Tuesday, November 7, 2006

RAYA IN MALAYSIA


Punya lama plan nak update blog ni. Alih2 balik dari Malaysia, ada Zharif's class field trip la (dah janji dengan cikgu dia), preparation for International Consular Bazaar la + Open House kat teratak den last Sunday. Tu sume cite lain kali la.. Kita cite pasal balik Raya itu hari, biar la dah nak lapuk pun... Punya sakan beraya, gambar cun pun tak ambik banyak.. tak pe kan, kan, kan....
*
Fusshhh... what else could I say. The most precious gift for Eid this year, ever.. got the chance to go back and celebrate Eid Fitr with the entire family. By all odds, it was a last minute decision by habibi.

*

Saturday, 21 October 2006
*

9am- Kids tumbling on the bed. I was surfing the internet. Habibi, still covered with the duvet. (In Ramadhan, we only go out after Dzuhur, to do some marketing & grocery shopping. We will then perform solat Asar at the Musolla, in the office building before we continue with our "sightseeing & window shopping". Later, Iftar at any convenient place laaa.. where else..!!).
*
10am- Habibi took over the PC. Surfing & checking his mails and work schedule, I guess. Then, all of a sudden...
*
"Nak balik Raya tak?" -Habibi-
*
"Haakkk.. (sape tak nak)!!! Why tiba2 nak balik ni?" -Me-
*
"Takut tak leh balik Raya Haji la.." -Habibi-
*
"Laa.. kan kita dah plan nak balik winter break nanti, school close for 3 weeks, sekali dengan Raya Haji & New Year (birthday dia lak tu). Autumn break pun dah nak habis seminggu ni, tak kan budak nak ponteng?" -Me-
*
"Boss kata nak cuti lama time tu. As always, I have to be here. Plant tu takde orang tengok nanti. Both of us cant be away at the same time kan..." -Habibi-
*
He called the Boss at once. Then tersengih2... "Boss kasi balik.."
*
"Yahoooooooooo... Zharif..!!! We are going back to Malaysia.." -Me-
*
"Can we go ice skating?" -Zharif-
*
"Wooiittt... balik raya la, apa ke hal sibuk nak ice skating ni..!!" -Me-
*
"Please mum, can we go??" -Zharif-
*
"Haahh.. nanti kita plan later la." -Me-
*
"Hello.. hello.. tiket takdak lagi ni..!!" -Habibi-
*
"Aduusshh, ya ya.. nanti I call travel agent. Sempat tak ni yek? Kang office tutup, kena beli kat airport sakit la, kena bayar full fare, please God... please let us go back this time" -Me-
*
Called Miss Xuan (dah 12pm time tu...) Fuuusshhh.... Alhamdulillah ada.. siap dapat tiket murah lagi, tengah promotion!! Rezeki kami, Alhamdulillah..
*
Sunday 22 October 2006
*
Maka terbanglah kami sekelorga dengan pesawat Vietnam Airlines ke KL pada jam 10.30 pagi.
*
Tiba di KLIA 1.30pm, adik den dah tunggu. Riang ria tak terhingga. Tokojut depa. Si Zharif ni jangan cite la sibuknya nak pi ice skating. Nak tak nak, pi jugak la. Terus je la dari KLIA pi Sunway Pyramid. Yang pening bapak dia la. Ingat tak penat nak ber-ice skating tu. Nak buat camna, maknya memang out bab2 balancing ni. Harap boleh gohed beskal je..(orang Pekan, Pahang kata gohed, instead of kayuh..). Sis tanya raya kat mana, "Taiping (mertua) dulu la coz Mak still kat Mekah kan, takpe ya..". Mak puasa sebulan & raya 2 hari there. Khamis petang baru sampai Kuantan. (Lepas pencen April this year, she asked us to let her perform puasa 1 month & spend 2 days Raya in Mekah. She said, "Takut2 ni yang last sekali dapat pi lama2, badan tengah sihat ni." Habis nak kata apa lagi, she's been all alone after papa passed away 12 years ago. Pi la mak..)
*
Iftar at Laksa Shack. Habibi order Nasi Kerabu Ayam Percik. Balik rumah adik den lepas tu, naik plak gout nya. Uwaakkk... apa ada dalam nasi kerabu tu..????!!! Lari pi farmasi beli Colchisin... plus minum bergelen2 of green tea (telah diwarwarkan banyak khasiatnya untuk segala macam penyakit termasuk gout.. to flush out uric acid sume tu kan.) Alhamdulillah tak naik benjol kat tumit tu, cuma sakit & bisa2 je.
*
Monday 23 October 2006
*
Subuh.. pack barang. 6.45am start journey, Klang to Taiping, rumah mertua den. Ok, line clear.. lot of cars, but moving, can speed 130km/hour lagi.. ok la tu kan. 10.20am arrived in Taiping. Berlinang la airmata ayah & mak mertua den. Terkejut besar la depa. Den tahan, dan tahan, dan tahan... tak bagi airmata ni jatuh.. tus..tus..tus.. keluar jugak la sikit2.. Me-brutal outside but fragile inside.
*
My sis-in-law baik punya orang. Suruh den lepak je. Konon penat la katakan. Ok la, lepak dulu. Malam den terus jalankan tanggungjawab mana yang perlu. Dapat jugak buatkan depa rendang daging pakai resipi maklang. Thanx a lot Maklang... it's finger licking goooood. Besides that, sempat jugak buat Kek Buah Kukus. Yang lain2 depa dah order ie Sate, Lemang. Yang kecoh sikit nak gentel pegedil daging. Adik2 ipar den yang macho2 tu semua gilakan Soto, nak tak nak akak ipar den kena la buatkan jugak, provided katanya... "Korang gentel pegedil..!!!". Beres je diorang2 tu..
*
Selasa 24 Oktober 2006
*
Raya pertama cam biasa la, sembahyang Raya & maaf bermaafan.. time ni sedih gak.. leleh la sbb ingatkan bapak kita yang dah takde tu.. numpang kasih pak mertua je la. Hari tu , kami lepak kat rumah je... menonton sambil alas perut.. a non stop activity on that day. As all know, utara Semenanjung Malaysia dilanda hujan lebat dan banjir. Taiping tak banjir tapi hujan tak henti2.. Kami suka time2 hujan ni, semua biskut cicah teh/kopi Hang Tuah. Biskut raya pun cicah teh O..
*
Rabu 25 Oktober 2006
