Monday, February 22, 2010

GERAM..!!!

Tengah sibuk nolong anak buat homework tadi, dapat call dari Firefly. Terkezut la diri ini..

Dia : Hello Puan, saya dari Firefly. Kami ada record mengatakan Puan pernah mengguna kan penerbangan Firefly..
Saya : Ya betoooll..
Dia : Kami ingin maklum kan, Puan adalah antara pelanggan kami yang bertuah.. 
Saya : (dalam hati - dapat tiket free ni..Yeyyy..) Oh ya ke..?
Dia: Kami ada tawaran murah untuk Polisi Insuran Puan dan keluarga yang tak ada dalam polisi Insuran yang lain..
Saya : (dalam hati... ceeehhhh.. aku tertipu) Oh ya ke? Maap dik, akak ni tak kerja.
Dia : Oh ya ke, tapi Puan ada credit card kan..? (Paannngg.. ko pulak tertipu..!!!)
Saya : Yaaa ada.. tapi supplementary je.. Call suami saya la pasal insuran ni. Untuk sekian ini, company dia cover mana yg patut.. (banyak jgk sebenornya..)
Dia : Oh.. begitu.. Terima kasih Puan..
Saya : Sama2 je laaa.. (sama2 tertipu...)

**************************************************

Kerja semalam.. sejak dua menjak anak2 sekolah pagi, banyak masa sebelah pagi la. Teruja nak try buat icing kat atas ropa bumi cupcakes2 itu. Ya lah, takut jugak icing tu expired. Coba2 lah jugak. Ceeehhhh, ingat kan senang. Ropanya leceh bagai. Habis berminyak satu dapur. Terpicit tersembor sana sini satu dapur. Suka hati lah semut2 yg lama tak keluar tu. Nozzle ada satu je, beli kat Vietnam berkurun dulu. Plastik picit icing tu pun dah nak tukar color. Ggrrr.. idok le teman nak buat lagi lepas ni..!!!

Thursday, February 18, 2010

CUTI-CUTI CNY..

Sementelaah cuti Raya China, kami pulang ke Taiping. Visit mertua & ipar duai. Khamis petang dah start journey. Kerteh-Taiping, lalu Batang Kali. Maakkk aiii, punya la serun, sebab hari dah lepas maghrib. Friday tu, lepas solat Jumaat, kami pi Bukit Merah Laketown Waterpark. Sungguh la seronok sebab orang tak ramai, boleh kira dengan jari je.. Waterpark tu macam kitorang punya je.. Indah nya alam..
Sekelorga meluncur dengan happy.. ceeehh, takut jgk omaknya tersangkut kat slide tu..
Seronok nya di tunda oleh anakanda...
Posing... eh kita lak takde dalam gambo..
Saturday, off to Penang. Lama berzaman tak ke sana.. Yey, dapat lalu kat Penang Bridge. Yang sedey nya, AKAK yg nak ku jumpa itu on the way la pulak ke Kerteh.. Dah takde jodoh nak jumpa. Opposite direction..
Sightseeing Penang Island..
Teluk Bahang Dam.. cantik..
Toy Museum @ Tg Bungah.. rasa nya lah..
Heeee yaaaaaaaahhh..
Rasa nak bawak balik je..
Fuuhh... ganas gitu...
The Famous Padang Kota.. lotsa food man.. Nasib kedai banyak bukak..
Back to mainland via ferry..
Journey to Kerteh (asalnya), lencong ke Cameron Highland..
Kids with the strawberries they plucked..
Cameron Valley.. Tea Farm... Ooohhhhhoooo... beautiful..

Tuesday, February 9, 2010

FOOD.. RECYCLE..

Terkedu tengok pisang emas kat kedai roncit tadi. Amik la sesikat. Hhhmm.. ada susu cair & fruit cocktail setin. Ahaa, goreng celup telur la sat. Nak buat Puding Raja Pahang tapi tak cukup bahan. Booor je lah dengan apa yang ada..

