Waaahh.... today another session of makan2.. Kak Za asked me last week to sms all Malaysian Ladies for our next gathering, today la yang paling sesuai untuk pot pet & melantak session..
Tang ni la yang den dok tunggu2 sebab banyak nya la pelbagai makanan yang tak pernah termampu nak masak kesemuanya.. tak reti & malas.. tak reti sebenarnya.. Kebetulan pulak la harijadi sorang kawan den dari Perak ni.. maka alkisah, termeterai lah majlis harijadi untuk dia jugak.. Nasib lah taukeh kek bawak sebiji besor kek cokelat, dapat lah kami sume2 ni menjamu selera & ber-majlis potong2 kek gitu... Me as usual, busy sikit2 tolong set up bilik mana yang patut (simple je sebab very informal punya majlis), pastu jangan cari la sebab dok ceruk meja melantak sakan.. Den masak sambal nasi lemak je. Tapi yang best nya ada banyak kueh tradisional.. yum yum yum... siap la 10.30-1.30pm dok jamah segala bagai kueh & makanan..*
Lepas potluck tadi, straight to school to fetch the kids. Kasi makan sikit2 untuk alas perut, tukar baju dalam kereta then off to Parkland-Saigon Country Club, to attend Ellen Jane's birthday party. Aiyaaaa... jauhnya la buat party padahal dok dekat je rumah/berjiran je ni. Pi la jugak sebab kawan baik jugak. Nasib ingat, hadiah tak bungkus lagi. Pusing pulak pi rumah birthday mum pagi tadi, nak mintak scotch tape & wrapping paper.. Kalut betul den ni, sebab kekenyangan yang teramat sangat kot. Traffic jam pulak dah kat selekoh hantu tu, lambat la 20 minit. Takpe la, janji sampai. Kids as always are having fun, ada games, magic show & semestinya makan2. But we all ni hadap ke fries je la coz tu je yang boleh telan. Nasib dah alas perut lepas sekolah tadi. Well prepared...!!! Balik pastu, mak ooiiiii penatnya sebab keluar seharian...!!!



