Hubby ada meeting kat KL last Friday. So petang Khamis, lepas sekolah kami amik Zharif & drive straight to KL. Friday tu dating dengan my sis kat AEON Mall. Apa lagi keje kalu tak cari makan..
Thursday, January 29, 2009
CUTI CUTI GEMBIRA..
Wednesday, January 21, 2009
BELAJAR UNTUK PERIKSA..
Tu dia, cikgu kelas Zharif kasi jadual periksa untuk setahun ni hah, tahun 2009.. Nampaknya belajar untuk periksa je la..
Labels:
Kids
Sunday, January 18, 2009
SETAHUN BERLALU & HARI-HARI YANG LALU..
Hari ini genap lah setahun saya menetap di rumah ini, di Kerteh yang unggul ini.. OK la walaupun bukan rumah sendiri. Besor lah sangat untuk saya 4 beranak. Dah takde pilihan, daripada kena bayar hotel nak tunggu rumah lain, kami akur je la dengan rumah ni. Daripada duduk rumah yang kecoh dulu tu (click here for detail-detailannya), Alhamdulillah kami aman damai di lorong ini (sunyi la ya amat sebab kiri kanan depan belakang semenya bujang laki atau pompuan plus rumah kosong)..
OOOHHH.. ni baby Michelin!! Cucu Wanmommy di Kemaman. Terlaksana jugak hajat di hati nak peluk Baby Umair. Very2 muscular one maaa.. Geram nak cubit2. Nak berkat, moga saya dikurniakan lagi.. Semalam budak2 ni ada Taekwando di Kemaman, singgah kejap untuk jumpa sebelum Umair pulang ke Jordan esok nanti. Wanmommy sure sunyi nanti. Takpe nanti pi ya.. Tumpang copy/paste gambor Umair, lupa sokmo nak bawak camera.. Eiiyy, hampeh makcik ni, lupa sokmo..Monday, January 12, 2009
GAZA, THE WEATHER & ME..
Lately tak de mood langsung.. nak tengok TV pun tak de mood, nak makan & minum pun tak tertelan, nak buat apa2 pun semua serba tak kena.. Mana2 pun cerita & berita mutakhir, semuanya mengenai kekejaman Zionis ke atas rakyat Paletin. Sayu & pilu, geram & tegang di jiwa, apatah lagi yang terkorban adalah kanak2 & wanita2 yang tidak berdosa. Apa yang bisa kita lakukan di sini, hanya derma & doa yang mampu kita lakukan.. dan banyak lagi sebenarnya..
''Rakyat Palestin sama2 mengusung salah satu dari jenazah 4 kanak2 yang terkorban akibat bedilan askar2 Israel.. untuk dikebumikan di Beit Lahiya, di wilayah utara Gaza..''
Labels:
Life
Monday, January 5, 2009
SEMANGAT BARU..
Azam tahun ni banyak sangat.. seperti tahun2 sebelumnya. Tidak lah mampu untuk disenaraikan. Tapi semangat saya tahun ni, ingin mempelbagaikan menu untuk makan malam kat baiti jannati ni. Almaklum la kan.. semenjak dua menjak balik ke Malaysia ni, asyik2 menu tunjuk kat kedai je.. Pelbagai macam pulak tu. Tapi ada limit jugak, rasa tekak ni dah tak tertelan lagi. Koleksi buku resipi saya memang banyak jugak kot.. Rasa tak tertelan air liur bila tengok gambar2 makanan dalam buku2 resipi tu.. Betol tak???
Labels:
Food
Thursday, January 1, 2009
NEW YEAR, BIRTHDAY & DATING..
MOGA UKHUWAH KITA KEKAL
HINGGA KE AKHIRNYA...
MAAF ZAHIR & BATIN..
TO MY DEAREST HUBBY...
THE BEST PART OF EVERYDAY
IS SHARING IT
WITH A HUSBAND LIKE YOU
''HAPPY BIRTHDAY''..
Tadi pi dinner kat Secret Recipe, Mesra Mall, kononnya budak2 ni kata birthday daddy takde kek. Ha ha, kasi anak2 order, mak bapak nak diet la konon.. Ingat kan nak hentam kek saja nanti..**********
THANX ya, Kak Rina & Maklang kerana sudi ke rumah saya
dan meluangkan masa bersama saya yang potpet ni..
Labels:
BLOGGERS GATHERING,
Celebration
Subscribe to:
Posts (Atom)

