Wednesday, September 26, 2007

SUASANA NAK RAYA..

Makkk aaiii... anak punya school project, mak ayah yang kena perah otak. Grade 2 punya Term 1 project - Facts About Malaysia. Kena ada cultural creation pulak dah. OK, kena buat deal dengan hubby. Dia tolong buat wau, den nolong tang2 oral presentation. Lega rasanya dah lepas last week. Esok & lusa ada pulak exhibition & assembly. Semua ni in conjunction with United Nation Day la, bulan October ni. Before raya nanti, ada pulak cultural performance.
******
******
Hubby just came back from KL petang tadi and look...!!!!!! OMG, banyaknya hasil mahsul untuk raya nanti. Alhamdulillah... nak raya sakan ke kita ni? Ada lampu lik lak (kelip kelap), ada sarung andpau (orang kasi), ada banner (free gift), cookies yang I hope & pray sedap lah rasanya tu and tak ketinggalan (my feverets) tem/rempeyek, muruku & batang buruk..!!! Tak pe la, daripada tak ada langsung. Lagi syok nak raya sebab my 3rd sis akan raya sini jugak. Semua adik beradik (hubby's & mine) kena raya sendiri2 or rumah in laws sebab mak ayah mertua & my mum pi umrah & raya kat Makaratul Mukarramah. Alhamdulillah.. semoga mereka dapat umrah yang mabrur..!!!
******
Actually suasana nak raya ni terbantut sikit sebab sedih & sayu pulak dah lately. Dunno why, nak menopause kot (biau pon belom 40). Dugaan bulan pose kot. Harapnya tidak lah berpanjangan.
Muko den ni muko emergency ko..?? Time2 emergency baru nak cari..!! 
******

Thursday, September 13, 2007

CONFERENCE & PUASA..



Haaa... kot dah habis seminggu konperen tu, nak citer la jugak sikit2. Memang la penat giler tapi disebabkan sume kenkawan bagi 100% (lebih pun ada) commitment, kepenatan tu hilang camtu je. Kami persatuan pompuan ni diminta oleh Country Manager untuk bukak booth jualan la kononnya, atas nasihat Puan Sri Presiden Persatuan. Takut pun ada sebab sini mana boleh jual semedang camtu je. Kena cekup, silap2 masuk jail. Tapi sebab bawah naungan kompeni, den buat la jugak atas pujukan Madam Chairlady persatuan. Nak cari barang dagangan satu hal, last2 kami jual la mana patut. Last 3 years masa HSE Conference kat sini pun kami buat. Me & Kak Maggi ada time tu. Sales ribu2 RM beb..!!! Jangan tak caya, dalam banyak2 limitation time ni, kami break record sales & profit masa HSE 2004 dulu.
*
Part yang best sebab makan mewah yang tiada hadnya. Sini kan susah makanan ya halal wahsahlal. Sampai kami dipaksa tapau lagi. Syiioookkk giler. Seafood pulok tu lol...!!! Orang kasi, amik je la. Senang sebab tak susah nak prepare food untuk anak kat rumah yang kena tinggal beberapa hari tu. Keluar subuh hari, balik tengah malam. Yang fening lepas tu, Muslim kat Vietnam ni sibuk nak pose hari Rabu. Depa ni teropong dengan mata kasar je. Lain daerah lain hari pose & rayanya. Pelik tapi tu lah ustaz2 sini. Tak de nak sepakat pun. Ikut dan dia je...!!! Kami doa habis2 biar puasa hari Khamis, sebab booth tutup Selasa malam, kot puasa Rabu, bersilat la kami nak kemas barang, nak terawih, nak masak sahur bla bla bla... Alhamdulillah pose hari Khamis sama dengan Malaysia..
*
Tahun ni baru nak ajar Zharif (7) pose. Dah citer kat dia pasal pose. Dia paham, tapi dia tanya pulak.. "how if I die because I don't eat..!!!??" Sabor je la mak nya.. Kejut Zharif sahur pun senang je. Alhamdulillah, habis dia pose sehari first day tu. Takde start belajar pose half day pun. But I did talk to his teacher earlier. Miss Jo tu memang dah paham, siap tanya, nak kasi pose half day or full day. Full day la beb..!! Recess & lunch time disuruhnya Zharif pi library. OK la tu. Time PE pulak, main ringan2 je. Kesian jugak, sebab dia berdua dengan Edward Rahman je pose. 18 classmates lain tu bangsa lain. Ada geng pose si Edward tu ok la jugak. Cikgu sini memang tau semua kehendak agama & bangsa se-antero dunia. Nama pun International School, kot tak paham memang saja je la..!!!! Alhamdulillah depa very helpful & encourage Muslim students untuk puasa..

