Monday, October 15, 2007

EID MUBARAK & MAAF ZAHIR BATIN..!!!

Maaf kan lah teman ini... MAAF LA ZAHIR & BATIN di atas segala kekurangan diri ini.. Penat badan ni, busy sangat2 menjelang nya Raya. Apasal la sekolah ni tak paham2 kami nak Raya, semua benda nak buat dekat nak Raya.. " CELEBRATION OF CULTURES " di sekolah pada 11 October 2007, bersempena United Nation Day yang disambut di seluruh dunia. Kesian budak2 ni kena perform walaupun bulan pose.. sabar betol depa. Ada gak yang merengek2 dahaga, tapi Alhamdulillah semua tahan pose sampai petang.. Setelah berlatih berminggu2, aahhhhaaa.. berkonpang la mereka di atas pentas tahun ni. Anak den pegang Bunga Manggar & Wau Bulan je..

******************************
Sambil2 tu, ringan2 kan tulang & badan buat kuih2 ni. Tradisi kelorga kecik saya, Tart Nenas, Choc Chip & Kek Lapis Masam Manis kena ada. Muka ni tak terkata la masam manis nya nak buat kek tu, leceh lolll!!!!! Toksah citer la jari2 ni dok kena loyang panas tu.. Adooooiiiiii..!!! Ikut hati malas, tapi gagahkan diri la tu.. jadi jugak akhirnya..!!!

******************************
Dah habis pose, malam Raya, kaum lelaki kecik & besar berkonvoi la satu bandar Ho Chi Minh untuk bertakbir dari rumah ke rumah. Depa siap mintak lagi nak teh tarik & keropok lekor kat rumah. OK la, nasib ada.. 2 pagi baru hubby & Zharif sampai rumah.. Esoknya pulak, lepas sembahyang Raya, kami ramai2 gather di rumah Konsul Malaysia.. Pulun la semua yang ada..!!!

******************************
Dah beraya satu hari, den bawak adik den dinner atas kapal. Sebab Ahad pagi, Raya ke 2 tu dia nak balik KL dah.. Penat sakan beraya satu hari, Zharif & Marsha pengsan tido. Udah le tu, reservation kami diletak kan di tingkat 3 kapal tu. Habis tulang serangka ni gagahkan diri dokong Marsha. Tapi best la, seafood lagi.. selepas seharian melantak lemang, rendang & yang berat2 tu... Nasib dah habis pose, ada pulak minah ni nari2 sambil main api. Seronok sangat la kaum Adam ni, apa taknya nampak perot terbonjol minah tu.. nasib meja kami belakang sikit...

Banyak lagi nak citer tapi takpa la.. lain kali sambung lagi.. Apa2 pun, surat hubby posting ke Kerteh sudah dapat. Report duty 2 Jan 2008. Alhamdulillah... semoga takdak lagi tangguh2.. Jadinya lepas ni, busy lagi la. Sopping2 barang2 nak hangkut dengan kapal balik Malaya..

22 comments:

Kak Elle said...

Meriah juga raya di HCMC ye .... kesian nya budak2 tu sampai tertido dinner time:)

zino said...

selamat hari raya aidil fitiri maaf zahir batin

Lollies said...

mak oi sungguh meriahlah kat vietnam. syioklah pulak tengok.

itu awakkan yang muka kena censored tu?

Mama Rock said...

salam aidilfitri mulan. raya sakan kat sana dulu, nanti tahun depan boleh raya pulun kat mesia :)

maklang said...

dalam pada sopping sopping tu jangan lupa buah tangan unutk maklang....he..he..he..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Nanti kat Kerteh, duduk sebelah rumah maklang eh...

ZLAA said...

Salam Mulan. Selamat hari raya. Seronok tak nak balik tu?

simah said...

mcm raya kat mesia ja! bestnya hang raya mulan!!

so this will be ur last raya kat sana ker? nanti tak rindu ker?

kerteh? wah...lepas ni selalu la awak jumpa mak lang yek? the hubbies keja satu company ker?

