Thursday, September 13, 2007

CONFERENCE & PUASA..



Haaa... kot dah habis seminggu konperen tu, nak citer la jugak sikit2. Memang la penat giler tapi disebabkan sume kenkawan bagi 100% (lebih pun ada) commitment, kepenatan tu hilang camtu je. Kami persatuan pompuan ni diminta oleh Country Manager untuk bukak booth jualan la kononnya, atas nasihat Puan Sri Presiden Persatuan. Takut pun ada sebab sini mana boleh jual semedang camtu je. Kena cekup, silap2 masuk jail. Tapi sebab bawah naungan kompeni, den buat la jugak atas pujukan Madam Chairlady persatuan. Nak cari barang dagangan satu hal, last2 kami jual la mana patut. Last 3 years masa HSE Conference kat sini pun kami buat. Me & Kak Maggi ada time tu. Sales ribu2 RM beb..!!! Jangan tak caya, dalam banyak2 limitation time ni, kami break record sales & profit masa HSE 2004 dulu.
*
Part yang best sebab makan mewah yang tiada hadnya. Sini kan susah makanan ya halal wahsahlal. Sampai kami dipaksa tapau lagi. Syiioookkk giler. Seafood pulok tu lol...!!! Orang kasi, amik je la. Senang sebab tak susah nak prepare food untuk anak kat rumah yang kena tinggal beberapa hari tu. Keluar subuh hari, balik tengah malam. Yang fening lepas tu, Muslim kat Vietnam ni sibuk nak pose hari Rabu. Depa ni teropong dengan mata kasar je. Lain daerah lain hari pose & rayanya. Pelik tapi tu lah ustaz2 sini. Tak de nak sepakat pun. Ikut dan dia je...!!! Kami doa habis2 biar puasa hari Khamis, sebab booth tutup Selasa malam, kot puasa Rabu, bersilat la kami nak kemas barang, nak terawih, nak masak sahur bla bla bla... Alhamdulillah pose hari Khamis sama dengan Malaysia..
*
Tahun ni baru nak ajar Zharif (7) pose. Dah citer kat dia pasal pose. Dia paham, tapi dia tanya pulak.. "how if I die because I don't eat..!!!??" Sabor je la mak nya.. Kejut Zharif sahur pun senang je. Alhamdulillah, habis dia pose sehari first day tu. Takde start belajar pose half day pun. But I did talk to his teacher earlier. Miss Jo tu memang dah paham, siap tanya, nak kasi pose half day or full day. Full day la beb..!! Recess & lunch time disuruhnya Zharif pi library. OK la tu. Time PE pulak, main ringan2 je. Kesian jugak, sebab dia berdua dengan Edward Rahman je pose. 18 classmates lain tu bangsa lain. Ada geng pose si Edward tu ok la jugak. Cikgu sini memang tau semua kehendak agama & bangsa se-antero dunia. Nama pun International School, kot tak paham memang saja je la..!!!! Alhamdulillah depa very helpful & encourage Muslim students untuk puasa..

14 comments:

goboklama said...

bagusnya cikgu tu.. Tapi mcm mana dgn cikgu2 yg sepatutnya didik anak murid suruh pose, dia sendri x pose? Banyak kes org x pose depan mata siang ari terang benderang bole jumpa kat Msia nih,wat sakit ati je tau! :(

Lollies said...

Edward tu bangsa apa?

waaaaahhh dasatnya itu conference. Congratulations!!! memang gempaklah awak ni.

Tapi tak nampak barang dagangan apa yang di kual itu. barangan Malaysia ke barangan vietnam?

cikdinz said...

selamat berpose....
baguslah kalau anak pun dah pandai nak pose. cikgu pun semua paham yeik...

zino said...

selamat berpuasa di perantauan.. ada ke bazar ramadhan? hehe

MULAN said...

qist: sekolah ni dah lama. nak pakai tudung & long pants pun boleh. isshh.. memang le kat msia tu bersepah yg tak pose. apa la nak jadi sekarang ni..

lollies: budak tu maknya indon, ayahnya american. nama penuh edward rahman (surname panjang, lupo lak).

mesti la jual brg vietnam. dah masuk plastik, tak clear gambo2 tu. kami target orang laki la, jual vietnam silk & handbags tu.. vrroommm laku la nak raya ni..

cikdinz: syukur betul zharif ni senang nak pose. takde separuh2 hari pun.. weekend la sakit sebab marsha dok santap depan dia..

zino: uhuk..uhuk.. jgn la tanya tu. pasar ramadhan..?? nak cari yg halal pun sakit kat luor tu.. ada 2 restoran msia, makkk aii, mahal macam hotel.

maklang said...

memang susah nak ajar budak lelaki ni puasa...Hakim pun lebihkurang aja..tapi ALhamdulillah baru 1 hari aje buang puasa..

Kak Elle said...

mulan wah itu buffet table mesti makanan best2 kan?

tahniah untuk zharif:)

Luna said...

senangnya zharif blaja puasa..untung mak dia :)

Izariza said...

Salam Mulan,
Seronok baca entri ni :)
Tahniah untuk Zharif kerana berjaya puasa penuh sehari.

Anakanda saya, Alieya pula puasa start tengahari, balik tadika, makan nasi lepas tu tunggu berbuka :)

MULAN said...

maklang: zharif tahun lepas, tak lepas 3 jam pun pose. asyik gaduh takut mati kelaparan je. tahun ni kat sekolah ok la pose, kat rumah yg pedih sikit..

kak elle: oh dear sis, sebab lately dah malas sangat nak masak, syok sangat dapat makan free sume tu..!! ha ha..

luna: syukur betol luna, surprised betol dia senang sangat start pose.

iza: alhamdulillah dia senang pose sbb dugaan dia berat dikelilingi kawan2 yg berlainan agama.

Kak Lady said...

Anak kak lady si fareez tu tahun ni puasa 1/2 hari...tak tahan haus katanya...tapi takpelah ajar dia sikit2...pelan2 nanti pandai lah ye...

Alhamdulillah zharif mudah aje bangun sahur...kalau anak kak lady tu mau nak terkeluar anak tekak...

MULAN said...

kak lady: after a week pose, jadi susah la pulak nak bangun sahur si zharif tu, apsal pun tak tau. my eyes cannot open la, i want to eat later la.. last2 kena suap je..

ADIEJIN said...

haha..good question..how if i die if no eat..hahaha..susah nak jawab tuh.

MULAN said...

adiejin: that was last year, he was 6. nak citer pun susah coz he's the only muslim in his class. alhamdulillah this year tenang & senang..!!