Friday, October 31, 2008

PENCURI...!!!!

4.40 pagi.. tap tap tap.. bunyi tapak kaki kat atap rumah. Kuat jugak. Musang agaknya. Eiiyy, kuat betol, macam "bapak musang". Kejut hubby. Kami keluar bilik, aku takut gila, remang bulu roma. Tak pernah seumur hidup kena insiden ni. Semasa ngintai kat tingkap kecik bilik air, nampak tali terjuntai2. "Aiikk, kat sini ke depa panjat?" Hubby nak keluar, saya tak kasi, macam2 ada dalam kepala. Try call post guard, semua no talipon tak leh pakai..!! Haper ke ni, kendian call 999. Depa transfer ke KT, pastu KT nak transfer ke Kemaman, bila nak sampai Kerteh ni..??
*****
Dalam pada tu, saya call As, my close fren. Dia pun takde nombor postguard. Pastu hubby dia drive pi postguard. Laki ku tak sabar nak keluar dengan parang sexy dia yg berkilat tu. "Hahh, keluar la." Saya kunci pintu, dok dalam bilik dengan anak2 yang tengah tido. After a while, hubby As sampai dengan guard (Polis Bantuan). Cari punya cari, rupanya "bapak2 musang" nak baham wayar "copper" kat atap tu. Separuh dari wayar copper tu dah di belasahnya, separuh lagi tak sempat sebab tuan & cik puan rumah ni dah bangun. Sempat gulung je, panjang jugak tu. Copper/tembaga kan masih mahal, harga besi yang turun. Pastu guard tu bisik2 sesama sendiri, sorang naik motor & cabut. Rupanya depa dah ada suspect2, nak pi check whether ada rumah ke tak.
*****
Rupanya kes2 ni biasa sangat. Depa kata, anak2 orang sini jugak. Tak terkejut sangat sebab dah dengar banyak kali. Apa la keje, tak malu ke mak bapak kalau dapat tangkap. Polis Bantuan tu advice kami supaya report polis sebab tak mau dibiarkan berleluasa. Dah banyak tangkapan dibuat tapi kes2 tu settled camtu saja. Adus.. camna ni. Nak report polis, takut kena target dek "musang2" tu sebab depa dok sini jugak. Tapi kalau tak report, kes ni akan berulang & tiada akhirnya.
*****
Last2 hubby report jugak atas alasan keselamatan. Datang la polis penyiasat dari Kemaman petang tadi, borak2 la sikit. Depa pun macam tak terkejut. Masalahnya, sebelum ni takde orang report polis, so benda ni macam takde benda. Tak tau la apa polis tu nak buat.. Apa2 pun, kami dah report kat pengurusan sini dan juga Polis (yang betol). Doa2 takde lagi insiden ni. Ya lah, dah pandai panjat atap ikut pokok mempelam, lepas ni kalau terdesak, mesti lagi ekstrim kot. Nauzubillaah.

Tuesday, October 21, 2008

RAYA-RAYA...

Masih beraya..? He he.. raya kan sebulan. Menyambut kemenangan. Tapi ngapa lah suram je Raya kat sini? Rasa macam seronok Raya kat Vietnam lagi. Oh rasanya sebab exam PMR dilangsungkan dalam bulan Syawal, pastu the following week (minggu ni lah haa..) anak2 kami2 di T'ganu ni tengah peghiksa akhir tahun. Nak pi raya rumah Maklang tapi puteri sulungnya Dhirah tengah exam (PMR), kang kacau emosi dia pulak. Maklum la tekak saya ni bila bercerita, tak reti nak slowdown volume nya.. Semua budak2 tengah struggle gila-gila ni. Ya lah, kang duduk kelas corot pulak. Jangan tak tau, anak2 dok exam, mak2 yang tension. Biau pon bebudak tu baru Darjah 1, 2 @ 3 dll.. Kiasu... kiasu habis lah ni. Hah, lantak le. Malas nak pressure Zharif, dah buat revision, dah buat dah latih tubi, mintak dia buat yang terbaik, terima je la result nanti. Jangan ada anak ayam kena ketuk sampai mati lagi dah le..

Sambutan Raya di opis hubby, Raya Celebration cum (Plant) Shutdown Appreciation Dinner. Ya lah, dah bertungkus lumus keje masa plant shutdown, dengan kejayaan ''zero'' untuk pelbagai aspek, patut sangat mereka diraikan. Ni kalu nampak dek orang luar, depa dok akan kata, company ni belanja lavishly. Hoiii, orang keje kat kilang petro-kimia yang serba merbahaya wooo, bukan keje goyang kaki kat meja, dok punch card pagi & petang je..
Bravo.. bravo.. CEO & MPs yang sporting habis ni tengah perform... kasi depa can la..

Hah, ni pulak Mall yang tersedak2 nak dibuka. Selamat dirasmikan lepas Raya baru2 ni. Mutiara Timur la katakan, tempat sedut duit kami2 ni.. ha ha.. ada Secret Recipe, Roti Boy, Big Apple Donut... dan yang best ialah Popular Bookstore, tempat lepak saya.. takut kena halau je nanti..!!

Kesian la pasaraya Giant ni, sabor je la. Belum dapat beroperasi lagi. Akibat kerenah birokrasi. Tukar pemimpin, tukar lah polisi nya nanti. Can't say much, kang aku kena ISA..

Jem nenas yang telah siap 1st week of Ramadhan dulu, baru dapat diselesaikan tadi, kira2 ada 7 minggu jem tu dah siap. Tu pun uli dalam bilik tidur gua la sebab ada air-cond.. Paneh berdentum kat Kerteh ni, cannot stand the heat especially in the kitchen, aku hangkut semua bahan2 masuk bilik tidur. Dah siap baru bakar kat dapur. Dah nak habis, tapi jem ada lebih lagi.. nanti la sambung buat lagi.. buat slow2 sebab tengah pose sunat 6 hari bulan Syawal.. lepas ni raya sakan lagi. Sempat ke tidak nak raya 6 bulan Syawal ni...??