Thursday, December 11, 2008

SALAM AIDIL ADHA

Salam Aidil Adha semua..!!! Oh betapa lah seronok bila ibu tercinta serta adik2 beraya bersama2 saya di Kerteh. He he.. hubby on call/duty (tapi bukan doktor ya) & tak boleh cuti. Adik2 pulak nak beraya di sini, jadi nya macam pucuk dicita ulam mendatang lah kisah nya.. (ya ke peribahasa ni..?) Kalau lah kami beraya 4 beranak di sini, mau saya burst pagi raya tu.. tapi sunyi gila kat perumahan ni..
Malam raya ber-BBQ & ber-happy birthday party untuk baby Zara yang telah berumur setahun jagung.. Birthday baby belakang cake..

Majlis Santapan di pagi raya..

Hujan selebat-lebatnya sudah 2 hari, kira grounded la tu.. kesian Muqri & Ehan.. main dalam rumah je la..
Nonton & makan, nonton & makan.. ni lah dia idea hubby dining table depa TV.. eeiiyyy, ada sikit kesusahan untuk saya di situ..

Zharif & Muqri, pantang berjumpa 2 pahlawan Malaya ni..

They came for 2 nights only.. sob sob sob.. daku yang sebak lepas semua balik..

Air muka mereka2 yang ditinggalkan..

Kesunyian yang tak terkata..
*****
Lepas semua pulang, hubby ke opisnya. Saya pun dengan kesedihan yang teramat sangat, lepak dengan anak2 depan TV. Petang tu hubby ajak pi jambatan Sg Kerteh, tempat berlakunya kemalangan kereta pacuan 4WD terbabas ke dalam sungai. Hubby ternampak kenkawan diver sibuk di lokasi kemalangan. Tapi hari dah nak malam, dapat jengok sebentar saja & balik. Mayat belum dijumpai. Hanya keesokan harinya, mayat dijumpai terapung betul2 di bawah jambatan, setelah 3 hari operasi menyelamat dilakukan.. Innalillah..

15 comments:

ADleez said...

slm iduladha...wah22..seronok btl beraye ngn family kn... kami pun kt cni bt ala2 meriah juga lah...nk cover sedih tu...:)

zany said...

innalillah,
hujan-hujan ni macam-macam kejadian.

yang dua orang tu monyok minta mak depa tambahkan jadi tiga tu puan mulan, he, he.... budak-budak memang suka beramai-ramai, dapat sakat menyakat.

Kak Elle said...

seronok nya beraya beramai kan mulan?ala sedeh nya muka anak2 tu bila semua dah pulang.

al-fathiha pada yg pergi...

Pp said...

:-) seronok baca Mulan dapat juga bersama bunda dan adinda di hari raya.
anak2 lah yg paling happy bila beramai2....
semasa kita kanak2 dulu pun begitu seingat saya.

wahhhh....meja makan terus depan TV....memang sesuai untuk nonton2 dan makan2 tu.

Pp

D said...

:) Good company make good days!

aNIe said...

Mulan...kalau meja makan dpn TV..memang syok makan2 sambil tgk TV...tak perasann nanti dah 2 pinggan...heheheh

Memang kalau beraya sendirian tak syok kan...nasib baik ada yang dtg memeriahkan suasana...tapi hujan lah pulak...bebudak kenelah bermain dlm rumah je...

Alfatihah buat mereka yang pergi...

maklang said...

meamng seronok kalau ada sedara mara bersamakan...

seronok apa ujan2 ni...cam duduk luar negerilah pulak...

takziah pada yang pergi..

Neeza Shahril said...

memang sesuai letak meja makan depan tv - untuk anak2 akak la.. sebab diorang ni suka makan depan tv. Tapi rumah ni tak sesuai lah pulak..

seronoknya bila ibu datang beraya bersama-sama. sure meriah kan..

Innalillah pada yang telah pergi tu.. termiss pulak berita tu..

MULAN said...

adleez: salam raya.. sure meriah jgk kat sana tu.. penuh meja makan tu.. he he..

zany: dah coba sedaya upaya, rezeki masih dua ni je..

kak elle: mak dia pun terasa sedih & sunyi lepas semua nya balik..

pp: tak boleh la meja makan depan tv, budak2 ni susah nak concentrate makan & they spend too long eating.. huwaaa... camna saya nak kemas meja..!!

D: true...

kak anie: tu la seronok ramai2, dah la tempat ni sunyi sepi masa cuti sekolah ni..

maklang: memang seronok hujan ni maklang.. sejuuuukkk je..

neeza: seronok sangat2 la time tu, riuh rendah suasana.. sana pun sure meriah kan..

Abang Long said...

Alahai ... snap lah gambar kek dari dekat...

silversarina said...

salam,

Paling best kalau sedara mara datang beraya di rumah kita walaupun aktiviti luar tak dapat dijalankan , okay jugak dapat nonton dan makan-makan :)

Mama Rock said...

tahun ni kami beraya anak-bearnak saje di KL. tak ballik kampung or orang kampung melawat. since hujan sepanjang hari, asyik lah menambah nasi impit di pinggan sepanjang hari :)

simah n family said...

salam cik kak..

Al fatihah kepada yg meninggal..

alahai...cik kak..jgn la monyok sangat... at least depa dtg jugak 2 hari... tapi memang kan? bila kena tinggal aja.. dari rumah yg riuh gila jadi sunyi sepi.. memang adoi... tertembak hati..terlerai hujan...

stil...dulu raya kat oversea..la ni at least walau sunyi boeh raya kat negeri sendiri kan?

kami yg kat oberseee ni stil huwaaaa... jgnkan rendang.. org mesia pun tarak jumpa hheheh

take care ! sorry la lama tak bog hop.. bukan lupa... cuma terlintang pukang sibuk n dah kena penyakit malas nak masuk internet
:0)

bila c,k abang dpt uti.. pi la family holiday ka... kot kot la boleh kecek cik abang mai istanbul! *wink*

simah said...

mcm dah terlambat...tapi...happy belated eid adha! tak sempat nak ucap kat member semua before raya...

MULAN said...

abg long: kek tu kalu amik gambo dekat2, buruk benor rupanya.. kena la cover sikit2.. he he..

kak rina: time raya tu meriah sgt walaupun kejap je depa datang.. hujan2 ni, dok dlm rumah je la.. makan tido..

mamarock: kami pun camtu je, pinggan mangkuk tak habis2 dalam sink tu. asyik melantak je, sini lagi la hujaaaannn saja.. tp syookkk..

simah: kot kat obersea, lain la sikit perasaannya sbb mmg jauh (cewah konon).. he he meh sini tengok camna bandar kerteh ni.. sunyi sepi cuti sekolah ni tau.. ni tgh nak penuhkan tabung istanbul la ni.. tp u kan mmg kat situ, lambat lagi pi sana pun takpe.. he he..