.. Api kena panas & jangan goreng lama2.. Janji warna pisang dah agak2 golden2 gitu..

22 comments:

Ila said...

hmmm,sedapnya...sgt mengiurkan

Sizuka said...

mulan, dunno why mee calong is so famous, tapikan, i still suka mee celup :D

kucingorengemok said...

mi calong ni, bolehkah dikatakan mi sup ikan berempah? selalu dengar namanya, tapi tak pernah rasa

en_me said...

sodapnyerr makk..

~ yus ~ said...

mee calong mcm tu rupa dia ya kak? Saya tak pernah cuba ni...huhu

fatenton said...

mmg rajinnn.. siap ade pantun lagi.. mee calong tu kat kl mane nak dpt ye?

DrSam said...

mee calong enak sungguh
puding raja memecah selera
kalau di beri sepinggan penuh
sekelip mata licin lah ia

Zareda Norman said...

dahlah pandai memasak.. pandai pula berpantun rupanya.. ehhehe

masak sendiri memang sedap
malas rajin jer jadi penanda
kalau makan sekali hadap
alamat badan ku gebu berganda
hehhe

gedek! said...

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

eh?

eqbalzack said...

salam.abg eq singgah sini jalan2(sebab cuti 2 hari). lapar pulak bila tgk gambar kat entry ni. hehe

MULAN said...

ila: ya ke... meh la sini makan.. tapi tak tau sedap ke tak..

MULAN said...

sizuka: ohh... tak pernah rasa mee celup.. nak try la, kat mana ada mee celup tu?

MULAN said...

kgg: ha ah, betol la tu.. mee sup ikan berempah... ini mee calong ada kat area kuantan/kemaman kot.. tempat lain mungkin ada jgk kot..

MULAN said...

enme: tak tau la sedap ke tak.. molot ni kalau lapar, semua sedap.. hehe..

MULAN said...

yus: pi tempat lain macam takde dengar ada mee calong, tapi kuantan ada.. byk nya kedai tepi laut rasanya..

MULAN said...

faten: tak tau la faten, kat mana nak cari mee calong tu kt kl.. buat pon senang je..

MULAN said...

drsam:
mee calong berempah rupanya,
puding raja manis kuahnya,
tak tau lah apa rasanya,
kalau lapar, licin lah agaknya..

MULAN said...

zar:
makanan apa pon suka dihadap,
rajin malas semua di dada,
kalau dah lapar semua sedap,
tak kisah dah ni apa pon rasa..

hehe.. saya suka sangat makan..

MULAN said...

gedek:
kajang pak malau kajang berlipat,
kajang hamba mengkuang layu,
kain setambun belum berlipat,
kerna mataku sudah layu..

huwa hahaaa..

MULAN said...

eq: gambar je nampak sedap.. tak tau la apa rasa... hehee..

Joy said...

harus i cuba jugak resepi ni..tak pernah rasa lagi ;)

MULAN said...

joy: senang sebenarnya.. try la.. my last nite's version ada keropok lekor, tomato & toge..