Thursday, May 29, 2008

BILA MAU PI NI..??


Ahaaa... cuti ada lagi satu minggu. Flight ticket ada lagi belum pakai, return ticket Kuantan-KL-Kuatan yang akan expired July nanti dan jugak flight ticket (one way je), Ho Chi Minh City-KL yang akan expired 3 Ogos nanti. KL-Ho Chi Minh City kena beli sendiri la, Air Asia ok kot, murah sikit. Kami anak beranak semua pun ada tiket tu, tapi hubby dah tak mau pi Saigon/Ho Chi Minh City lagi. Dah puas kot, 10 tahun bertepek kat sana. Tapi rugi la kan kot tak pakai. Nak lelong pun tak leh jugak. Nak jual balik ke MAS.... baloi ka??
*
Rasa dalam hati macam dipanggil-panggil je pasar Ben Than tu. Itu lah tempat saya jatuh bangun selama 10 tahun kat Ho Chi Minh City. Ha ha.. itulah pasar ikan & sayur, situ la tempat lepaskan dahaga (nak makan tak HALAL loorr), tempat gaduh mintak discount, tempat saya dating dengan kenkawan saya. Ben Than juga la tempat shopping (grocery , marketing & dot dot dot lah ), tempat saya mengeratkan silaturrahim dengan toke2 kedai, tempat saya "window shopping" (sokmo2 nya), tempat saya melepaskan perasaan dan berbagai-bagai lagi la...
*
Dan tidak keterlaluan, saya rindu semuanya di Vietnam..!!! Kawan2, suasana kehidupan dan banyak lagi... Pheeww.. lega jugak dah balik Malaysia. Aman, damai dan tenteram.. Tiada ganggu gugat dari apa2.. Hanya dugaan Yang Maha Kuasa.. Redha lah, kita kena redha..
*
Nak pi ke tak? Nak pi ke tak? Bila nak pi? Bila lagi cuti ni?

16 comments:

Neeza Shahril said...

bestnya.. neeza tak pernah pergi vietnam. orang kata, kat sana shopping baju best... murah2.. neeza bukanlah jenis bershopping sangat.. tapi suka pergi tempat orang...
so, dah decide, nak pergi bila? hehee..

pB said...

salam MuLaN



daripada buang gitu jer , baik pergi ....

maklang said...

nak ikut...

maklang nak ikut...

Cat Cat said...

Pergi aaarrhhhh... Apa pulak tak pi... Rugi nanti... Tiket dah beres. Apa lagi... JOM, nak ikut... Kekeke.

Mama Rock said...

hehe, tiket tambang murah ada...pergilah buat ke sekian kali nya! lepaskan rindu la kata kan...

MULAN said...

neeza: saya pon tak suka soping.. suka tengok tempat orang je.. pengalaman mahal tu..

pb: tu la nak check harga dgn MAS dulu.. kot baloi buleh jual tiket tu ..

maklang: boss approved ke? payah dia nak lepaskan buah hati pi tu. or he'll tag along ka..??

cat cat: jom la.. tapi hati ni berbelah bahagi.. tak tau kenapa.. but deep inside, nak nya i pegi..!! ha ha..

mamarock: hhmm... tu la, ada byk masa lagi ni. kot jadi, maybe 2-3 nites saja... dunno la. hubby ni pulak ajak pi s'pore..

Kak Elle said...

mulan tukar je tiket to kuantan sin-kuantan....hehe

Ben10 said...

mai la v6 ni..kan cuti sklh ni awat tk mai...nnti june 13 dh cuti sklh sni ramai kwn2 blk msia n ramai jgk dh nk blk for good...antaranya Kzawiah, Gangga n Siew Kam. Tu yg confirm...ada lg 2,3 org yg akn myusul..

zino said...

datang KL makan nasi minyak .. hehe

manje said...

da decide ke nk pi ke tak nih? :) tumpang nak tau...hehe

Zakiah said...

walaupun dah 10 tahun duduk...mesti rasa rindu kan tempat lama. heii kaalu saya la mmg tak pikir la terus gi jerrrr...hehhehe.

zany said...

pi jangan tak pi.
Apa yang best di Vietnam? Ramai kengkawan rajin nak ke sana, rasa macam nak cuba je

MULAN said...

kak elle: he he..

ben10: aiyaa sape ni.? sedih pulak ingatkan vietnam..

zino: ya ka?? buleh jugak tu..

manje: he he dah terlepas ke spore..

zakiah: 3 ogos expired.. nanti curi masa before tu..

zany: tengok entry pasal ben thanh market tu, mesti teruja..

kak ilya said...

hai kak

saya ni one of silent reader akak

selamat berkenalan

jemputlah singgah ke blog saya

http://ibuadam.blogspot.com/

MULAN said...

ilya: timakasih... jengok2 lagi ya..

nikfarizah said...

akum, saya nak pergi saigon end of this month. Kat mana nak tempah baju kurung/kebaya yang letak manik2 or sulam2? hehee..lagi satu katanya kalau tempah office suit pun murah kat sana..betul ke and kat kedai mana jahit tu? Kalau tak keberatan...selain benh tanh mana lagi i patut pergi for shopping.

Thank you in advance...