Monday, April 27, 2009

BURRITOS & BIBIK..

Kepala ada banyak pening lately. Macam2 pikir, kalah menteri. Nak nya propose macam2 tapi saya yakin hasrat tak mungkin akan tercapai. My weakness, bila pikir banyak, perut ni pun sama penat. Nak makan je, pulak tu nak makan pelik2. Been craving for Mexican food dah berbulan. Lama tak buat Taco sebab susah nak dapat Taco shell..

Lambakan leftovers food dalam fridge, saya bikin Burritos macam gambor kat atas tu.. Plain Tortillas filled with beef, chicken mixture & apa2 lah suka, topped with Salsa & seangkatan sesuka hatimu.. Tetapi puan2, saya takde Tortillas tu, saya guna CAPATI..

Salsa.. diced onion, cilantro (daun saderi kot), lime juice, jalapeno (tarak tapi saya pakai lada jeruk), diced tomato.. kot masam/masin sangat, tabur la gula sikit..

Timooonnn..

Sate ayam, saki baki dari pasar malam 3 hari lepas..

Cubed chicken, saki baki dari sup ayam Khamis lepas..

Ni lah dia..CAPATI BURRITOS saya, taruk cheese slice pun sodap.. pastu buley la taruk sos haper2 yang disukai.. kami suka Tabasco.. sour cream boleh, mayo boleh, 1000 Island pun boleh. Ikut je permintaan tekak anda..
******
Kisah Jumaat lepas, gotong royong di sekolah. Participation very2 poor. Parents sama ramai dengan cikgu & staff sekolah agaknya. Bila ditanya, semua sibuk. Akak 1 ni kata, masing2 berjawatan tinggi, mana nak datang tolong. Tapi rupanya Akak 2 yang keje sama ku itu, rupa2nya wife CEO..!!! Dah balik baru tau.. salute kak.. Akak 3 pulak kata, ini zaman BIBIK, mana ada budak nak buat keje sebab semua kat rumah BIBIK buat. Anak2 kurang diawasi untuk menjaga kebersihan. Semuanya BIBIK buat.. Tapi saya yakin, bukan semua macam tu. Namun begitu, rata2 pelajar di sekolah ni, abah2 (dan sebahagian ibu2nya) bekerja, dan bukan calang2 jawatan kat pelbagai syarikat di sini.. Semua berkarier tinggi..
Tak tau lagi nak citer, sekolah kotor ya amat. Nak amik gambar pun saya malu. Saya pernah citer dulu kat entri ni, masa Zharif mula join sekolah ni. Hubby geleng kepala. Apak kawan Zharif pun terbonyok muka tengok kelas kotor. Anaknya pulak dimarahi, ngapa kelas kotor. Terkebil budak tu.. Bapak2 yang jarang datang pun geleng kepala. Nak cakap pun tak reti, mana nilai2 murni yang diajar di sekolah? Mana fungsi tong sampah? Mana fungsi mereka yang sepatutnya bisa mengawal & mengawasi kebersihan seperti Cikgu, Pengawas, Ketua Kelas dan lainnya? Untuk pengetahuan semua, sekolah ni memang lah tersohor cemerlangnya dalam akademik, dalam UPSR. Ops, toilet pulak OMG.. tersumbat, bocor dll tapi katanya, Gurubesar baru check dengan cleaner.. semua OK..!! Pheewww..!!
LU PIKIR LAH SENDIRI..!!!!

18 comments:

Abang Long said...

Lepas makan sedap - sedap. Kerja berat. Kira ok lah tu.

zino said...

mak bapak kena lah rajin tunjuk teladan dengan anak2 murid semua hehe...

tulipurple said...

sisssss....uwaaaa,kijamnye...nie saper lak sy nak kerah watkan makanan itew..hehe.
tang sekolah tu...aiyoooo,parah wooo...jgn dok mkn gaji buta jer weyy...huhu.moga penyelesaian terbaik kan tercapai jua.

Ummi365 said...

ishh sajer je buat orang lapar.. ni dah kul 12pm ni..

sya said...

Dah tengahari cam ni... gambar burritos tu betul2 menggoda kalbu

dhamizah said...

sedap2.rase mcm nak pg beli tortilla je nanti.

silversarina said...

Sedap pulak nampak makanan tu , nak tirulah, but not today, tak de cukup bahan :)


Tak sangka pulak sekolah tu kotor sebab selalu ingat sekolah elit macam tu mesti tip-top kebersihannya.

::ADleez:: said...

kretip222...jgn bazir leftovers yg ade...;)

bagus gak gotong royong sekali sekala...ssh jugakkan bile berjawatan tinggi ni yg x "kenal" penyapu n mop!!

Pondok Al Imran said...

