Friday, November 21, 2008

HONG KONG..

Aisehmaaannn.. tak dapat den nak nyopping finggan mangkhuk kat Singapore.. Cuti hubby baru approve 5 hari lepas (as always la lambatnya). Nak lari dari gangguan2 fizikal & mental, dia suggest pi Hong Kong, pi Disneyland. Huwaaaaa, dah tua2 ni nak naik apa..? Den ni gayat orangnya. Orang ajak, pi je la kan. Pastu mula la terkial2 tak cukup jari surf internet cari tiket, cari hotel.. Kang ada tido kat lobbyhotel/tepi jalan. Alhamdulillah dapat jugak tiket & hotel, ngam2 soi cuti hubby. Macam dolu2, kami tak suka ikut tour package, nanti takut kena tinggal bas. Kena maki dengan orang. So plan jalan sendiri je, buat itinerary sendiri (click here). Nak makan pun senang kot, jumpa kat Zabiha ni. Harap2 depa tak tipu..
*
Sampai jugak nanti, InsyaAllah teman ke Di-Si-Ni-Land..

Hubby kabau, "ada benda nak beli ke, kita kena naik turun MTR (LRT). Takleh bawak lugagge bag biasa. U bawak 1 backpack, I bawak satu. Kids pun bawak sorang satu daypack." Tu dia..!! 65L + 15L saya punya, dia punya 100L + 20L.. Aisehman, bengkok la pinggang tak ramping ni..

Haaa.. ni dia koleksi keluarga bag/back-daypack. Kat Vietnam murah gila, apa tak nya, kilang di sana. Den tak kisah reject ka, original ka, hapa ka.. den & hubby beli..!! Seantero jenama.. Victorinox ada, Deuter ada, Lowe Alpine ada, Columbia ada, Quicksilver ada, Kipling ada, The North Face ada, (South Face takde ya!!) .. cycling punya, cross road punya, hiking punya, laptop punya, diving ka, briefcase pun semua kami ada. He he.. kot sebiji bag tu cuma RM20-30, mau kami tak hangkut..????

Dalam pada sibuk tu, tengok dalam fridge ada 6 biji epal hijo ni. Laa... kang tak makan rotten lak. So gagah & brutal kan diri buat apple pie. Patut guna 6 biji epal, tapi meleleh pulak air liur tengok epal tu. Simpan la 3 biji, nak makan dengan kicap. Sedap, try la. Kesian Apple Pie tu jadi leper sebab epal dah kena pow nak makan dengan kicap..

Thursday, November 20, 2008

MONSOON...

Yes, it's been raining since we arrived from KL yesterday evening. Pi 2 hari je, hubby ada workshop @ Equatorial Bangi. Oh lama nya menunggu monsun ni, deraian hujan ni. Monsoon Cup di Pulau Duyung pun akan berlangsung tak lama lagi. Ni gambaran tak tipu di belakang rumah, tayar2 tu tak bergerak la musim hujan ni..

Wet, wet, wet.... syok nya.. sejooookkkkk.. ni depan rumah.. basah pun basah lah. Seronok musim hujan...

Musim hujan ni, walau di mana saya berada, supply kopi/coffee/cafe, sudah semestinya siap. Coffee dari Vietnam pun cukup supply untuk 2 bulan lagi kot. Best nya.. esok lusa kena pi cari "biskut mayat" or biskut kering. Untuk "gu" (together forever) kan dengan kopi2 tersebut..
Tak tau apa nak masak untuk dinner, rebus je la pasta ni. Nak buat baked pasta style lasagna ke, nak goreng dengan mushroom/cream/cheese ke, nak makan dengan sup ke.. tak tau la nasib dia nanti. Tapi pasta ini akan terkorban jua malam nanti..

Sementara menunggu pasta siap direbus, terrrrr-rajin la pulak buat brownies.. bahan2 ada, ok la. Teringat kenkawan di Vietnam, teringat sessi2 potluck/chit chat kami, teringat Jojo, kawan dari Philipines. Ni resipi turun temurun keluarga dia nun di Canada.. Panas lagi, tak boleh makan tapi perut dah gggrrrr...

