Thursday, May 29, 2008

BILA MAU PI NI..??


Ahaaa... cuti ada lagi satu minggu. Flight ticket ada lagi belum pakai, return ticket Kuantan-KL-Kuatan yang akan expired July nanti dan jugak flight ticket (one way je), Ho Chi Minh City-KL yang akan expired 3 Ogos nanti. KL-Ho Chi Minh City kena beli sendiri la, Air Asia ok kot, murah sikit. Kami anak beranak semua pun ada tiket tu, tapi hubby dah tak mau pi Saigon/Ho Chi Minh City lagi. Dah puas kot, 10 tahun bertepek kat sana. Tapi rugi la kan kot tak pakai. Nak lelong pun tak leh jugak. Nak jual balik ke MAS.... baloi ka??
*
Rasa dalam hati macam dipanggil-panggil je pasar Ben Than tu. Itu lah tempat saya jatuh bangun selama 10 tahun kat Ho Chi Minh City. Ha ha.. itulah pasar ikan & sayur, situ la tempat lepaskan dahaga (nak makan tak HALAL loorr), tempat gaduh mintak discount, tempat saya dating dengan kenkawan saya. Ben Than juga la tempat shopping (grocery , marketing & dot dot dot lah ), tempat saya mengeratkan silaturrahim dengan toke2 kedai, tempat saya "window shopping" (sokmo2 nya), tempat saya melepaskan perasaan dan berbagai-bagai lagi la...
*
Dan tidak keterlaluan, saya rindu semuanya di Vietnam..!!! Kawan2, suasana kehidupan dan banyak lagi... Pheeww.. lega jugak dah balik Malaysia. Aman, damai dan tenteram.. Tiada ganggu gugat dari apa2.. Hanya dugaan Yang Maha Kuasa.. Redha lah, kita kena redha..
*
Nak pi ke tak? Nak pi ke tak? Bila nak pi? Bila lagi cuti ni?

Thursday, May 22, 2008

SELAMAT BERCUTI..!!!

Kejap saja masa. Esok kami di Terengganu, Kelantan & Kedah mula cuti sekolah. Yahuuuu..!!! Tak yah bangun pepagi prepare breakfast & abis masa atas jalan, hantar & amik anak kat sekolah. Now buley bangun lambat sikit (banyak pon takpa daa...). Ni cuti mana nak pi ni..??? Ops.. ada cousin's wedding in Teluk Intan. Then kena balik Kerteh hari Isnin coz hubby keje.

Ni signboard dah lama tersergam, tapi tak siap2 jugak..

Main entrance dari main road..

Gambar dari sisi.. cepat la ooiii.. kata nya ada tempat mem-Bowling la.. bla bla bla.. actually we were here for 2 months in 2001. Masa tu dah earth clearing, tapi jam ni tak siap lagi puunn..

Dari ______ Mall to rumah saya.. main road ni..

Kena kasi salam kat Pak Guard dulu..

Lepas Pak Guard kasi lalu..

Ni lorong rumah saya... meh la.. cuti kat sini.. Indah kan, tak de traffic woooo...!!!

Thursday, May 15, 2008

APSAL SIBUK SANGAT NI..???

Maakkkk aiii.. apa yang sibuk sangat lately ni, tak tau nak citer la. Macam la anak sedozen, dua orang ni pun macam lipas kudung dibuatnya. Rentetan dari Morning Coffee di rumah saya last week (tak sempat citer), mencari hadiah untuk cikgu2 Zharif & Marsha, hingga lah ke hari ini saya dikerah ke Kuantan untuk service kereta >1000km.. Prgghh.. kena cancel plan Ladies Lunch @ Dungun (tak dapat den makan free).. Thanx Kak Liza untuk entry Morning Coffee tu.. Satu gambar pun saya tak sempat ambik..


