Thursday, January 29, 2009

CUTI CUTI GEMBIRA..

Hubby ada meeting kat KL last Friday. So petang Khamis, lepas sekolah kami amik Zharif & drive straight to KL. Friday tu dating dengan my sis kat AEON Mall. Apa lagi keje kalu tak cari makan..
Melantak kat Fish Market.. yumm yumm...

Saturday tu kami bawak anak2 pi SKYTREX kat Taman Pertanian, Shah Alam. Ya lah, depa dah bising2 lama tak keluar dari Kerteh (2 bulan tak pi KL, sebulan tak pi Kuantan). Seronok gila budak2 tu. Marsha yg penakut tu pun 2 kali round cuba flying fox & seumpamanya di situ..

Marsha...!!!! Surprised betol kami bila dia nak cuba jugak..

Zharif... jangan terjunam dalam kolam kecik tu dah le.. sebab baju tak bawak selai pon..

Apak depa pi join adults punya tapi amak nya melepak & terlelap kat hammock2 yg selesa tu.. seronok weyyy.. Actually amak nya try jugak mula2 tu, lepas la beberapa termasuk flying fox & tarzan rope, akan tetapi, BP rendah kot. Kepala jadi fusing2, takut lak atas pokok tu nanti terbang ke bawah sorang diri biarpun badan dilingkari dengan safety harness equipment pelbagai.. Frust jugak tak dapat complete, sebab den ni suka bebenor mencuba ala2 tarzan gitu..

Petang tu terus drive balik Taiping, lama tak jumpa mertua & ipar duai. Pheeewww, traffic gila2 punya slow. KL-Taiping 7 jam..!!!! Sakit tulang rangka, se-badan ni. Lenguh bagai seluruh badan ni. First time stuck kat traffic lagu ni.. Ya lah, cuti panjang Tahun Baru Cina. Kereta dari Singapore pun punya lah banyak. Depa raya kat Malaysia kot...

3 malam di Taiping, on the way back tu kami potong jalan ikut Batang Kali & Genting Highland sebab tak singgah KL dah. Kat Taiping, tak pi mana pun sebab dok discuss pasal adik ipar nak kawin. Sementelaah ada yg balik, kami pun buat operasi ''spring cleaning''... Ya lah, nak buat kenduri nanti, sape lah nak tolong mertua clear sikit2 tu. Baik buat dulu. Nanti tak sibuk sangat..

Singgah Kuantan kejap (Selasa-dari Taiping), mak den kasi Ashura. Woowwww, sedap nya..!!! Setahun sekali kan, memang tunggu betol time Ashura ni..

Semalam (Rabu), Boss lama kat Vietnam & famili nya datang Kerteh. Den jemput dinner though masa begitu lah suntuk nya. Ingat nak beli je, tapi teruja nak masak sendiri. Nak buat steam boat, hubby tak kasi. So ini lah si antara lauk pauk segera yg dapat di hidangkan..

15 comments:

arsaili said...

salam..food is always good..suke nya

Kak Elle said...

wah JJCM mcm wanmommy juga ye?
hebat Marsha .. aunty ni penakut nak buat mcm tu lagi...hehee

nak udang asam tu mulan.

silversarina said...

Bestnya kat Taman Pertanian Shah Alam , berani marsha tu, bagus.

Wah jam teruk jalan , tu dia lama tak jalan, puas hati dapat jalan jauh.

Ummi365 said...

wah teruknya jam. we all memang tak keluar kemana bertapa kat kl ni je.

maklang said...

hmmm...sedap nampak lauk pauk tu...rajin memasak...

hakim dok sibuk takut nanti cikgu suruh naik flying fox tu...dok risau aje...

Neeza Shahril said...

KL Taiping 7 jam?? memang sakit belikat laaa...
tapi memang lah kan kalau cuti aje gitu la jadinya..
kena besarkan jalan kot hehehe..

sedap masakan mulan tu.. nak cikit ;)

sya said...

Eh ada tempat tu kat shah alam ek.. nantilah nak xplore

Zek Zek said...

orng shah alam pun tak pi...orang kerteh plak sampai yer...wa kl-tepen 7 jam. rancanglah perjalanan anda..heheheh

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

akak tak pernah gi sini, rasanya kalu budak umur 4 tahun sesuai tak

::ADleez:: said...

wow...seronok kan kt mesi..cam2 cuti ade!!!.. pas2 pegi jln2 mkn makan angin n makan2...perghhh...

~akuni~ said...

Yg plet singapore tu 'ipoh mali' carik makan kat sana lah...

zino said...

bagus tempat tu boleh gayut gayut ke.. kalau bawa hazwan mau tak nak balik tu hehe

simah said...

alahai mulan sayang.. jalan betul!! jeles!! makanan pun mengancam!!

*hugs*..wei rindu la!! dah dpt banyak angpow raya cina ni??
howz life?

MULAN said...

arsaili: ya betooll. he he..

kak elle: heee.. kak elle datang sini, nanti saya masak tamarind shrimp tu..

kak rina: tu la, terkejut jgk kami sebab marsha nak join zharif for the adventure trails tu..

ummi: fuuuhh, terkedu kami dengan traffic cam tu.. sengal satu badan 2-3 hari..

maklang: cakap hakim, tak yah risau, gantung badan je kat tali, mesti boleh gerak punya. safety harness penuh satu badan..

neeza: kena pantang dulu. nanti balik kemaman, datang kerteh ya. saya masakkan nanti, insyA..

crazybeautiful: kalau 4 tahun tapi lepas tahap ketinggian yg dia kasi, ok la tu. syoookkk..

adleez: memang serooonookk..

akuni: kat kerteh ni pun masih banyak kereta singaporeans.. cuti betol depa..

zino: betool tu, cuba bawak hazwan.. mak ayah pun boleh try..

simah: yooooo simah, rindu kat awak jgk. yes, saya jalan2 & makan2 dengan gumbiranya..

puspawangi said...

Kak Puspa suka sgt bila tengok you punya masakan...they are nice looking and u r very creative. Hope the taste is good too, yummm yummm.