Wednesday, June 27, 2007

GATHERINGS...

For the past one month ni, banyak betul gatherings but mostly farewell gatherings. Selalunya, movements banyak during summer holiday ni. Senang untuk anak2 register masuk sekolah after the break, kot. Tapi kita di Malaysia, tahun persekolahan bermula Januari, kan? Been busy as well, helping out mana yang boleh untuk organize "makan2" ni. Ikut perintah Maam2 yang berkenaan je. Tapi seronok.. ya la.. bab makan sape yang seronok..!!!
*
*
Ohhh...! Ini kek hadiah dari Chef Hotel... Family gathering, kami 4 beranak kat Hotel Equatorial, Sabtu lepas... Actually, 15-20 Jun ada 3 tarikh penting untuk disambut. Anniversary, Father's Day & Birthday. So, one shot la sokmo2 nya... He he.. I baik dengan Chef situ. Kenal lama since we got here in 1997. He was posted back to Equatorial Hotel in KL for 4 years, and early last year, came back to Saigon with a wife & a son..!! They are of course Malaysian la, tu kan hotel Malaysia. He's a Chinese guy, tapi masak Laksa Penang, Nasi Lemak, Sambal Tumis etc.. memang kaw kaw punya la..!!!
* Farewell & Well Wishes gathering at Angela's house. A Singaporean friend will leave soon, back to Singapore. Blessed with 3 sons, and now.... pregnant with another baby..!!! She's quite shocked actually coz she's over 40. Never ever imagined that she'll get pregnant again. Accident la tu. At first, she couldn't take it but after seeing her sons are so excited about it, then only we could see smile on her face again... She is such a generous friend, kind hearted, so helpful...

As I was the only Muslim joining the party, all of my frens cooked seafood stuffs that night. How sweet of them kan kan..!! I volunteered to cook Nasi Lemak and all of them were so so happy. They have been asking for so long. Tapi kemalasan yang teramat sangat masih tebal dalam sanubari ini. Depa suruh I masak 7 cups sebab ada food lain, but I cooked 12 cups instead. Mana la cukup, my family je 3 cups dah. Hmm.. tak leh den nak nolong la malam tu, 12 cups nasi pun tak cukup...!!! Kesian la si Jane, maid Angela, bagai nak rak pulak masak nasi putih..!! Sambal extra tu (purposely masak banyak), depa tapau la sikit2 sorang..
* *
Ni pulak "Malaysian Ladies" gathering. After so long (2 years kot), lepas Kak Siti balik KL, Lily Lo balik Canada, Taimen pi Hanoi... takde orang pun nak organize potluck2 gathering ni. But ada akak sorang dua tiga tu yang semangat nak buat, so dengan bangganya, jadi la Potluck Gathering ~ Malaysian Ladies ni. I'm the text (sms) lady here. Tukang collect hp no and tukang sms la. Plus tukang cari venue, beli brang2, kutip sampah etc..!! We invited Puan Akma, Vice Consul. Terkejut dia..!!! Ramai betul Malaysian Ladies kat Saigon, dia kata..!!! Mana taknya, we keep telling others to forward the invitations. Ya la, campur2 semua yang kawin dengan non-Malaysians pun ramai. Yang duduk jauh2 pun datang. Suka hati dia..!! Bagai nak rak la semua melantak, apa taknya, semua juadah Malaysia..!! Yang mengandung2 tu, lagi la seronoknya. Rezeki semua orang..!! Saya pun turut suka hati..!! Setelah sekian lama....
*

20 comments:

Ajzie said...

wahhh makan2.. best...
cantik layout mulan... makin maju..hihihii..


salam

goboklama said...

segan pulak baca komen di atas, GobokLama jugak x maju2,heheh!!.. Ramai betul mak buyong nmpak dlm.gmbar tu :)

goboklama said...
This comment has been removed by the author.
Kak Elle said...

wah mulan makan and makan lagi eh....

cam mana dah masak nasi bryani tu belum?please check exp date.

MULAN said...

azie: maju meng-copy ada la.. tak dapat nak buat macam azie ajar, saya amik orang punya & copy+paste je, pastu pakai powerpoint je tau.. kena amik class rasanya dgn azie..

qist: musim agaknya mengandung2 ni.. saya ni je yg dah sekian lama mencuba, namun rezeki belum ada lagi.. ada la hikmah nya tu..

kak elle: makan2 la saat nan enak & senak..!! he he.. sayang je briyani pack tu. will cook soon.. put in fridge takpe though dah expired pun..!! he he..

(^_^)

nurazzah8 said...

mulan,
happy belated anniversary... best nya makan-makan, gatherings macam tuh...dpt jumpa ramai orang... wah...lamanya mulan kat sana, since 1997? dah 10 years? hubby kerja apa kat sana?

