Tuesday, April 14, 2009

NEED HELP..

Usaha untuk mencadangkan kepada pihak sekolah, agar sessi persekolahan anak2 dijalankan pada sessi pagi sahaja, saya memohon jasa baik semua untuk memberi cadangan yang bernas, di samping beberapa perancangan teliti untuk tidak membebankan pihak sekolah dari segi struktur binaan sekolah yang telah ada & tenaga pengajar yang terlibat & segala mala nya...
1) kebaikan sessi pagi
2) keburukan sessi pagi
3) warna cat bilik darjah
4) warna langsir bilik darjah
5) apa lagi yekk...??

..semuanya demi kepentingan dan kesejahteraan anak2 untuk menimba ilmu dalam suasana yang terbaik.. untuk menjadi insan yang gemilang dan terbilang.. serta umat yang bertanggungjawab terhadap ugama, bangsa & negara..

11 comments:

silversarina said...

Kebaikan sessi pagi ... anak2 lebih cergas dan masih punya masa di sebelah petang untuk aktiviti lain termasuk ke kelas mengaji , kelas tuition dan ber riadah tapi akak rasa bagi SRP memang mustahil dapat dilakukan satu sessi tanpa ada bangunan tambahan .

Keceriaan kelas sebab sekolah rendah , ibubapa boleh ambik peranan untuk menceriakannya .

Good luck , kalau akak cikgu di kelas anak Mulan akaklah paling happy sebab adanya ibu yang amat prihatin.

maklang said...

bagusnya waktu pagi:

otak masih cergas lepas berehat waktu malam

otak anak2 masih belum penat berfikir..

anak2 belum penat lagi sebab baru bangun tidor

cuaca pagi tak berapa panas, oleh tu taklah ngantok.

waktu petang lebih baik untuk beriadah/ bersukan..

macam2 lagilah..kalau boleh memang nak Hakim tu sekolah pagi, kesian dia dah lewat sangat bila balik petang tu, tak boleh dia nak berbasikal macam waktu wiken...sebab kawan2 lain semua sekolah pagi...dia aje yang kena petang, tu kawan kat keliling rumah laa...

maklang said...
This comment has been removed by the author.
sya said...

Selalunya sekolah sebolehnya akan ada sesi pagi kecuali jika pelajar terlalu ramai dan kelas tidak mencukupi.

Malah guru pun lebih suka sesi pagi dr petang... sebab menurut kata kawan seorang guru sesi petang selalunya budak2 akan nampak letih dan mengantuk.. tahap konsentrasi kurang

aNIe said...

Kalau anak2 bersekolah sessi pagi segala2nya segar...udara yang segar membuatkan anak2 seronok belajar...kalau ada PJ pun taklah panas sangat...

Neeza Shahril said...

kalau sekolah pagi, anak2 wajib bangun pagi dimana masa tu otak cergas.. lagipun digalakkan untuk bangun pagi kan..

kalau sekolah petang, anak2 ada yang terlajak untuk tidur sampai matahari tegak heheh... tak bagus untuk otak..

kecerian kelas memang kena ada kerjasama parents.. curtain yang lama tu boleh sedekahkan..
kita pun happy tengok curtain tu digunapakai kan..
then, gotong royong cat kelas anak2.. fun nya laaa.. :)

Ani said...

Salam,

Tumpang iklan....

Come and visit us at http://eazyshop2u.blogspot.com for a good quality, branded and affordable children clothing.

TQ...

simah said...

cuba bayangkan dalam panas bahang kat malaysia tu... budak budak nak concentrate utk belajar? not very possible...

pagi..buruknya budak budak yg tido lambat tu selalu mengantuk... tapi kalau bubuh pendidikan jasmani among the first lessons...cepat aja segar budak ni..

ada satu sistem kat sini (at least kat sekolah my kids) yg saya sukaaa sangat... after every lesson...akan ada break 10 - 15 minutes...so budak budak after one subject boleh la lepak..lari lari kejap utk lepas stress... it works...

kaler cat..? better be white. or light colors...easy on the eyes n makes the room bigger (esp kalau room is overcrowded).. for colors.. decoration should be students artwork hanged all over the room...

warna langsir?? classroom ada langsir ker?..woah... apa apa color aja asalkan boleh protect the students bila sinar matahari memancar dlm kelas ..it should be kaler yg ceria coz the wall kaler light...

greenboardkan... if possible make it 2 bahagian... satu part bila penuh boleh dinaikkan ke atas..bhg yg tak tertulis boleh diturunkan ke bawah..supaya cikgu n murid senang nak tulis... kat sekolah hatice ada white slide as well..so bila nak pasang cd (from the computer in the classroom)..u can do that...so bila ada apa apa nak tunjuk kat student from the pc... the students tak yah pi other room... or cinema room or something...

hope my ideas help muahhh good luck!

MULAN said...

TO:

KAK RINA,
MAKLANG,
KAK SYA,
KAK ANIE,
NEEZA,
ANI,
SIMAH..

TQ sooooo much.. akan dipergunakan untuk kertas kerja cadangan itu kelak... TQ again..

Mama Rock said...

mulan, i'm all for morning sessions only.

MULAN said...

mamarock: sokong & tersangat lah sokong nya..!!!