Tuesday, October 21, 2008

RAYA-RAYA...

Masih beraya..? He he.. raya kan sebulan. Menyambut kemenangan. Tapi ngapa lah suram je Raya kat sini? Rasa macam seronok Raya kat Vietnam lagi. Oh rasanya sebab exam PMR dilangsungkan dalam bulan Syawal, pastu the following week (minggu ni lah haa..) anak2 kami2 di T'ganu ni tengah peghiksa akhir tahun. Nak pi raya rumah Maklang tapi puteri sulungnya Dhirah tengah exam (PMR), kang kacau emosi dia pulak. Maklum la tekak saya ni bila bercerita, tak reti nak slowdown volume nya.. Semua budak2 tengah struggle gila-gila ni. Ya lah, kang duduk kelas corot pulak. Jangan tak tau, anak2 dok exam, mak2 yang tension. Biau pon bebudak tu baru Darjah 1, 2 @ 3 dll.. Kiasu... kiasu habis lah ni. Hah, lantak le. Malas nak pressure Zharif, dah buat revision, dah buat dah latih tubi, mintak dia buat yang terbaik, terima je la result nanti. Jangan ada anak ayam kena ketuk sampai mati lagi dah le..

Sambutan Raya di opis hubby, Raya Celebration cum (Plant) Shutdown Appreciation Dinner. Ya lah, dah bertungkus lumus keje masa plant shutdown, dengan kejayaan ''zero'' untuk pelbagai aspek, patut sangat mereka diraikan. Ni kalu nampak dek orang luar, depa dok akan kata, company ni belanja lavishly. Hoiii, orang keje kat kilang petro-kimia yang serba merbahaya wooo, bukan keje goyang kaki kat meja, dok punch card pagi & petang je..
Bravo.. bravo.. CEO & MPs yang sporting habis ni tengah perform... kasi depa can la..

Hah, ni pulak Mall yang tersedak2 nak dibuka. Selamat dirasmikan lepas Raya baru2 ni. Mutiara Timur la katakan, tempat sedut duit kami2 ni.. ha ha.. ada Secret Recipe, Roti Boy, Big Apple Donut... dan yang best ialah Popular Bookstore, tempat lepak saya.. takut kena halau je nanti..!!

Kesian la pasaraya Giant ni, sabor je la. Belum dapat beroperasi lagi. Akibat kerenah birokrasi. Tukar pemimpin, tukar lah polisi nya nanti. Can't say much, kang aku kena ISA..

Jem nenas yang telah siap 1st week of Ramadhan dulu, baru dapat diselesaikan tadi, kira2 ada 7 minggu jem tu dah siap. Tu pun uli dalam bilik tidur gua la sebab ada air-cond.. Paneh berdentum kat Kerteh ni, cannot stand the heat especially in the kitchen, aku hangkut semua bahan2 masuk bilik tidur. Dah siap baru bakar kat dapur. Dah nak habis, tapi jem ada lebih lagi.. nanti la sambung buat lagi.. buat slow2 sebab tengah pose sunat 6 hari bulan Syawal.. lepas ni raya sakan lagi. Sempat ke tidak nak raya 6 bulan Syawal ni...??

21 comments:

Kak Elle said...

tart nenas looks so yummy nak sikit mulan...hehe

oh kat sana panas ye?kalau gitu I tunggu musim winter ye kesana?

maklang said...

tart nenas menggiurkan...

anak2 periksa mak abah tension...tapi anak2 relax aje..

maya hakim pun relax, bila tanya dah revise..dah aje jawabnya...

mak pulak tengah tak larat...tanya2 aje..so far, oklah result...tapi kali ini tak tau laa..mintak2 ok gak...

bila nak mai rumah..I nak abis dah ganti puasa ni..buat 6 hari dulu dalam bulan syawal...then raya...and then sambung pulak bulan lain..tak sempat ke mana lagi, not even 1 rumah kat kerteh ni...teruk kan...

umi ameer said...

Hi Mulan,
this is my first visit to your "house"..

anak2 tengah periksa, kita mak2 pulak lebih tensen ek?

yezz, i agree with the above ladies tuh, your tart nenas tu sungguh mendebarkan, tentu dapat sambutan hangat eh?

~akuni~ said...

Sedap nyer tart nenas... tahun ni kempunan tart nenas sbb akak yg selalu buat tu 'pencen' la pulak...

cikMilah said...

Raya...raya.. jom raya lagi..ish.. memanggil-mangil tart nenas tu...:)

Neeza Shahril said...

neeza tengah makan tart nenas yang dah hancur dek penangan kapal terbang.. tapi bedal aje sebab kalau tidak sape nak makan..

tart nenas mulan tu nampak lazat sungguh.. nak cikitt!!

bila la dapat jumpa mulan kan..

