Thursday, July 30, 2009

GEMBIRA.. TAPI SEDIH..

Gembira.. gembira untuk mereka.. tapi sedih juga tak terkata.. Kawan baik di sini, Asiah, yang telah banyak membantu saya tatkala mula berpindah ke Kerteh 1 1/2 tahun yg lepas, suami nya di tukarkan ke Turkmenistan.. Gembira tak terkata untuk mereka.. setelah lama di Kerteh, bertahun2 lamanya.. Si suami akan pergi beberapa hari lagi (short notice gitu) manakala Asiah & anak2 akan tinggal kerana puteri sulung mereka akan mengahadapi PMR tahun ini.. Namun selepas itu, tiada siapa yang tahu akan keputusan mereka untuk terus menetap di sini, atau pun berhijrah ke KL, sementelaah mereka mempunyai rumah di KL.
**
Kedengaran management di sini tidak akan membenarkan keluarga yang tinggal di perumahan ini, sekiranya para suami tidak lagi bekerja di Kerteh ini (ciss, rumah berlambak kosong, nak halau orang apsal..??) Tak pikir ke, rumah kalau tak maintain, akan hancur lah jadinya... takut jadi perumahan ular2 sawa (real punya tau)..
**
Kerteh ni, sememangnya bandar yang sunyi sepi.. bandar yang kecil, bandar yang kedudukannya hanya di tepi jalan utama Kuantan ke Kuala Terengganu, tetapi dimakmurkan dengan penduduk yang majmuk, dari berbilang syarikat, berbilang industri..
**
Apa2 pun, saya doakan mereka sentiasa dimurahkan rezeki & dilindungi Allah, di mana jua mereka berada.. Sedih ni, sedih... Kami selalu kemana2 bersama.. menerima baik buruk diri masing2 seadanya.. banyak persamaan antara kami walaupun ada kala tidak sependapat, namun kami menghormati pandangan masing2.. moga persahabatan kami kekal abadi.. Harapan agar dia masih di sini.. menetap di sini..

11 comments:

manlaksam said...

Sama-sama lah kita doakan yang terbaik buat mereka.

hanieliza said...

Salam..
kakliza pun sedih..mengalir gak air mata..
walaupun tak kesana kemari ngan Aishah..tapi setiap hari kita bertemu dan sembang di parking lot Masjid..
sedih..mmg sedih...
takperlah..kenyataannya..perpisah tetap harus terpaksa diterima...
begitulah kakliza rasa masa sahabat baik kakliza [kak nonie] yg sentiasa bersama kakliza selama 20 thn terpaksa pindah ke KL...

maklang said...

Akak pun sedih....

Terkezut tadi baca kat komen blog akak kata ada kawan baik nak pindah....Memang agak dah Asiah tu...

Memang Mulan ngan Asiah macam belangkas...Akak akan merindui As nanti...jangan Mulan pulak pindah sudah ler...

silversarina said...

Memang akan terasa ketiadaan mereka kalau mereka pindah ke KL, terpaksa relakan mereka pergi demi masa depan mereka jugak.

Take care !

pB said...

setiap yang bertemu tentu akan berpisah ...


kenyataan kehidupan


walau pahit sepahit hempedu , terpaksa jua ditempuhi ....



doa-doakan yang terbaik buat Mulan dan Asiah

Neeza Shahril said...

setiap perpisahan memang menyedihkan.. apatah lagi kalau kita selalu dengan orang tu kan mulan..
semoga Allah berikan yang terbaik buat Mulan dan Asiah..
Mana tahu kot Mulan kena tukar KL pulak ke.. hehee.. memain je tauu..

LittleYaya said...

salam..jangan sedih Mulan..

Begitulah kehidupan Mulan.. itulah yang sentiasa akak lalui... bertemu dah sayang terpaksa pula berpisah...hakikat kehidupan yang perlu kita sebagai hambaNya perlu terima..

Jadikan semua kenangan manois sebagai satu kenangan indah dalam diari kehidupan Mulan...

zany said...

bila ditukarkan merata ceruk ni, persekolahan anak-anak yang menjadi masalahkan.buatnya anak-anak sekolah menengah yang nak ambik exam penting.

cikMilah said...

Mulan, akak teringat kata seorang sahabat baik waktu kami nak berpisah dulu.. The best part of being together is being apart.In a way, our heart grow fonder.. Semuga kawan MUlan dapat kekal di situ. Kesian jugak kalau dia ke KL.kan. Suami jauh, tempat baru, dan nak cari geng sekepala bukannya mudah...Anyway.. perancangan Allah lebih cantik, ada hikmah di sebaliknya...

QueenJah said...

Salam mulan...ishhh..anak saper yg melalak tu mulan? ciannyer...

MULAN said...

manlaksam: ya la.. amin..

kak liza: saya jumpa dia mula dulu dalam kelas anak di sekolah. sampai la sekarang kami selalu bersama, susah & senang..

maklang: dah tau lama tapi baru confirm ni..

kak rina: doa yg terbaik utk mereka..

pb: moga kami terus akrab..

neeza: moga mereka sentiasa berjaya di mana jua.. hubby saya tu keje di plant, rasanya mana mungkin akan ke kl.. but who knows ya..?? awww, the traffic..!!!

little yaya: yes, will cherish our sweet moments forever..

zany: lebih2 lagi anak di sekolah menengah, semestinya agak suakr utk berpindah sekolah kan..

cikmilah: setuju tu, moga silaturrahim kami makin teguh..

queenjah: tu rupa saya la masa sedih nanti... he he..