Ni lah ropa pisang digoreng celup telur..
(Dip bananas in beaten eggs & fry)

Ohh baru terperasan.. ada pulak agar2 kek buah yg tersadai lama kat fridge tu. Agar2 tu dibuat akibat terdapat nya lebihan Kek Buah zaman Christmas tahun lalu. Bikin agar2 kosong & masukkan cebisan2 Kek Buah itu... Kalau mau dimakan sahaja, taruk lah gula..
(Fried bananas with Fruit Cake in Plain Agar-Agar/Jelly)
Kalau dimakan bersama susu cair & fruit cocktail, agar2 itu dikurangkan gula nya, kerna susu cair & fruit cocktail kan dah manis.. Taraaa... Puding pisang celup telur & agar2 Kek Buah.. RECYCLE gitu..!!! 
(To be eaten with Evaporated milk & Fruit Cocktails in can)

Anak2 ku ini, nak pulak dengan sos coklat. Nasib ada lebihan cooking choc. Microwave je 30 saat + butter + susu sikit.. Amik la hai..
(Fried Banana with Chocolate Sauce)
Menu malam tadi sebenarnya Mihun Sup Daging.. Kesian nengok telur lebihan celup pisang tadi. Kot di Vietnam, sebiji telur rebus kongsi 3 beranak makan dengan sepinggan nasi tau.. Sedih.. Haahh, nah kau. Amik masuk dalam sup daging tu.. Kesian sup tu jadi berkeladak dengan telur tu.. Aahh pasal lah, janji tak masuk tong sampah..
(Beef Soup with beaten egg)

Pernah bertahun2 dulu di simpang Pelabuhan Kuantan, ada gerai Mihun Sup sedap bangat. Memang makcik tu guna taugeh & tomato instead of sawi atau sayur lain.. Hehehe.. tu je yg ada dalam frdige semalam.. Malas nak beli2 lagi..
(Rice vermicelli, bean sprouts & diced tomatos)
Mihun Sup Daging Bertelur.. kuang kuang kuang..
(Beef soup + rice vermicellli + bean sprouts + tomatos)
Pagi tadi pekena bowling seround lagi.. Bertambah lak korum nya. Seronok jugak sekali sekala.. sebab pagi tak ramai sangat orang..


Macam ada yang tau2 je saya masih mencari2 Asyura.. Yeyy, dapat sebekas lagi pagi tadi.. Thanx Ida..!! Katanya, Asyura yang dimasak 2 minggu lepas tak cukup sebab Asyura T'ganu cuma satu kawah.. yumm yumm.. sedap nya..!!!

Tuesday, February 2, 2010

CERITA CERITI TERKINI..

Tiada yang lebih menyeronokkan bila dapat berjumpa kenkawan dari alam maya kan.. Ooohhh sungguh gumbira hati ku ini.. Thanx a lot TULIP PURPLE kerana sudi singgah ke rumah beberapa hari yang lepas. Alkisah nya, Tulip ke rumah MAKLANG dulu. Kerana kesuntokan masa, gue pujuk jugak Ms Tulip singgah. Haah kan, semua tak puas hati sebab jumpa kejap.. Mak budak & budak2 sekali.. Apak budak pun sekali la tu.. Borak kejap je..

Ceehh posing gitu..

Brother Zharif & Baby Zariff..

Tak puas main tu, sampai dok tanya mana adik2 & baby tak datang lagi rumah kita.. Yeah, satu hari nanti kita pasti (InsyA) ketemu lagi..

Aktiviti mingguan terkini, untuk melonggarkan susun atur tulang rangka di badan kami.. Ladies2 la ni, time2 anak2 kat sekolah, sementara menunggu anak2 balik dari sekolah.. Dapat 2 game cukup la.. Lebih nanti, terkehel lak.. Parah jadinya.. Petang pulak sessi ngerja kan rumah la..

Setelah sekian lama, seronok dapat menghulurkan tenaga (menyibok kan diri) di Majlis Asyura, lepas pada kelas ugama kat surau.. Khamis, 2 minggu yg dulu... Dapat 3 kawah = 2 kawah Asyura Utara + 1 kawah Asyura Terengganu.. Utara & T'ganu, saya suka asyura.. Tak kira la datang dari mana pun.. Yumm yumm... guulllppp... sodap tak terkiro...!!