Tuesday, September 11, 2007

HAPPY RAMADHAN...



MAY ALL YOUR PRAYERS BE ANSWERED
ON RAMADHAN AND ALWAYS...

(I've been very very busy with Plant Management Conference.. company hubby yang buat, with nearly 300 pax from Malaysia & other parts of the world, participants & se-angkatan dengannya... Dok keje ngalahkan orang yang keje, 6am to midnite.)

Saturday, September 1, 2007

GAMES, PARTY & FAREWELL...

Fuhhh... Alhamdulillah... lega dah sikit badan ni. Was so tak sihat last week coz last weekend busy bagai nak rak. Last Saturday, the whole day dok tengah panas & hujan. Pastu apa lagi, terlentang la dengan demam & badan panas, sejuk, panas, sejuk...

Saturday.. 25 August 2007..
Sportsday Company... saja2 la sibuk kan diri walaupun malas sebab cuaca panas sangat, tapi nak jugak attend sebab lunch sedap gila... semedang meja panjang tu.. seeeeeeaaaafooooooddddd sahaja...!!!!! SEAFOOD tau.. which is hhmmm.. tak terkata la enjoy nya kami melantak.. makan free kan.. lagi pulak sebab tak yah masak..
***
Hubby stay till petang la kat stadium tu.. me & kids had to rush to Edward's house at 2pm.. his 7th birthday party.. jauh pun tak kisah, mesti pergi la.. kawan baik.. Enjoy la bebudak tu, main air.. plus hujan pulak lepas tu. Anak2 ok je, mak bapak je yang ramai down with flu, fever etc lepas tu..

Ambik la gambar mana sempat, takut nanti kena balik, takde kenangan dengan mereka2 yang baik hati ni..



Monday.. 27 August 2007..

Anita called on Sunday, telling us that she had to change her plan to fly earlier to Toronto. Banyak hal yang tak sempat nak settle, plus school will start soon, better for Gracie katanya. So, Monday tu kami gather kat pool sini untuk chit chat kali terakhir, plus cuci mata tengok jewelry2 yang Anita nak let go tu. Murah katanya. Sllrrpp...!!! Mak oi, mahal gila. Cheapest ring USD 600. Tapi semua tu, satu dalam dunia. She designed them as samples. Hanya satu sahaja. Ada jugak USD 4,000 tau. Tapi memang cantik. Customer dia pun bukan calang2 orang. Worldwide customer dia, tapi dia ni very lay low orangnya. Anita, my Vietnamese @ Vietkieu friend, knew her 4 years back. Our kids were in the same class. Cantik & lembut orangnya. I thot she was Eurasian, judging from her look &
colour etc... Tapi rupanya Vietnamese. Migrated to US long time ago. Bagus dia ni, dok mati2 mengku diri dia orang Vietnam 100%. Whilst, other Vietnamese (ramai la jugak) yang dah migrate (Vietkieus), tak nak mengaku kewarganegaraan sendiri. She's a jewelry designer. Set up a factory in China. HQ in Texas. Nak bukak kilang kat negara sendiri, nak tolong bangsa. Tapi kena tipu la pulak. Banyak batu2 permata dicuri oleh pekerja2 sendiri. Disappointed habis, dia nekad, terpaksa cari jalan lain untuk expand minat, kreativiti & business. Tapi dia ni tak tamak, masih kekal untuk manufacture saja instead of buat jenama sendiri & jual. May she'll succeed in her life & business...