Monday, October 15, 2007

EID MUBARAK & MAAF ZAHIR BATIN..!!!

Maaf kan lah teman ini... MAAF LA ZAHIR & BATIN di atas segala kekurangan diri ini.. Penat badan ni, busy sangat2 menjelang nya Raya. Apasal la sekolah ni tak paham2 kami nak Raya, semua benda nak buat dekat nak Raya.. " CELEBRATION OF CULTURES " di sekolah pada 11 October 2007, bersempena United Nation Day yang disambut di seluruh dunia. Kesian budak2 ni kena perform walaupun bulan pose.. sabar betol depa. Ada gak yang merengek2 dahaga, tapi Alhamdulillah semua tahan pose sampai petang.. Setelah berlatih berminggu2, aahhhhaaa.. berkonpang la mereka di atas pentas tahun ni. Anak den pegang Bunga Manggar & Wau Bulan je..

******************************
Sambil2 tu, ringan2 kan tulang & badan buat kuih2 ni. Tradisi kelorga kecik saya, Tart Nenas, Choc Chip & Kek Lapis Masam Manis kena ada. Muka ni tak terkata la masam manis nya nak buat kek tu, leceh lolll!!!!! Toksah citer la jari2 ni dok kena loyang panas tu.. Adooooiiiiii..!!! Ikut hati malas, tapi gagahkan diri la tu.. jadi jugak akhirnya..!!!

******************************
Dah habis pose, malam Raya, kaum lelaki kecik & besar berkonvoi la satu bandar Ho Chi Minh untuk bertakbir dari rumah ke rumah. Depa siap mintak lagi nak teh tarik & keropok lekor kat rumah. OK la, nasib ada.. 2 pagi baru hubby & Zharif sampai rumah.. Esoknya pulak, lepas sembahyang Raya, kami ramai2 gather di rumah Konsul Malaysia.. Pulun la semua yang ada..!!!

******************************
Dah beraya satu hari, den bawak adik den dinner atas kapal. Sebab Ahad pagi, Raya ke 2 tu dia nak balik KL dah.. Penat sakan beraya satu hari, Zharif & Marsha pengsan tido. Udah le tu, reservation kami diletak kan di tingkat 3 kapal tu. Habis tulang serangka ni gagahkan diri dokong Marsha. Tapi best la, seafood lagi.. selepas seharian melantak lemang, rendang & yang berat2 tu... Nasib dah habis pose, ada pulak minah ni nari2 sambil main api. Seronok sangat la kaum Adam ni, apa taknya nampak perot terbonjol minah tu.. nasib meja kami belakang sikit...

Banyak lagi nak citer tapi takpa la.. lain kali sambung lagi.. Apa2 pun, surat hubby posting ke Kerteh sudah dapat. Report duty 2 Jan 2008. Alhamdulillah... semoga takdak lagi tangguh2.. Jadinya lepas ni, busy lagi la. Sopping2 barang2 nak hangkut dengan kapal balik Malaya..

Tuesday, October 2, 2007

CULTURAL ACTIVITIES & IFTAR..

SCHOOL ACTIVITIES...
Lupa nak citer adik kita ada sini, arrived a week ago. Dah sound2 kat semua family member, that we might be going back for good, so dia pun cabut dulu datang sini puasa & raya dengan we all. Mak pun tadak, ada kat Mekah, she'll go back & arrive same time dengan Mak nanti kot..rasanya la. Lupa nak check. Last week busy giler kat sekolah. Almost everyday kena pi sekolah. Thursday 11am, ada kids' exhibition & performance untuk Grade 2-Zharif la tu. During Cultural Lunch lepas performance, kami nengok je la makanan situ sebab pose kan, but the teachers were so kind, tau kami pose & suruh kami tapau sebanyak mungkin. Fuhh, best part la ni..!!! Friday, 7.30am ada "buddy breakfast" session at Marsha's classroom. Must bring someone who's not familiar with school, kebetulan my sis ada, so selamat la dia.
***
Me also busy2 la since my sis ada sebab hari2 keluar neman my sis nyopping. Yang sakannya, beli kain & tempah la sebab murah sangat untuk dia dengan size dia tu..!! My little sis tidak la little lagi orangnya...
***
IFTAR AT IBU TINI'S HOUSE...



Ibu Tini (Indonesian-Edward Rahman's mum, Zharif's close fren) ni memang pemurah orangnya. Selalu menderma untuk yang kurang mampu esp di Indonesia. She's a simple lady walaupun American hubby nya, berpangkat tinggi kat BP tu (company minyak sohor tu..). Also, you know la Indonesians kan, very very la rapat nya di mana jua mereka berada, tak kira bangsa & agama. Bab ini saya memang tabik la depa. They will make an effort to organize & participate dalam apa jua acara. Kami ni kebetulan berkawan sebab anak2 kawan baik, tapi dia ni memang baik hati la. Last Saturday, Ibu Tini buat Indonesian Iftar Gathering(non Muslim datang lepas buka pose). Kami ni termasuk la dalam salah seorang jemputan alien. Yeyyyeeyyy... bakso..!!! Jangan tak tau, beratur punya panjang nak makan bakso.
***
Yesterday (Sunday) pulak, kami bukak pose kat Masjid Anwar, salah satu masjid Muslim Cham Vietnam di Ho Chi Minh ni, company hubby sponsor. Malaysians & company2 nya pulak, every Saturday & Sunday, gilir2 sponsor bukak pose dekat masjid di bandar ni. Ada jugak, donations from Brunei, Singapore & Malaysians mintak tolong kami (ada la Committee2 nya) organize kan Iftar kat sini. Den pun turun padang la...tolong makan...yeyyyeeyyy tak yah masak..!! Serooonoookkk nya..sampai gambar2 semua tak sempat amik..!!!