Take care!

cikdinz said...

boleh tahan meriahnya raya kat vietnam.
apa menu...

MULAN said...

kak elle: tido sakan dia orang atas kapal tu.. tak makan pun..

zino: selamat hari raya, maaf zahir batin ya..

lollies: memang meriah la 2-3 hari je. pastu sumer keje. muka censored masa jamuan kat rumah Konsul tu la. later la kita expose muka mokcik nab ni..

mamarock: betol, mama.. betol tu..

maklang: duduk rantau laut la maklang. tepi laut pak tu.. kelat saya nanti..

zlaa: ya ya.. gegar kerteh nanti..salam raya to u too.. maaf zahir batin ya..

simah: oh simah ku, lama tak dengar berota. laptop ni pun kiok 3 weeks dah. sempat tarik hubby punya but limited time la..
selamat hari raya, maap zahir batin ya.. gurau2 tu..

cikdinz: selamat hari raya.. menu raya kat rumah saya petang raya tu, mi calong.. tau tak mi calong.??

Ibu Sara said...

nanti jangan lupa ya belikan baju smoking, bolehlah jumpa kat kerteh

MULAN said...

ibu sara: insyaAllah..

pB said...

Salam Mulan ...


Selamat Hari Raya ...
Sakan jugak sambutan kat sana tu , nyer.

Tahniah sebab dah dpt balik ke Mesia.

Mana tahu, berjiran dengan Mak Lang ....

simah said...

mulan balik mesia hang still blog kann? jgn jadi mcm mama sarah...tak tau apa dah jadi kat dia... any news of her?

ajzie said...

selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin

Ibu Sara said...

Tengok gambar masa pegi beraya kat Konsulat ada gambar Kiah, mereka tu bila nak balik Malaysia pulak

maklang said...

tumpang lalu...
simah...mamasarah sebuk le ni...

tapi sempat datang kat rumah maklang.

Cuba tinggal msg kat blog mynn..mesti dia response gaknya...

cikdinz said...

mende lak mi calong ni. mee goreng mamak tau ler...hehehee...

bila balik m'sia...

Kak Lady said...

Rasanya masih belum terlewat nak ucap selamat hari raya buat Mulan sekeluarga...

Seronok baca catatan raya Mulan...happening betul....makan pun bessttt....

MULAN said...

pb: selamat raya.. masih raya kan.. ni busy sopping2 sambil2 jenjalan raya..

simah: ooo mesti, mesti.. takleh access to internet boleh jadi giler ooo..!! macam sekarang ni la. habis laptop dah coma..!!

azie: selamat hari raya jugak..

ibu sara: alamak ada kenalan kat sini ke??? sshhhh... blog ni belum dikenali di sini dan tidak berhasrat nak diperkenalkan ke kenkawan di alam sebenar di sini.. prefer to be incognito..

maklang: mana nak cari barang letrik/perabot kat sana??

cikdinz: kot tak pernah sampai kat pantai timor, mmg la tak tau mi calong..!!

kak lady: selamat hari raya kak lady. kot ada kat msia, rasa nak round rumah kenkawan bloggers..

Ibu Sara said...

Don't worrylah, I pun prefer macam tu jugak, adalah few ladies yg I kenal tapi mostly I kenal their husband lah sebab ramai yg kerja kat Kerteh dulu

MULAN said...

wokey.. worait..

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]free kaspersky 2009 licence key download, [url=http://firgonbares.net/]convert adobe premiere files burn with nero 9[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] adobe music software discount software
discount childrens software [url=http://firgonbares.net/]car sale software[/url] software reseller in singapore
[url=http://firgonbares.net/]price finder software[/url] nero 9 installation stalls
[url=http://firgonbares.net/]i buy dreamweaver cs3[/url] free download mac theme for windows vista
discount computer software [url=http://firgonbares.net/]www macromedia com software flash about[/b]