Friday, October 31, 2008

PENCURI...!!!!

4.40 pagi.. tap tap tap.. bunyi tapak kaki kat atap rumah. Kuat jugak. Musang agaknya. Eiiyy, kuat betol, macam "bapak musang". Kejut hubby. Kami keluar bilik, aku takut gila, remang bulu roma. Tak pernah seumur hidup kena insiden ni. Semasa ngintai kat tingkap kecik bilik air, nampak tali terjuntai2. "Aiikk, kat sini ke depa panjat?" Hubby nak keluar, saya tak kasi, macam2 ada dalam kepala. Try call post guard, semua no talipon tak leh pakai..!! Haper ke ni, kendian call 999. Depa transfer ke KT, pastu KT nak transfer ke Kemaman, bila nak sampai Kerteh ni..??
*****
Dalam pada tu, saya call As, my close fren. Dia pun takde nombor postguard. Pastu hubby dia drive pi postguard. Laki ku tak sabar nak keluar dengan parang sexy dia yg berkilat tu. "Hahh, keluar la." Saya kunci pintu, dok dalam bilik dengan anak2 yang tengah tido. After a while, hubby As sampai dengan guard (Polis Bantuan). Cari punya cari, rupanya "bapak2 musang" nak baham wayar "copper" kat atap tu. Separuh dari wayar copper tu dah di belasahnya, separuh lagi tak sempat sebab tuan & cik puan rumah ni dah bangun. Sempat gulung je, panjang jugak tu. Copper/tembaga kan masih mahal, harga besi yang turun. Pastu guard tu bisik2 sesama sendiri, sorang naik motor & cabut. Rupanya depa dah ada suspect2, nak pi check whether ada rumah ke tak.
*****
Rupanya kes2 ni biasa sangat. Depa kata, anak2 orang sini jugak. Tak terkejut sangat sebab dah dengar banyak kali. Apa la keje, tak malu ke mak bapak kalau dapat tangkap. Polis Bantuan tu advice kami supaya report polis sebab tak mau dibiarkan berleluasa. Dah banyak tangkapan dibuat tapi kes2 tu settled camtu saja. Adus.. camna ni. Nak report polis, takut kena target dek "musang2" tu sebab depa dok sini jugak. Tapi kalau tak report, kes ni akan berulang & tiada akhirnya.
*****
Last2 hubby report jugak atas alasan keselamatan. Datang la polis penyiasat dari Kemaman petang tadi, borak2 la sikit. Depa pun macam tak terkejut. Masalahnya, sebelum ni takde orang report polis, so benda ni macam takde benda. Tak tau la apa polis tu nak buat.. Apa2 pun, kami dah report kat pengurusan sini dan juga Polis (yang betol). Doa2 takde lagi insiden ni. Ya lah, dah pandai panjat atap ikut pokok mempelam, lepas ni kalau terdesak, mesti lagi ekstrim kot. Nauzubillaah.

14 comments:

Neeza Shahril said...

neeza cukup takut kalau orang masuk rumah. Ye la kan... outsiders kat rumah kita.. macam macam boleh jadi.. elok jugak mulan tak keluar..
tapi, betul la kan.. tak malu ke mak bapak pencuri tu.. tapi yang herannya.. camana kes boleh lepas pulak kan?? agaknya bila ada orang mati baru nak take serious action kot.. entahlah kan..

Kak Elle said...

wow!seram saya membaca nya mulan..nasib baik curi wire copper aje ... tak kejo lain mencuri pulakkkkkkkk.

silversarina said...

Alhamdulillah hubby you ada rumah, bagus kalau report , at least taklah pencuri tu bermaharajalela mencuri sedap hati diaorang..ingat dulu rumah akak habis wayar letrik dan talipon ditariknya masa akak di Jordan,nak balik baru ganti beribu-ribu jugak kosnya, geram betul dengan pencuri jahat ni.

Ummi365 said...

alhamdulillah orang semua selamat.

zino said...

masaalah kecurian cabel ni dah berluluasa..tapi belum ada kaedah nak menghentikan nya..

sebenarnya mudah je.. bila ada yg nak beli ada le yg nak jual.. yg nak jual tu pegi curi dari org yg tak nak jual .. so yg patut di kawal kat org yg nak beli tu..

tokei2 kedai besi buruk tu.. dia org ni la penyangak sebenar.. kerajaan kena fikir peraturan pasal berniaga besi buruk ni..

zino dah lawat negara jiran dia kata tempat dia tak ada pun kes curi2.. ni pasal dia org kawal yg berniaga besi buruk tu.. sesiapa nak jual kena register.. so maklumat org menjual ada kat syarikat dan polis boleh pantau

kat sini ada ke? kalau ada pun kena pantau ke?

maklang said...

alhamdulillah tak ada apa2 kan...

seronok jumpa mulan dan asiah malam tadi...

aNIe said...

Mulan...betul kata zino tu...kat tempat akak ni aje ada 4-5 tempat jual besi buruk...

Apaler punya postguard...ada pun tak guna...seb baik tak jadi apa2...takut jugak kalau hubby mulan keluar...bahaya tu...

Pondok Al Imran said...

Salam, tak habis2 kes kecurian kat Rantau ni, ingatkan dah senyap, rupa2 masih ada lagi eventhough ada security pun. Nasib baik curi kat luar, kalau masuk dlm rumah, kecut perut jugak

MULAN said...

neeza: kesina mak bapak kot depa kena tangkap nanti kan.. seram jgk tu..

kak elle: nasib tak kena kejutan letrik kat atap tu. takut saya..

kak rina: kesiannya kak rina.. tu la nasib hubby ada masa tu. ni 1 week dia takde..

ummi365: alhamdulillah..

zino: polis tu dah tau mana nak cekau buyer. sini tempat kecik je..

maklang: alhamdulillah takde apa2. kenyang betol makan mlm tu..

kak lady: kesian jgk guard2 tu sbb tak ramai pun yg keje malam. 2-3 orang je tapi kena cover tempat punya lah luas..

kak na: guard tu kata kes2 ni bermusim.. harap2 takde dah lepas ni..

Pp said...

mulan....

seram !!!

kiranya ur hubby tu berani la....boleh nak keluar lagik!

nasib baik lah semua selamat.

pp

zany said...

alhamdulillah yang penting diri selamat. seram dengar, malaysia ni kat mana-aman pun kes jenayah banyak sangat. minta dijauhkan ujian tu semua.

KAMATO said...

Saya pun kalau tel kampung, tak da orang angkat, memang tau wayar tel kena curi, dah banyak kali jadi

MULAN said...

pp: gaduh mulanya, geram betol saya. nak jadi hero kena bertempat.

zany: tu la, duduk dalam compound ada guard pun jadi camni..

kamato: entah ke haper la budak2 sekarang ni. kot kena sambar dek kilat, baru nak sedar kot..

鐵板豆腐Fay said...

cool!i love it!AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,情色,日本a片,美女,成人圖片區