Salam, bagusnya kalau ada ibu2 yg berperihatin mcm Mulan ni, maaflah x dpt sama2 nak join bersih kelas krn tiap2 hari Jumaat & Sabtu ada kursus. Mmglah kalau bab gotong-royong ni, agak pyh nak dpt sambutan & kerjasama dari parents, semuanya x dpt nak beri full commitment.

maklang said...

nak buat macamana kan...terima ajelah seadanya...guru besar pun dah penat agaknya tiap tahun sambung tak memuaskan...beberapa kerat aje yang datang...Hmmmm:(

Mama Rock said...

hai mulan...kalau you buat burritos tu untuk semua volunteers, ramai yang datang kot... :)

Raudhah HQ said...

adessss kak, apsal macam tu sekali sekolahnya? kat jb ni alhamdulillah sekolah anak-anak i ok...kalau idak i yang dulu buat bising. yang bestnya my children's school macam sekolah private, students tak ramai and rasa aman je. the part yang i agree is that bebudak zaman sekarang ni ramai yang manja, semua expect bibik buat, tak elok macam tu. bibik tu sebenarnya sepatutnya PEMBANTU bukan pembuat semua keja...maid i dah blah, so anak-anak i jadi maid untuk diri memasing, cuci tandas sendiri, cuci kasut sendiri...lain-lain hal bibik aka mama yg buat :)

Mat Gebu said...

Real akak nya resipi..betul2 menjimatkan..good idea...kita nak tiru jugakk!!!!!

MULAN said...

abang long: kenyang perut suka hati, tapi saya kelam hati..

zino: tak tau nak kata, mak bapak ramai tak datang.. tapi cooperation dari pihak sekolah juga agak hambar.. dah tolong cuci banyak jugak tapi...

tulip: oh cik tulip.. sebab lapar la daku meraban membuat nya, lahap sakan.. sorry tak dapat kongsi.. he he.. meh sini.. tang sekolah tu, payah sikit rasanya.. dunno exactly the perobelem.. moga semua cerah kembali..

kak ummi: he he.. meh la sini, kita makan sama2..

kak sya: jom makan.. kat kl mana nak makan mexican food eh.. ada yg halal ke?

dhamizah: sini susah nak cari tortilla la.. sana banyak kan..

kak rina: roti pita pun saya suka simpan utk disumbat saki baki makanan.. tu la, ramai ingat sekolah tu ok..

adleez: saki baki makanan memang seronok dibegar2 tau.. masa g/royong tu, ada yg bawak vacuum.. ok sangat la tu. cepat jugak. at least ada initiative..

p'al-imran: kalau parents yg betol2 ada hal tu takpe la jugak.. ni siap cakap malas lagi. pheww sakit nya dengar.. sape tahan tengok anak belajar dalam debu, macam kat construction site..

maklang: betol maklang.. keciwa yg tiada penghujung nya. parents pun ada yg tak bertanggungjawab, the other party pulak lain citernya.. sabor je la.. tunggu pindah je la..

mamarock: he he.. ya ke? tu la silap tak buat awal2 kan.. he he ada orang nak makan ke?

raudhah: sekolah ni pun, satu kelas not more than 28 students pun tapi tak terkawal. my kids memang sokmo dikerah sama2 bekerja, di mana jua mereka berada..

mat gebu: malu lak dengan sifu yg terer masak ni.. taruk je aper2 yg suka kan..

Zek Zek said...

wow...that burritopati looks nice. Nak pancing budak2 makan seswai ni.

Dulu masa saya skolah..selalu ada jadual tugasan. Sekarang dah takder ker? n then every Monday announce kelas terbersih...so ada la semangat bebudak ni nak bersih membersih ni.

Neeza Shahril said...

sedapnya buritos buat sendiri tu mulan..
sangat creative lah mulan ni...
congrats!! tak membazir makanan tu.. semuanya diguna semula..

*nak kena start buat cam tu laa.. banyak sangat makanan terbuang.. bazir betul laaaa...

Anonymous said...

yes, I have been thinking of tortilla wrap for long... dah 6 bulan x makan... kat msia kat mana nak beli tortilla wrap yea? saya x berapa berkenan dgn gardeni*a bread, ada pilihan lain roti yg roti? hmmm... tapi capati ni nak kena buat sendiri ke? ke ada yg dah siap tinggal panaskan saja... ohhh saya miss itu makanan... dan saya ada semua inti, cuma tak de itu wrap... yea... tq tq tq

-saya-

MULAN said...

zz: bebudak ni memang suka sangat burritos, taco etc.. ada la hadiah sekali setahun utk keceriaan kelas. weekly/monthly mana ada pun..

neeza: semua ni kes masa di vietnam dulu. terpaksa otak kerja keras utk mencipta bagai resipi ala2 reduce, reuse, recycle.. kot banyak food, camna nak share dgn jiran sbb masing2 dari negara lain.. kalau kek/cookies/desert boleh la kasi..

anon: hhmm.. tak pernah tau kat mana ada jual tortillas wrap tu. in kl maybe ada kot. mula buat pun masa di vietnam dulu, sana banyak jual frozen tortillas tu.. resipi banyak, boleh surf kat internet tapi malas ya amat.. ohh capati boleh beli yang frozen je..