Sunday, March 7, 2010

AL-FATIHAH..

Al-Fatihah to my dearest Ustaz Bunyamin.. Passed away @ Perkampungan Chau Doc, Vietnam last Tuesday. Lung cancer, stage 4. Chau Doc ialah daerah/mukim yang ramai didiami oleh umat Islam Vietnam yang digelar Cham. Ustaz mula mengajar anak2 Malaysia, Singapura & Indonesia, Al-Quran & Fardhu Ain semenjak 15 tahun atau lebih rasanya. Moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama mukmin & orang2 soleh..

4 tahun sebelum melahirkan Zharif, saya juga mengaji bersama arwah, memenuhi masa terluang di samping berjamaah bersama arwah dengan anak2 Kak Fazidah. Saya ingat lagi bagaimana sabarnya arwah memujuk anak2 kecil untuk mengaji.. dengan soalan biasa setiap hari.. "HARI INI MAU MANGAJI BARAPA HALAI..?" Di samping ada yang mengaji di atas riba ustaz, sekecil 3 tahun.. Namun arwah sabar & melayan kerenah mereka dengan tenang sekali, walau dengan rotan sebatang di tangan. Dan setelah Zharif berusia 4 tahun, arwah pula mula mengajar Zharif mengaji Al-Quran & Fardhu Ain. Arwah juga amat tabah & bersemangat untuk menaikkan taraf hidup umat Islam di Vietnam, walau dengan cabaran yang amat getir dari pihak kerajaan (yang asalnya K*M*NIS) yang agak tegas dengan pemberian derma dari dermawan Muslim dari seluruh dunia. Semua duit harus melalui kerajaan & hasilnya.. banyaknya yang langsung tak sampai kepada muslim & muslimat ini. Vietnam, walau agak mundur sebelum ini, kos saraan hidup di sana amat mahal seperti negara dunia ke 3 yang lain. Yang murah hanya lah barangan local, yang rata2 hasil dari bumi Vietnam itu sendiri.. Moga rohnya dicucuri rahmat..
***

Lobster for lunch yesterday.. Caught @ South China Sea nearby by a group of divers (plus my hubby)... with Kerapu (small size je).. Wallaa... Plain steamed, that's the rule for fresh seafood. You get to taste the fresh meat & the sweetness laaa...

Gila kenyang makan sekor ni, ingat kan tak cukup tapi banyak gila isi lobishter ni.. Teringat suatu ketika di Vietnam, tatkala birthday hubby yang ke berapa entah le. Hehehee, dia keje, dia lah belanja kan.. Bawak le saya & Zharif ke satu kedai yang sokmo2 depa pi bila bawak VIP guests etc.. Udah le kitorang pakai sempoi, tapi pakai le sopan2 (hah kedai takde dress code, watpe nak dress up giler2), siap lepas hubby order Lobster Porridge yang tersohor kat situ, waiter & chef situ berkali2 datang to confirm if kitorang order Lobester tu.. Rasa gak naik hangin, tapi lantak pi la.. bayor je la lepas makan kan..

7 comments:

silversarina said...

AlFatihah buat Ustaz Bunyamin , jasanya tetap dikenang selamanya .


Amaboi.... lobster itu sungguhlah mengancam !!

pB said...

Salam


semua yang hidup akan mati ...

Neeza Shahril said...

teruskan amalan yang ustaz tu ajar... semoga berpanjangan pahala dia Muni...

sedap lobster tu... lawak pulak.. agaknya diorang risau.. order lobster, nanti tak mampu nak bayar hehehe.. dalam hati diorang agaknya kata... salah masuk kedai agaknya diorang ni.. :P

KAMATO said...

Semoga roh uztaz tu akan dirahmati, masa nya dah sampai, kita tak tau bila

mummyseri said...

aL FATIHAH buat arwah ustaz Bunyamin..

kak, nak makn lobster yg beso lagik n murah..sini byk :)..

QueenJah said...

Salam Mulan...

Alfatihah untuk arwah ustaz Bunyamin,
Moga ditempatkan bersama para solehin...

Lobster tu....terliurnya...hehee luv u - QJ

MULAN said...

kak rina: jom kita nyelam & cari lobster...
***
pb: betol tu.. bila lah kan.. moga hidup & mati kita sebagai muslim & mukmin sejati..
***
neeza: memang kalu tengok udang besor, mesti teringat terus kat kisah silam dolu2.. hahahaa..
***
kamato: amin.. moga kita ditempatkan bersama para syuhada'..
***
mummyseri: yeesss.... nak nya pergi sana... boleh pos ke..?? hehehee..
***
qj: sampai sekarang masih terlioq pun... sampai mimpi2.. hehhee..