Thursday, November 6, 2008

THANX MAX.. THANX HENNA..

Kisah silam masa cuti Deepavali baru2 ni. Hubby drive pi KL hari Rabu, ada meeting hari Khamis just before Deepavali tu. Saya & anak2 naik Plusliner pukul 6 petang dari Kerteh hari Khamis, tak boleh ikut hubby sebab Zharif ada last paper untuk year end exam petang Khamis tu. Excited gila budak2 ni sampai tak nak tido atas bas tu. The journey was good, hujan sikit2 & smooth. Sampai Pekeliling around 11.30pm, hubby dah tunggu. Then off to PNB Park. Dasat gak apartment 2 rooms tu, but I prefer The Zone lagi. Dunno why, guess I'm the typical Malaysian one laa.. Suka kepoh2 punya tempat. Exclusive2 ni kurang sikit la. Prefer Malaysian style lagi, the huru hara & merrier atmosphere. Lagi pun you never know people maaahh.. these days. Sunyi2 sangat nanti mengundang macam2..
*****
Aktivit kat KL weekend tu apa lagi, kalau tak High School Musical 3-Senior Year movie. Then hantar kerusi makan Fella yang patah kakinya ke Warehouse di Subang. Cacat la pulak. Cisss.. jenama gah tapi patah gak sebatang. Takde la kami overweight pon taaauu..!! Then off to Midvalley, ada Property Fair. Saja jenjalan amik angin, lama tak pi Midvalley. Prrghh.. gila ramai rakyat Malaysia. Tapi pelbagai kaum bersama2 menikmati cuti Deepavali di Midvalley. Indahnya Malaysia.
*****
Pastu sengkek dek budak2 ni. Nampak pulak Pet's World kat atas tu. Tu dia..!!! Nak jugak hamster. Dah lebih setahun depa nak, malas nak layan sebelum ni. Disebabkan nak cuti sekolah ni, kami belikan jugak la. At least Zharif ada aktiviti nanti. Dengan ini, melabur lah kami kat situ. Beli 2 ekor (same sex ya sebab tak nak bertambah ahli kelorga dia, tapi tak tau pulak jantan atau betina nya!!!). Sekor nama MAX (Zharif punya), sekor lagi HENNA (Marsha punya). Cage tu pun amik yang paling kecik. Ada merry go round lagi. Happy la depa ni. Saya ni geli orang nya especially dengan bulu2 haiwan ni. Eiiyy naik bulu roma. Tapi OK la sebab hamster ni kecik je, pastu dok diam2 dalam tu. TETAPI semasa insiden "budak2 musang" bantai copper kat atap rumah last week tu, Max & Henna la yang kejutkan saya jugak, sebab depa yang terjerit2 main merry go round tu. Depa ni tido siang hari, jaga malam hari. Depa tido kat pintu bilik sebab dapat hawa sejuk air cond ni. Tu lah dia citer... THANX MAX.. THANX HENNA...

8 comments:

zany said...

kata anak saya musical 3 tak best la terlalu banyak menyanyi, he, he.....saya layan je sebab bukan musim movie bestkan. esok ke 2 day startjames bondkan.

Kak Elle said...

wah mulan ke KL lagi ye?masa saya di sana patut ler ke KL bolih jumpa...hehe

so thanks to the hamsters ye:)

aNIe said...

Mulan...akak tak geli hamster tu...tapi cik abang tak suka...busuk katanya...

Seb baik Max & henna ade ye...Thanks to them...

arsaili said...

salam..seronoknya beriadah di KL yer..ehehe

Pp said...

bagus tu strategy beli sama jantina....saya dulu beli satu couple....wah bukan main lagi mereka tu bercinta....sekejap jer dah meriah sangkar tu dengan anak pinak....entah masa bila time ehem ehem tak pula terserempak!

ahirnya, anak2 kami ni yang bisness minded, berniaga jual anak2 hamster! hehehe....

Neeza Shahril said...

Ingatkan henna tu inai hehee...

neeza suka tengok hamster tapi tak nak bela.. geli pun ye.. ;)

Anonymous said...

mulan,

i had one hamster before.. tapi kena dera dengan my second daughter.. she is almost 3 years old.. may be tak tau cemana nak pegang. first day, dia ambik gunting, dan gunting misai / hidung hamster tu.. dah le berdarah-darah.. to cut the long story.. dan mati dah pun.. my hubby kata, mati syahid (pagi jumaat) sbb tak tahan kena dera!!

-chom-b

MULAN said...

zany: its true.. byk lagu tp sedih jugak nak habis tu. ada part saya terlelap.. ponet lah..

kak elle: tu la, last minute plan. kalau tak boleh jumpa ramai2 kan..

kak anie: saya memang geli.. part cuci & feed them, tu semua keje hubby la. dia dah volunteer..

arsaili: bumi malaysia ni semua tempat boleh beriadah.. saya seronok sangat balik msia..

pp: oohh.. good idea. lepas ni boleh la bisnes hamster..

neeza: tak tau la kenapa, marsha nak jugak nama henna. padahal tu nama kawan & cikgu dia.. aduss..

chom-b: oouucchh.. alahai dia kecik lagi.. maak aiii, botak hamster tu kot dikejekan.. kelakar anak u..