Wednesday, November 12, 2008

MURAH REZEKI...

Minggu ni memang murah rezeki. Jemputan "Better Late Than Never" Open House Hari Raya, Majlis Solat Hajat (untuk anak2 nak periksa), Farewell & Birthday Party dari pagi sampai malam. Makan sokmo2. Best gila. Ya tak ya, lupa nak citer. Saya pun buat "Open House" 2 minggu lepas, 29 Syawal. Last minute la tu. Sebab kuih raya tak bukak lagi, belum diusik lagi, berbotol2 banyak nya. Lagipun hubby dah sound tak ada masa nak jemput famili, saya pun buat untuk ladies je.
*****
Sorry ya Maklang. Tak sempat nak call sebab takut Maklang busy keje. Kelam kelabut jugak tapi masak je la apa yang ada. Yang sakan tension, Rendang Ayam masin gila. Lupa sebab pakai garam Malaysia. FYI, garam Vietnam kurang sangat masinnya, gula Vietnam sangat kurang rasa manisnya. Kena taruk lebih. So bila balik sini, otak ni belum register sepenuhnya untuk berhati-hati sewaktu menggunakan garam & gula di sini. Prrgghh... habis rendang ku!!! Esoknya, mintak akak cleaner belikan ayam seekor lagi. Kena repair la. Alhamdulillah OK la sikit but still masin!!

Cubaan pertama saya, Carrot Cake.. OK kot..


Ni lah ber-balang2 kuih raya..

Kek Lapis Prune & Ketupat, cenderahati dari kenkawan..

Tart Nenas je saya buat... Sarang Semut, kawan baik saya, As kasi.. sedap gila..

Chicken Pie, kawan bawak.. sedap..!! Popia Vietnam (Cha Gio) saya buat instant, kerepot habis. Nasib baik orang nak makan.. buruk betol rupa popia tu. Lemang tu semesti nya Lemang Yang Tersohor gitu, LEMANG KIJAL.. dengan Rendang Ayam Semasin Merindu.. (rindu kat Vietnam)..
p/s : Semua gambar adalah ehsan Kak Liza.. dah mintak izin tapi dia belum jawab la.. Kot dia tak bagi, saya kena delete semua gambar lepas ni.. Saya yang sengal sokmo2 lupa nak snap photo.. Eiiyyy..!!! Geram betol..!!! THANX KAK LIZA...

Monday, November 10, 2008

KASIHAN ANAKKU..

Last week (Wednesday) after school..
Zharif : Mummy, I want to be pengawas..
Me : (Aikk apsal ni).. Why?
Zharif : I just wanna be one.
Me : You have to speak Bahasa very well..
Zharif : Yes I can..
Me : Are you sure? Very fluent Bahasa you know. You keep asking me what's the meaning of this and that. You can't even deliver messages correctly from your teachers. You have to do well in Pendidikan Islam too. You might have to Azan & lead doas before & after school..
Zharif : Yes I can, I learnt that in KAFA classes..
Me : (Hmm part ni dia memang boleh).. You have to do more. You've got to set good examples to all your frens. But one thing eh, you have to go to school very early. Which means no TV after KAFA. Is it OK? (I'm not OK with this. Later I'll be the one si kelam kabut nak siapkan dia. All this while ngam ngam soi je sampai sekolah though rumah & sekolah less than 2km.. he he he).
Zharif : Hmm never mind. I don't want to be pengawas..
Me : Fuuhhhh... legaaa..!! Kesian la pulak..