Ummi365 said...

nak sikit tart nenas tu nampak yummy. dulu memang i tension giler dgn anak2 nak exam. sekarg i dah destress myself..hehehe. Bila dah belajar chemistry, physics, add maths.. adoi.. saya tak larat nak buka buku buat revisionlah.. saya outsource to tuition teacher..aci tak?

zino said...

meriah nampaknya raya tu.. siap ada pentas bagai..

biasa macam tu la bila BOS bertukar peraturan pun berubah..

Mama Rock said...

hahaha, uli dalam bilik tidur? hehehe...kelakar la you mulan!

RozIlah Kamarudin ImOlie said...

seronok la baca cerita mulan...tp kelakar dengar uli dlm bilik... takpe..apa2 yg senangkan hati..

olie pun sokong, kerja kat petrokimia.. mmg bukan punch pagi punch petang... cik abang dulu pernah bila ada bende meletup kat ofis, terus aje pegi ofis.. risau bebukan main olie tunggu dia balik...

bagusla "zero" pelbagai macam..

D said...

ish... terliur tengok tart nenas tu! hari tu balik sini bawa sebekas kiriman kakak - kami simpan sampai raya. tapi dah licin dah pun! D buat sejenis je biskut - itu pun dah licin!

oldtown~Smell the Roses said...

Bestnya tart nenas tuh, pos sini skit!

p/s:company byk duit, takpelah jamu staff lavishly...kan kan?

cikdinz said...

cakap nak pos kat saya jem nenas. takde pun...

zany said...

uihhhhh....mesti special tart tu, made in bedroom. ingatkan jam yang ditayang-tayang awal ramadan dulu dah habis dimamam. Rupanya baru dibuat tart ye.

silversarina said...

kelakarlah... buat kuih dalam bilik, apa tak bawak oven letak dalam bilik atau letak air cond kat dapur...hehehehe.... nak jugak tarts tu , alahai meleleh air liur :)

MULAN said...

kak elle: nanti pos sampai sana pecah2 pulak. tak sedap sangat la.. malu pulak..

maklang: nampak je giur tapi tak tau la rasa.. macam lain dari yg buat kat vietnam dulu..

umi ammer: tq, nanti datang lagi ya.. tu la, malas nak pressure zharif, dah buat revision kira ok la. result tu tak kisah sangat la..

akuni: entah ngapa rasa lain je tart tu.. butter, tepung vietnam & msia lain kaa..?

cik milah: nampak je giur.. he he rasa tak tau la..

neeza: laa kesiannya.. sama la kes kami dulu. kuih hancur bila sampai vietnam.. insyaAllah jumpa nanti..

umi365: meh la sini, ada sikit lagi.. tuition belum lagi sbb kecik lagi.. tengok la darjah 5 kot..

zino: meriah jugak.. ya la lepas kerja bagai nak rak, patut diraikan la kan..

mamarock: no choice mama.. dok kat dapur tu saja dah macam dalam oven..

imolie: uli dalam bilik syok tau.. lepas tu boleh golek2 sikit atas katil..

d: tu la, selalu nya tart yg my family suka.. kena la buat sebab nak kan jem tu byk..

biasa la duduk jauh kan.. kita akan kedekut kuih raya, simpan sampai raya lepas licin sekelip mata..!! he he..

oldtown: he he.. tak tau la sedap ke tak.. rasanya semua company akan buat jamuan raya kan kan kan..

cikdinz: alamaaakk.. kang sampai sana jadi halwa muskat pulak.. tak sedap la, maam cikdin buat sure lagi sedap..

zany: he he.. tu lah dia. dah nak sebulan jem tu melambai kat saya, suruh diuli jadi tart.. baru ni selesai nya..

silversarina: ada jugak hajat nak hangkut oven dalam bilik tapi takde sambutan la (takde org nak tolong hangkut coz besau & berat bebenor..)

pB said...

tak pernah lak dengar orang menguli tepung sampai ke bilik tidur....


pas ni kena mintak aBang pasang aircond kat dapur pulak...

Lollies said...

mak oi sampai masuk dalam bilik tu..
kena pasang aircond satu rumah ni macam rumah kat sini. he he

cikdinz said...

dia tak reti lah kak...hehehe..
tau dek dia, habeh saya...

MULAN said...

pb: nak pasang aircond kat tempat makan la sbb tv ada situ. kat dapur tu kita buat tempat sauna.. ok tak?

lollies: he he.. kurang lebih sama je suhu sini dgn sana. tepi laut kan. now dah ok sikit sbb nak monsun dah. maybe tambah aircond nanti, utk area2 yg famous dlm rumah ni.

cikdinz: haaaa.. meh order dgn saya. kih kih kih.. macam bagus je.

my_life said...

geram nengok tart nenas tu...yuhuuuuuuu