*
Raya kedua kami konvoi ke Selama & Sungai Bayor, kampung pak & mak mertua den. On the way tu, air naik di beberapa spot.. Alhamdulillah kami naik kete. Yang sedihnya, depa2 yang naik motor berbaju Melayu & Kurung tu..dah le motor sangkut, baju pulak habis lejun & kuyup. Nak ngajak numpang, kete kami pun sarat muat. Tahun ni "Wet Raya". Apa pun, ada la rahmatnya tu.. Kami tetap beraya sakan, from one house to another. Jumpa jugak la tok2 nyang sedara yang dah berumur seratus tahun lebih, ada a few lak tu.. bukan sorang dua. Arrived Taiping about 10.30pm. Plan nak drive ke Kuantan malam tu jugak, but safety comes first. Esok la daddy..
*
Khamis 26 Oktober 2006
*
Subuh dulu. 6.30am bertolak balik ke Kuantan. Sedih lak nak tinggalkan pak, mak mertua, kakak & adik2 ipar ni. Ya la, bukan senang nak jumpa. Leleh lagi... nak buat camna, kena jugak balik Raya rumah mak den. Takut jugak traffic jam, but Alhamdulillah, 11am we arrived safely in Kuantan. Only adik den, Tam & Mir baru sampai. Cik Na still on the way from Kelantan. Lepak la sat & pastu apa lagi... spring cleaning la. Mak tinggalkan rumah a month ago. Petang tu nak balik dari Mekah lak. We all bawak food sikit2 sorang. I cooked rendang & kek buah kat Taiping lagi, malam raya ke 2 tu. Mana ada masa nak masak dah kat sini. Aahhhhh.. tak kisah sangat food tu, yang paling utama dapat jumpa semua sanak bernak sedara mara. Petang tu, all the menantu, anak lelaki tunggal & cucu2 pi airport ambik Mak. Terkejut betul la Mak tengok kami ada. Leleh lagi... esp bila dengar lagu Raya dari Aishah.. "Kepulangan yang dinanti.."
*
Petang tu den & Tam bagai nak rak masak dinner untuk semua (tok, tokki, aunties, uncles, cousins, nephews & nieces). Actually, rumah atok & sorang uncle den dalam area Taman Guru ni jugak. Kat belakang je sikit. Kami paksa dia pindah dari Bandar Diraja Pekan sebab takde orang nak jaga jauh2 tu. Riuh rendah malam tu. The atmosphere was full with excitements. Aunty sebelah tu terkejut besar sebab dia kata malam raya pertama, ke 2 & ke 3 rumah kami gelap gelita tapi alih2 malam jumaat tu bagaikan ada kenduri. Ada la dalam 40 orang or more kot....
*
Jumaat 27 Oktober 2006
*
Pagi tu all the guys pi kubur papa, ladies kat rumah je. Bila dipikir2, sedih tak terhingga sebab papa tak sempat tengok sorang pun dari 4 anak2nya kahwin. Nak buat camna, tu semua ketentuan Ilahi... Plan hari tu, lepas solat Jumaat baru beraya. So pagi tu lepak sakan + tolong Mak unpack barang2 dia dulu. Petang tu, cabut la ke rumah tok2 sedara & mak2 sedara. Haru biru blues beraya sakan sambil2 makan, minum, borak2 & kenang2 cite lama + terkini (apa lagi kalu tak weddingsssss of the year 2006 ni, happened in Pahang lak kan).. dengor je laa.. nak komen apa, kita tak tau cite. Harap mereka2 tu bahagia & last long..
*
Sabtu 28 Oktober 2006
*
Start packing barang2, kumpul sikit2. Lunch at Makcik's house in Kg Tengah. Janji dengan dia 11am, tapi sebab bateri kereta dah out 6V je tinggal, delay lak kejap pi beli yang baru. Lepas lunch, balik Taman Guru & I started to buat cite sedih.. begging for kueh raya. Mana nak cari yang sedap2 dah.. homemade semua dah sold out. Nak beli kat kedai2 tu, tak nak gamble la. Previous experience, rupa je anggun, taste OUT betul. Indah rupa dari rasa.!!! Nasib ada yang belas kesian esp Mak yang bagi most of her cookies (adik2 den yang bawak/belikan). Alhamdulillah.. masih ada yang sayang.. mesti lah kan. Memang depa nak bagi pun.... Kih kih kih... 3.30pm kami jalan la..to KL. Takut jam but Alhamdulillah, line clear. Ada one stretch near Bukit Tinggi, kereta semua slow down. Aiiyaa.. jam ka?? Takpe, kami dah stock up food & drinks dalam kereta, takut jam. Tapi rupanya paip air pecah, kejap je. Pas tu smooth balik. 6pm sampai Sentul dah. Makteh Wa ajak dinner kat Menara Orkid. Makan & lepak, borak & gelak.. 9pm kami cabut sebab nak shopping kat Giant lak. Nak hangkut balik Vietnam. Tapi kesian den... barang tak banyak. Nak cari bunga kantan, bau pun tarak. Apa yang ada je la.
*
Sunday 29 October 2006
*
Hari paling boring la ni!!!! Kena balik. Breakfast tosai dulu, then to Putrajaya. Nak hantar cousin den ni (memang selalu dengan we all, baby sit anak2 sedara dia ni), also tukar balik kereta. Swapped our Kembara with their CRV hari tu. Pi Alamanda sat, cari magazines, KFC, Cinnabon, dodol kalau ada, Roti Boy too. Ada la jugak sikit2, ok la tu. Back to Precint 8, lepak sat. Tukar baju budak2 ni. Uhuk uhuk... sedihnya nak kena balik. Kesian adik den tu, kami kuat gaduh tapi paling rapat. We hugged, try tahan....tahan & tahan... tapi leleh jugak. Aunty den tu pun aunty yang paling close dengan we all. Could see tears in her eyes. My uncle sent us to KLIA. My kids were speechless at first, sedih agaknya. But later Zharif spoke up, "Bye, bye... I hope you will miss me..", everyone turned their faces away... Laaa, takde ayat lain ke budak ni.. Dulu Zharif didn't like to spend vacation in Malaysia sebab dia kata, "Malaysia is not my home, Vietnam is." Maybe he has lots of toys & personal belongings here in Vietnam, own room, friends, attends the school here.. but now he's 6, maybe he has a different kind of feeling towards the entire family.. from both sides. They learnt family tree in school. Maybe now, he just realised... or understands clearly.... his "ROOTS"...