He came back with exam papers last week. I'm so happy, cudn't believe that he did quite well in the exams especially in Bahasa. Oh how can I not be kiasu one? Kids here attend tuition classes as early as 6 years old. Mostly, most of the kids here. After few arguments with hubby, I just let it go lah. Help him with homeworks & revisions, encourage him, keep telling him to do his very best, guess that's all I could do. Kot tak score, takkan nak sebat pulak. He's just 8. Yang bikin naik hangin, silly & careless mistakes. Hubby kata toksah la pikir, dah lepas. Tapi bila dia pulak tengok test papers tu, dia pulak naik hangin. He he hello... dah lepas laaa.. Apa2 pun, I'm happy with his Bahasa. Though he can't converse well, he understands the questions etc..
*****

FROM THE 1ST EVER BAHASA TEST IN JAN 2008

AND THIS TOO (which he copied 5 out of 8 sentences given in the questions). I told him to copy anything he cudnt understand in the paper/questions. Get the key words and copy..!! Great right..!!



TO THIS FINAL ONE, YEAR END EXAM RECENTLY.. not bad huh..? He did great..!!! Well done son..!!



Kudos to the teachers especially her class teacher (Bahasa also).. very helpful & dedicated. Thank you so much.. Cikgu Tuan Sharifah Rohani..

Thursday, November 6, 2008

THANX MAX.. THANX HENNA..

Kisah silam masa cuti Deepavali baru2 ni. Hubby drive pi KL hari Rabu, ada meeting hari Khamis just before Deepavali tu. Saya & anak2 naik Plusliner pukul 6 petang dari Kerteh hari Khamis, tak boleh ikut hubby sebab Zharif ada last paper untuk year end exam petang Khamis tu. Excited gila budak2 ni sampai tak nak tido atas bas tu. The journey was good, hujan sikit2 & smooth. Sampai Pekeliling around 11.30pm, hubby dah tunggu. Then off to PNB Park. Dasat gak apartment 2 rooms tu, but I prefer The Zone lagi. Dunno why, guess I'm the typical Malaysian one laa.. Suka kepoh2 punya tempat. Exclusive2 ni kurang sikit la. Prefer Malaysian style lagi, the huru hara & merrier atmosphere. Lagi pun you never know people maaahh.. these days. Sunyi2 sangat nanti mengundang macam2..
*****
Aktivit kat KL weekend tu apa lagi, kalau tak High School Musical 3-Senior Year movie. Then hantar kerusi makan Fella yang patah kakinya ke Warehouse di Subang. Cacat la pulak. Cisss.. jenama gah tapi patah gak sebatang. Takde la kami overweight pon taaauu..!! Then off to Midvalley, ada Property Fair. Saja jenjalan amik angin, lama tak pi Midvalley. Prrghh.. gila ramai rakyat Malaysia. Tapi pelbagai kaum bersama2 menikmati cuti Deepavali di Midvalley. Indahnya Malaysia.
*****
Pastu sengkek dek budak2 ni. Nampak pulak Pet's World kat atas tu. Tu dia..!!! Nak jugak hamster. Dah lebih setahun depa nak, malas nak layan sebelum ni. Disebabkan nak cuti sekolah ni, kami belikan jugak la. At least Zharif ada aktiviti nanti. Dengan ini, melabur lah kami kat situ. Beli 2 ekor (same sex ya sebab tak nak bertambah ahli kelorga dia, tapi tak tau pulak jantan atau betina nya!!!). Sekor nama MAX (Zharif punya), sekor lagi HENNA (Marsha punya). Cage tu pun amik yang paling kecik. Ada merry go round lagi. Happy la depa ni. Saya ni geli orang nya especially dengan bulu2 haiwan ni. Eiiyy naik bulu roma. Tapi OK la sebab hamster ni kecik je, pastu dok diam2 dalam tu. TETAPI semasa insiden "budak2 musang" bantai copper kat atap rumah last week tu, Max & Henna la yang kejutkan saya jugak, sebab depa yang terjerit2 main merry go round tu. Depa ni tido siang hari, jaga malam hari. Depa tido kat pintu bilik sebab dapat hawa sejuk air cond ni. Tu lah dia citer... THANX MAX.. THANX HENNA...