Thursday, July 30, 2009

GEMBIRA.. TAPI SEDIH..

Gembira.. gembira untuk mereka.. tapi sedih juga tak terkata.. Kawan baik di sini, Asiah, yang telah banyak membantu saya tatkala mula berpindah ke Kerteh 1 1/2 tahun yg lepas, suami nya di tukarkan ke Turkmenistan.. Gembira tak terkata untuk mereka.. setelah lama di Kerteh, bertahun2 lamanya.. Si suami akan pergi beberapa hari lagi (short notice gitu) manakala Asiah & anak2 akan tinggal kerana puteri sulung mereka akan mengahadapi PMR tahun ini.. Namun selepas itu, tiada siapa yang tahu akan keputusan mereka untuk terus menetap di sini, atau pun berhijrah ke KL, sementelaah mereka mempunyai rumah di KL.
**
Kedengaran management di sini tidak akan membenarkan keluarga yang tinggal di perumahan ini, sekiranya para suami tidak lagi bekerja di Kerteh ini (ciss, rumah berlambak kosong, nak halau orang apsal..??) Tak pikir ke, rumah kalau tak maintain, akan hancur lah jadinya... takut jadi perumahan ular2 sawa (real punya tau)..
**
Kerteh ni, sememangnya bandar yang sunyi sepi.. bandar yang kecil, bandar yang kedudukannya hanya di tepi jalan utama Kuantan ke Kuala Terengganu, tetapi dimakmurkan dengan penduduk yang majmuk, dari berbilang syarikat, berbilang industri..
**
Apa2 pun, saya doakan mereka sentiasa dimurahkan rezeki & dilindungi Allah, di mana jua mereka berada.. Sedih ni, sedih... Kami selalu kemana2 bersama.. menerima baik buruk diri masing2 seadanya.. banyak persamaan antara kami walaupun ada kala tidak sependapat, namun kami menghormati pandangan masing2.. moga persahabatan kami kekal abadi.. Harapan agar dia masih di sini.. menetap di sini..

Thursday, July 23, 2009

DURIAN FIESTA

Puasa.. malas nak update blog.. banyak hal lain jugak.. citer punya la banyak.. tapi terjah yang ni dulu. Memang sekarang musim durian, awal hari tu katanya durian KIJAL tak menjadi sangat. Lately, dah banyak pondok2 kecik jual durian tepi jalan. Kami anak beranak memang kaki durian. Tapi ada jugak yg bukan kaki durian. One of my fren, hubby tak makan durian. Punya lama plan nak temankan dia, kami berjaya jugak makan tepi jalan last week, bertiga.. Pastu kelmarin, terasa pulak nak makan lagi. Sesaja call & sms, jadik jugak le Durian Fiesta kami (ladies only eekk..) semalam di KIJAL..
Yumm.. yummm.. yg selonggok RM10 pun dah best giler rasanya..

The art of eating Durian.. layer by layer..

Yang ni kami panggil DURIAN EXECUTIVE.. RM4 sekilo, lagi best rasanya.. heerrrrkkk, sedawa durian lagi ni..!!!

Slowdown kejap.. ada 2 org kawan tak jumpa jalan..

Kesian ni akak berdua, demam & batuk tapi tak tahan dengan penangan durian, di-jamah lah jugak.. Sabau kak, buat2 bersabau.. asalnya saja nak meramaikan majlis, tapi mana tahan dengan durian..!!!

Sunday, July 5, 2009

KERTEH-GRIK-PERLIS-KL JOURNEY..

Woooowww, penat lelah memandu 14 jam dari Kerteh pi Perlis berbaloi. Mulanya macam sakit je nak ikot jalan Grik tapi bila lalu kat Tasik Banding, masyaAllaahhh cantiknya.. sebab nak cepat (cikgu ada brifing kat Perlis) kami tengok je la..
Wooww... syahdu..

Tenang sungguh jiwa ku ini..

Ni lah performance anak2 dari Terengganu.. tak menang.. ranked 4th out of 16 teams.. Ok lah tu, tak sangka nak ke peringkat kebangsaan pon..

Tu anakku "blue lobster"..

Kenangan abadi..

Nak citer banyak pasal makanan kat Perlis ni, udah le murah, sedap giler...!!!! Makan pagi 1001 bagai jenis.. Pastu langsung kami ke Padang Besar sebelum balik KL. Tak de beli apa pun, cuma tengok2 & kids beli toy sebab dah janji..

3-5 July, MIDE (Malaysia International Dive Exhibition) kat PWTC..

Saja pi jumpa kenkawan & hubby cari barangan nyelamnya... that's Zharif & Akif @ Kids Scuba booth..

Zharif lak join demo 'underwater drawing' dengan divesuit yg baru.. ceehhh sama apak nya dapat dive suit baru.. omaknya cuci mata je..

Zharif & frens melukis dalam air.. kesian dok terapung je sebab air tak dalam..

Zharif, Akif & Cikgu Zila with the underwater painting..
6.30pm kami cabut le balik sebab Ahad kirja/sekolah kat Terengganu ni..