9 comments:

Lollies said...

pergh panjang gila. syioknya raya kat malaysia ek?

eh taiping tu bukan memang selalu hujan ke? tempat terlembab di malaysia

Kak Lady said...

hehehe...betul tu lollies...panjangnya coretan raya mulan....hehehe...tapi sedihkan bila kene balik semula...

Habibi ade gout ke? samalah ngan hubby & colchine & ellopherinol tu memang tak lepas...

Rasnya nasi kerabu tu ade letak budu & udang kering kot...rasa rasanyalah...sebab itu semua memang kuat pengaruh pada penyakit gout...

Kak Elle said...

wah ini macam kopi 3 in 1,cerita from day 1 sampai day 7 ...hahaa...seronok kan dapat balik raya walaupun seminggu sahja?

MULAN said...

lollies: syok syok syok..raya kat msia!!! tak sempat nak mem-blog masa in msia aaahh.. sume tak nak layan i bukak pc.. 7 in 1 la ni. ahah yek, taiping tu mmg tmpt terlembap kot. sori la, my geography bery bad laa..

kak lady: budu kot eekk.. now hubby minum at least 500ml of green tea every day. alhamdulillah tp in ramadhan sbb pose agaknya coz we drink less.

kak elle: seronok & puas tak terhingga dapat balik. naik flight monyok je la. takleh nak kata apa. takut leleh je.

Mama Rock said...

mulan...kira macam jadi mini series ni, seronok baca citer ni, tumpang gembira sama :)

MULAN said...

mama rock: punya happy dpt balik, rasa nak share sume cite dgn sume orang. ni pun dah habis edit, kalu tak sure explode blog ni.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
JoKontan said...

Whoaaa Ooooo Mulan,


Best criter. Best !!!.

I am familiar (very) with all terms used. Ha ha haaa.
colchicine
Taman Guru
Tokki
Kampung tengah
Pekan.
Gohed.

Kawan balek ke KL hari Sabtu jugak..

MULAN said...

b'jo: tu la namanya trademark org kontan!!