Tuesday, April 29, 2008

SCUBA DIVING AGAIN...???

Hubby gila laut, completed Open Water & Advanced Open Water Diver Course few years back. Now he's trying to drag Zharif to join him too... to become one of the Scuba Rangers, (adusss, habis la kulit anak saya..!!!!). Thanx to Kids Scuba Malaysia , now kids aged 8 and above can join Kids Scuba Camp, to explore & experience underwater & the real marine life..

Ini hubby punya..Advanced Open Water Diver Licence..

Ha ha ha.. ini cerita masa honeymoon 11 years back @ Pulau Tioman. I was dragged to the ocean..!!! Dah le takut air (dan takut hangus), tapi hati berkeras nak cuba.. lepas jugak la walaupun mulut tak putus2 baca segala ayat yg tau... Takut jugak heh, bapak jaws, emak jaws, nenek jaws dalam laut tu..!!

Yey, yey... 1 year later (10 years back).. This is mine. I am one of them, Open Water Diver.. kah kah kah.. another story kena drag masuk laut. I was challenged by the dive instructors actually. I didnt know how to swim, sikit2 tu boley la utk 2 meters kot, pastu tenggelam... Depa kata kalau lulus, dapat license, kena bayar la course tu, but if tak lulus, tak payah bayar le.. So I was like.. hhmmmm why not give it a try kan kan kan.. tak lulus pun tak pe.. The 5 days course was not that bad la, with theory & practical underwater, with the diving gears bla bla bla.. Dan sesudah melepasi segala kepenatan & kebingongan tu, lulus la saya sebagai seorang penyelam scuba.. (walaupun saya tak pandai berenang sangat, but I'm good at balancing my body underwater tau.. plus playing with the diving gears etc.. but now..??? Aiyaa.. dunno la..)



He he.. lesen saya yang cun ni.. dah 9 tahun tak pakai sebab kena tinggal. Mau taknya, dengan anak2 ni, sape nak tengok anak bila mak bapak pi nyelam. So saya give in la dengan hubby. Kasi dia peluang la.. but lepas ni dah balik Malaysia ni, haaaa.. Cik Mon ni nak nyelam pulak. Lantak la macam buah nangka ke, buah durian ke.. Rasa macam laut tu memanggil2 je nama saya.. tapi kulit saya ni macamana yek..? Hangus la nantiiiiii...

1-3 May - Pulau Kapas (hubby pi diving, saya jaga anak2..!!!) Huwaaaaa.. kita dok tepi pantai je..!!! Main pasir.. telan air masin..

Sunday, April 20, 2008

SPORTS DAY & WATERFALL TRIP..


Last friday, dah takde apa nak buat, lepas solat Jumaat kami pi explore air terjun lagi. 2nd time la ni semenjak bermukim di sini. 1st time hari tu kami pi masa cuti Maulud Nabi. Kami pi Air Terjun Sekayu. Syok le lama tak explore hutan belantara Malaysia yang masih kaya raya dengan pokok2 menghijau..


Laluan ni memang le dahasat.. nasib le ada 4x4 ni...

Uhhhhhh... damainya jiwa..

Mula2 takut, takut kena gigit ikan.. memang banyak pun ikan2 kecik kat situ..

Haahh.. scrub badan daddy..!! Dapat duit beb, weekend jobs for kids besides basuh kereta etc..

Ni yang mata sakit ni..!!! Ditarahnya pokok atas bukit tu..!!! Projek apa la nak buat atas tu..?? Eiiyyy.. sakit betul la depa ni..

Khamis lepas, sukan sekolah Zharif. Enjoy sakan la mamat tu. Last runner for his team in Sukaneka. Johan tu..!! He he.. budak2 kan..

Ada marching2 lagi.. oh kakak tu pegang bunga manggar la.. sape lagi kot tak anak Maklang..

Waaahhhh.. ada senamrobik lagi.. they did enjoy themselves that day maaa... walaupun mak ayahnya rentung tepi padang, bawah pokok kering..!!!

Monday, April 14, 2008

TODAY IN HISTORY (2)