Dah kena lecture dengan hubby, pandai bawak kereta tapi tak tau jaga..!! Tak perasan la..ini bibik & driver banyak busy lah.. Fetch Marsha during lunch time @ 12 pm, kot tak, mana nak sempat. Normally dia habis sekolah 2pm. Nasib tak lama service kereta @ Kuantan tadi, sempat lari pi East Coast Mall (tempat soping baharu kat Kontan) untuk terjah Big Apple Donuts tadi. Dah 2 minggu berturut2 tak dapat, betapa lah ramai nya manusia beratur untuk beli donut2 tu. Lepas gian la ni.. Tu pun dapat sikit.. Alhamdulillah..



Balik tadi, Zharif kasi satu beg plastik. Katanya "ada kakak high school give you this, we went to her house last time for dinner.." Wallaaa.... best nya dapat ole-ole dari Jogjakarta. Terima kasih, terima kasih.. Waduh waduh, saya suka bangat gitu..!!! Hadiah Mother's Day tu (sendiri perasan).. He he..



Semua busy dengan preparation Hari Guru, saya pun sama sibuk cari gift untuk guru2.. Alaaa, sikit2 tanda terima kasih kerana mengajar anak2 saya. Sini limited nak cari barang, saya pun terjah kawan yang juga seorang toke Tupperware untuk soping hadiah cikgu. Dapat beli bekas air/makanan, less than RM10 per piece, ok la kan, depa boleh pakai. Once a year untuk cikgu2 tu. Semenjak dua menjak balik Msia ni, saya jadi hantu Tupperware. Tak pernah order via katalog, saya suka beli apa yang kawan ni order lebih semasa offer (kira nya saya ni geledah kotak offer je la). Harga pun very reasonable, dan saya dapat tengok barang2 tu depan mata. Nanti tengok katalog lain, yang dapat nya lain.. mau nyesal nanti.. Saya beli yang offer saja tapi dah hampir penuh kabinet & fridge (eh eh ada space lagi laa..!!!) Hampir semua dah pakai, kalu pecah, tukar saja beb..!!! Pulak tu boleh bayar sikit2.. wokey la tu..!!


Colorful containers... sukanya saya belek2 lemari ni.. Marsha pulak suka sangat la belek barang2 ni especially yang bersaiz kecik2 tu... Pernah jugak hilang satu/dua dan saya jumpa dalam toybox Marsha..!!! Huwaaaaa.... jangan hilang sudah ler.. Penat lelah nak dapatkan semua ni nak ooiii...!!! Tapi saya juga masih setia dengan product Lock & Lock. Untuk bekalan anak2 sebab kemas & senang depa nak bukak/tutup.

Thursday, May 8, 2008

WEEKEND IN MARANG & KUALA TRENGGANU..

Ahaaa... last weekend (cuti Labor Day + weekend 3 hari), kami dapat chalet kat Marang saja sebab (padan muka, lambat book...!!!) semua hotel & resort chalet di KT & Pulau Kapas dah penuh..!! But not bad la dapat chalet baru & tepi pantai betul2..

Lepas hantar hubby pi jetty (nak pi diving), I drove the kids to Kuala Terengganu. Lepak kat Pantai Batu Buruk.. makin cantik.. besar playground sini..

Then to Kuala Ibai.. ada fastboat lagi.. tersergam Clubhouse di seberang sana..

Terengganu Equestrian Resort.. interested anyone..?? Syok wooo..

Waiting for daddy @ Jetty Marang..

Nun di sana, Pulau Kapas.. "Hi hi... bye bye.."

Just behind our chalet..

Masjid Kristal @ Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di Kuala Terengganu.. berkilau2 kubah dia, berpinau2 biji mata den..

Di dalam Masjid Kristal, dekat mimbar..

The very very cantik one... ramai betul visitors weekend tu coz Kedah pun cuti 3 hari kan kan kan..

Entrance to Taman Tamadun Islam..

Ada playground jugak.. happy la budak2..

Belum siap sepenuhnya.. ada banyak masjid mini dari seluruh dunia... Taj Mahal, one of them. Yang lain tak dapat pi dekat2, still under construction..