Kak Elle said...

mulan...

masak aje lah nanti u nak mai sg I belikan lagi....oh dah exp ok I better check mine ada 2 boxes tu maybe will cook this sunday then.

let me know when you r in sg ok?

sya said...

wah makan-makan ... sedapnya, kat sini belum raya tak banyak le majlis makan2 ni

Mama Sarah said...

syoknya bergather-gather... nampak macam ramai juga malaysian di sana ya? hebat betul.

fayrahim said...

Hi Mulan.
Salam perkenalan.

I was blog hopping and found your post.

I love your digital scrap page.

I am into digital scrapbooking as well and you can find my gallery at http://www.digitalscrapbookplace.com/gallery/showgallery.php?cat=500&ppuser=71079

Dekat situ ada macam2 freebies as well. That's if you belom join la.

Nice to know you and keep scrap booking!

MULAN said...

azzah: tq, tq... tu lah, dah satu dekad saya kat sini. hubby attached to petro-chemical plant. buat resin plastik..

kak elle: he he.. segan pulak. ok la, ok la.. nanti kita masak weekend ni. tu la kak elle, summer holiday ni byk farewell. asyik makan free je, tak sempat nak rasa briyani tu.. i will cook, i will..

kak sya: part yg bestnya sbb byk malaysian food. huiii.. akak2 tu masak kuih2 tradisional, slllrrppp... saya yg tibai byk. apa taknya, kalau sendiri buat tak pernah menjadi. nak makan sepotong, kena buat seloyang. kot tak jadi, kenyang la tong sampah tu..

mamasarah: memang ramai tapi sbb takde orang nak organize, tu yg tak tau ramai camtu. selalu nya gathering company je. balik2 muka tu je.. de sem ol peses.. he he..

fay: salam.. tq for dropping by..
alamak..!!! paiseh (malu tebal) leh.!! as i said to azie (comment kat atas tu), i copied other's punya. i used powerpoint to save as jpeg. ok, u dont lari2 one. need yr help to master in scrapbooking ni. u can go to azie's & mamasarah's blog, semua master2 dig scrapbooking too.. ~oh, i dah tengok u punya. canggih la. aiyaa.. mila wa mau mandai ni..~

ZLAA said...

Salam Mula. Aduh! Gathering. saya suka gathering, nak-nak dgn kawan-kawan sekolah lama. Riuh-rendah. Semua perangai masa sekolah keluar balik. Rindu kawan-kawan lama

Kaklong said...

salam,

inilah yg best duduk di perantauan, ukhuwwah sesama warga negara sendiri kuatkan biarpun berbilang bangsa n agama. kiranya time gather gathering ni kena lupakan diet la, kalau tak rugiiiiii

kakLuna said...

betul lah, kalau kat tempat org, ikatan persaudaraan/persahabatan dgn teman senegara akan jd lebih rapat dan mesra.

semoga gathering tu menjadi salah satu memori indah utk mulan :)

hazimin said...

1st time kunjung. best2 baca pengalaman u.. dijemput ke www.penghunisahara.blogspot.com :)

loveujordan said...

salam,

sedapnya samabl tumis .... bestlah cuti-cuti makan-makan.....

MULAN said...

zlaa: memang seronok kan, kalau dapat jumpa esp kawan2 sekolah lama..

kaklong: he he.. diet..?? memang time tu takde register dlm kepala pun nak diet. nanti miss soru..

luna: this time memang rasa seronok sbb dah 2 tahun takde potluck gathering utk sume msian ladies camni. saya mmg tunggu sbb nak melantak, sambil jumpa kenkawan lama & baru2..

hazimin: tq for dropping by. nanti saya lawat blog awak ya..

luj: kak rina, bab2 makan esp bila segala macam masakan msia tersergam atas meja tu, memang best sangat lah..!! sambal tumis tu kena ada org monitor, baru la boleh buat seperiuk belanga tu. takut jugak tak jadi..

(^_^)

Mama Rock said...

mulan...lamanya tak datang sini...kira kuat my will power not to blog hop masa buat closing :) anyway, kalau bukak gerai nasi lemak tu, mesti kurang2nya dua gantang nak masak nasik tu...mana yang nak makan situ, mana yang nak tapau! good business tu :)

simah said...

u dok sibuk complain tak leh cuti pi mana mana.. amboiiiiii mak aiiiiii bersosial sakannyaaaaaaaaa!!

best best...

wahh how considerate..dia masak seafood since u r the only muslim..

MULAN said...

mamarock: takpe.. janji ada dalam ingatan.. he he.. nasi saya takut, sambal tu kena ada org temankan masak.

simah: ya ya.. dah nak pi holiday la ni. dalam compound ni ada 2 muslim family je. kot ada makan2 dgn kroni2, mmg depa masak seafood je. sodap ooiii.. depa steam ketam lagi..

(^_^)