Hati baru reda ni, boleh la cerita sikit2. Last Friday, first time la saya pi mesuwarat PIBG sekolah Zharif. Nak tau jugak pasal perjalanan sekolah ni. Mainly cerita & fund on UPSR la. Nak maintain sekolah terunggul di peringkat negeri & negara. Nak buat camna, memang dah education system kita camtu. Takde choice kan. Dari awal lagi saya ada sikit tak puas hati dengan keadaan sekolah ni, tapi kita ni kan baru. Takkan nak komplen2 pulak. Zharif pun banyak merungut, sekolah kotor. Nak komplen, takut pulak. Takut la ada perancangan lain untuk sekolah ni. But that is the basic matter in life. Kebersihan..!! Kebersihan jugak separuh dari Iman. Saya agak ramai ibubapa lain tak tau keadaan kelas sebab rata2 anak datang ke sekolah dengan bas, takpun parents drop anak2 kat foyer/lobby sekolah je.
***
Hal nya cerita masa kat Auditorium last Friday tu, Gurubesar menegur ada parents menolong anak menyapu di kelas, kononnya biar anak2 berdikari. Panggg!! Saya adalah di antaranya!! Kawan sebelah ni muka dah merah padam, naik angin agaknya. Kami la yang terkedek2 menyapu tu. The reason is.. hari Ahad, murid pagi keluar 12.45 ptg, murid petang masuk 12.45 ptg. Anak2 kami on duty, mana la ada masa nak menyapu. Saya & kawan2 dah tak sanggup nak tengok sampah kat kelas tu, so kami pun tolong menyapu, sama2 dengan anak2 yang on duty tu, tolong angkat kerusi & bag atas meja dan sebagainya. Nak kena cepat, takut cikgu datang.
***
Kak Z ni rupanya dah menyapu kelas anak dia semenjak tahun lepas tapi dia kata, takde pon kena tegur. Cikgu kelas pon tau tapi tak cakap apa pon. Actually cikgu kelas anak kami tu siap ucap terima kasih kat kami sebelum2 ni. Saya sabar je tengok kelas tu selama ni. GB tu kata PIBG diperlukan untuk menyumbang tenaga, wang ringgit dan sebagainya, tapi kami tolong sikit, camni pulak jadinya..
***
Semalam (Ahad), saya pi sekolah as usual hantar Zharif. Masuk jugak la kelas, tengok kalu ada perubahan. Gambar kat atas tu, gambar kelas hari semalam. Malas nak amik lebih2. Tapi Kak Z tetap menyapu semalam. Saya malas sebab hati kat dalam ni masih pilu. Tapi tolong jugak sebab kotor sangat. Lepas tu, terjumpa pulak kenkawan lain, rupanya ramai jugak "GENG MAK TUKANG SAPU" ni.. Semuanya buat dengan ikhlas hati, tak pernah komen, ada yang 2 tahun. Bukan selalu pon.. hari Ahad terutamanya, sewaktu transisi kelas..


Yaa..!! Buat pertama kalinya anak2 saya makan ikut oghang utagha.. Ya la, mana taknya, dah ada dalam darah daging. Hubby asalnya dari Selama, Perak.. Saya pon mula tau asal usul kejadian ni semasa di Vietnam, 8 tahun dulu, masa hubby jumpa geng dari utara. Depa dok makan nasi dengan durian mentah dan ayak garam.. Mula2 tu saya rasa seghiau jugak nak jamah, tapi lepas tu ok je. Takde mual2 pon, masuk ok dalam tekak ni..!!
***
Sabtu lepas jumpa doghian di Kemaman, kami pon borong la sikit. Malas punya hal, masak nasi 4 cawan (periuk besar la) & introduce la (suspen jugak) kat budak2 ni makan doghian dengan nasi & air garam. Nasib nasi cukup, bertambah tuh..!! Saya oghang pantai Timur, memang tak pernah rasa pon.

Tuesday, April 8, 2008

TODAY IN HISTORY...

Sejarah mungkin akan berulang... hari ini first time masak Ikan Singgang semenjak balik dari Vietnam. First time kasi Zharif makan. Yulk, yulk la dia sebab tak pernah tengok..!! "Why the color is yellow..?" Prgghhh anak aku.. rasa la dulu.. Actually budak2 ni baru baik dari demam (tak kebah habis pun lagi..), pastu mak nya pulak terasa sengal2 tulang & tekak.. Tekak rasa tak sedap, tu yang masak Ikang singgang hari ni. 2 ekor ikan kembong je (ikan aya/tongkol lagi bestt..!!) sebab takut tak habis daaa.. Aiikkk, tak cukup, berebut mak & anak.. kena la mengalah.. habis tu maknya kena la cekup isi ikan kat tulang2 tu..




Semalam masak nasi 3 cawan plastic (cooker tu la), dalam rice cooker biasa (family size-10 cups). Biasanya simpan untuk 3-4 hari sebab makan masa lunch je. Hubby & Marsha lunch kat opis & sekolah respectively. Terlupa la pulak nak simpan nasi dalam fridge..!!!!! Habis 3 suku periuk basi.. makk aiii, membazirnya..!! So today in history lagi, saya guna la periuk bujang ni untuk pertama kalinya. Cukup untuk 1 1/2 cawan saja, untuk 2 orang dewasa makan (tak leh tambah2..).

Mula terjumpa periuk ni di Tongdaemun Market sewaktu kami menetap di Seoul dulu. Rupanya Made In Malaysia je, tapi takde jual kat Malaysia, dah puas cari. Nak tak nak, kami paksa mamat kedai letrik di Vietnam carikan 2 tahun lepas, last2 dapat pun.. Simpan dah bertahun, baru ni la dapat pakai.. Puas hati, sekali makan untuk saya & Zharif. Tak membazir. Dinner selalunya (terkadang ada jugak) kami tak makan nasi, cuma mi, pasta, roti... atau keropok lekorrrrr jeeee...!!!! Janji makan sampai kenyang, mesti kena KENYANG... kot dinner keropok lekor, mau sampai RM15-RM20 keropok tuh..!!

Friday, April 4, 2008

QUEEN BEE... BUSY..


Busy la lately.. homework anak2, mak ada kat rumah (kena masak proper la sikit), house chores yang tidak pernah nampak akan kekurangannya, keluar masuk rumah sebagai supir yang teramat bertauliah dan seangkatan dengannya... (bagi tugasan2 Queen of the House..!!!)

Tambahan kepada kesibukan yang tertera di atas, dok update blog anak2.. untuk tatapan kenkawan me-rey-ker di mana jua mereka berada.. terutama yang telah ditinggalkan di bumi Ho Chi Minh itew..!!



myspace codes